Anda di halaman 1dari 4

Apa itu mod selamat

PENGKOMPUTERAN menggunakan mod selamat dapat melindungi perkakasan seperti memori, pemproses
dan cakera keras daripada dimasuki virus.

SERING diperkatakan apabila scan virus pada komputer yang dijangkiti, lakukannya
dalam keadaan safe mode. Boleh pihak tuan jelaskan bagaimana untuk melakukannya?
- Amril, Temerloh.
Safe mode atau mod selamat adalah satu keadaan pelancaran untuk membuka sistem
komputer Windows dalam keadaan pelarian sistem komputer yang paling minimum
operasinya.
Mod selamat ini tidak akan melarikan program-program komputer yang tidak penting dalam
sistem Windows bagi membolehkannya beroperasi pada tahap minimum.
Begitu juga dengan penggunaan sumber-sumber komputer seperti memori, pemproses, cakera
keras dan sebagainya adalah pada tahap yang minimum.
Banyak aplikasi-aplikasi komputer yang lain seperti Mozilla Firefox ada menyediakan mod
selamat ini untuk larian aplikasi pada tahap minimum.
Ini diperlukan apabila aplikasi komputer tersebut bermasalah untuk dibuka atau digunakan.
Kenapa perlunya mod selamat?

Apabila sesebuah sistem komputer dijangkiti oleh virus, kebiasaannya ia akan menyebabkan
sistem komputer tersebut beroperasi secara tidak keruan dan bermasalah.
Ia juga berkemungkinan akan meningkatkan penggunaan aplikasi dan program komputer
yang tidak penting pada tahap yang maksimum.
Ini menyebabkan komputer tersebut juga akan berada pada tahap maksimum dari segi
penggunaan sumber-sumbernya seperti memori, pemproses, cakera keras dan sebagainya.
Oleh demikian, operasi sistem komputer Windows tersebut perlu dijalankan pada tahap yang
minimum operasinya.
Ini perlu bagi membolehkan perisian antivirus berupaya membuat pengimbasan keselamatan
pada sesebuah sistem komputer yang dijangkiti virus pada tahap yang optimum.
Contoh fail atau program yang tidak dilarikan oleh Windows ketika mod selamat adalah
seperti autoexec.bat, config.sys, fail drivers dan lain-lain. Malah, fail-fail sistem ini banyak
menjadi sasaran serangan oleh virus yang dijangkiti.
Jadi, mod selamat pada sistem komputer Windows merupakan keadaan yang sesuai dan
selamat untuk melarikan perisian antivirus dalam sistem komputer Windows yang dijangkiti
virus.
Malah ia juga merupakan keadaan yang sesuai untuk melarikan sistem komputer Windows
bermasalah yang disebabkan oleh pelbagai perkara seperti terbuang fail sistem, kerosakan fail
sistem, perkakasan dalaman komputer bermasalah dan sebagainya.
Namun begitu, ia bergantung kepada tahap masalah yang dihadapi.
Bagaimana untuk capai mod selamat ini?
Terdapat dua kaedah untuk larikan sistem komputer Windows dalam mod selamat .iaitu
dengan menekan butang tertentu ketika but sistem komputer atau melakukan konfigurasi but
pada sistem komputer Windows.
Kaedah pertama
l Restart atau boot semula komputer.
l Tekan butang F8 secara berulang kali ketika komputer sedang but.masuk ke Windows.
l Guna butang anak panah untuk memilih menu Safe Mode dan tekan butang Enter.
l Kaedah ini kadang kala tidak sama bagi semua jenis pengeluar komputer atau versi
Windows yang digunakan. Sila semak manual pengguna.
Sebagai contoh, ada sistem komputer yang memerlukan tekan secara terus butang Ctrl ketika
komputer sedang but untuk masuk ke pilihan mod selamat ini.
Kaedah kedua

l Klik butang Start > Run. Taip perkataan msconfig dalam ruang kekotak yang keluar dan
tekan butang OK.
l Seterusnya tetingkap program System Configuration Utility akan dipaparkan.
l Klik pada tab General dan klik pada pilihan Selective Startup.
l Klik pada tab BOOT.INI dan pada ruangan Boot options, klik pada /SAFEBOOT.
l Klik butang Apply dan OK. Klik butang YES untuk Restart komputer.
l Bagi Windows versi lama seperti Windows98 dan lain-lain, pada tab General, setelah klik
pilihan Selective Startup, klik butang Advanced > Enable Startup Menu. Klik OK dan but
semula komputer seperti biasa.

Apa itu safe Mode


Adakah anda betul-betul mengenali safe mode?Adakah anda tahu bagaimana hendak
mengakses safe mode?Artikel ini akan mengajar anda tentang cara-cara untuk mengakses
Safe Mode bagi yang tidak tahu.Bagi yang tahu Bagus haha...

Sebenarnya Apa Itu Safe mode?


Safe mode adalah satu proses yang ada dalam OS windows sejak dari Windows 95
lagi.Tujuan wujudnya Safe Mode adalah untuk memberi pengguna Windows untuk membaiki
Windows tanpa memerlukan kehadiran Software dan hardware yang tak diperlukan.

Mengapa Saya Perlu menggunakan Safe Mode


Ya anda memerlukan beliau.Safe Mode Bertujuan untuk memberikan anda masa untuk
bertaubat membaiki,membuang aplikasi software/hardware yang menyebabkan BSOD (blue

Screen Of Death).Cara ini merupakan cara yang terakhir untuk membaiki komputer sebelum
anda mencuba format komputer.

Bagaimana Untuk Mengakses Safe Mode?


Senang sahaja.Anda cuma perlu restart balik komputer anda dan tekan kekunci F8 atau F9
atau F10..Kekunci ini berbeza mengikut Hardware Vendor manufacture anda.Tetapi yang
paling lazim digunakan adalah F8.Jika anda berjaya anda akan dibawa ke skrin Hitam dan
akan dipaparkan pelbagai option.Anda hanya perlu menekan "Start Win XP with Safe
Mode".

Anda mungkin juga menyukai