Anda di halaman 1dari 2

Anis Food sasar jualan RM1j

Sophianis dan suami, Junaidy ingin menerapkan mesej kasih sayang menerusi kempen The Message is Love.

Bekas berbentuk hati merupakan identiti produk Anis Chocolate Melt.

ANIS Food menerusi jenama produk kek coklatnya, Anis Chocolate Melt, optimis untuk menggandakan jualan kepada RM1 juta berbanding RM500,000 yang dicapainya ketika ini menjelang hujung tahun. Pengasas dan Pengarahnya, Junaidy Abu Bakar berkata, sasaran itu akan disokong oleh pelbagai strategi pemasaran yang telah diatur antaranya penubuhan kilang, usaha sama, promosi dan pengiklanan serta perluasan pasaran baru di Brunei, Indonesia, Sabah dan Sarawak. Menurutnya, buat masa ini syarikat lebih fokus menjalin usaha bersama mana-mana pihak untuk membuka kilang bagi memenuhi permintaan kek coklat yang semakin meningkat, sekali gus menambah pengeluaran produk. Apabila mempunyai perancangan untuk membuka kilang, kami memandang ia sebagai sesuatu yang

serius untuk memasarkan produk secara besar-besaran. Segala kemudahan seperti mesin bilik simpanan dan bilik sejuk beku akan disediakan. Disebabkan kos buka kilang tinggi iaitu sekitar RM15 juta, kami akan bekerjasama bersama syarikat yang berminat untuk merealisasikan hasrat ini, katanya. Menurutnya, tahun 2013 Anis Cho-colate Melt akan bergerak lebih agresif dalam mengukuhkan lagi jenama melalui pemasaran produk kesemua stesen Petronas di seluruh negara. Disebabkan permintaan yang semakin meningkat, Anis Chocolate Melt telah melabur lebih RM70,000 untuk membeli mesin topping dan filling di mana pengeluaran kek kini meningkat kepada 8,000 bekas sehari daripada hanya 4,000 bekas sebelum ini. Selain itu, Anis Chocolate Melt juga merupakan pemegang identiti hak cipta bekas berbentuk hati, sekali gus menjadikannya satu-satunya syarikat yang mempunyai kelebihan memasarkan produk di dalam bekas tersebut di Malaysia. Selari dengan mesej kasih sayang yang ingin disampaikan menerusi kempen The Message is Love, Anis Chocolate Melt ingin menerapkan nilai tersebut bukan sahaja di kalangan pekerja tetapi juga antara pelanggan. Sebelum terhasilnya idea untuk menghasilkan bekas berbentuk hati, konsep kami sejak dulu adalah melakukan sesuatu ikhlas dari hati. Jadi, kami terapkan nilai itu pada kek agar boleh disampai kepada lebih ramai orang, katanya. Bagi memastikan perniagaannya sentiasa berjaya, Junaidy amat mementingkan tiga elemen utama iaitu kedudukan, penjenamaan dan pembungkusan. Mengulas mengenai perancangannya dalam tempoh lima tahun akan datang, Junaidy berhasrat menjadi peneraju dalam penghasilan kek coklat di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai