Anda di halaman 1dari 3

Kegunaan Safe Mode

Safe Mode (tekan ja f8)

Kebiasaannya safe mode akan digunakan dikala ada masalah pada windows. Saya akan
gunakan safe mode ini sama ada untuk backup semua data yang ada document dan desktop
(yang kebiasaannya orang simpan data) ataupun repair windows tersebut. Sekiranya gagal

untuk melepasi safe mode, hipotesis yang saya pegang adalah dengan format kembali hardisk
tersebut dengan menggantikannya dengan windows yang baharu.:)
Di bawah ini adalah salah satu hipotesis pelik yang saya pegang. Amaran: Kesemua ini
bergantung kepada kebanyakan windows dan tidak semestinya sama setiap masalah
yang ada pada windows.
Saya percaya,
1 Jika sesebuah komputer itu berjaya masuk ke Safe Mode, komputer itu masih boleh
diselamatkan.
2 Jika boleh masuk ke Safe Mode, tetapi bukan mod normal (Windows), yang rosak itu
adalah pada software, bukan hardware.
3 Software yang rosak itu boleh jadi application software atau Windows.
4 Jika application software yang rosak, uninstall dan install semula.
5 Selepas uninstall software yang disyaki menganggu sistem komputer, restart dan lihat
sama ada berjaya masuk ke mod normal.
6 Jika tidak berjaya, software lain yang menjadi masalah atau corrupt, bukannya software
yang kita uninstall sebelum itu.
7 Kita tentukan software corrupt dengan memikirkan software apa kita pasang sebelum
masalah terjadi.
8 Jika Windows yang rosak, cuba mod System Restore di Start >> Programs >>
Accessories >> System Tools.
9 Jika masih tidak berjaya, jalan senang tetapi leceh adalah format atau reformat/restore
bagi windows yang original!
Nota: Application software adalah perisian / software yang kita install di komputer selepas
Windows siap di-install.
Itulah 9 hipotesis berangkai yang boleh dicuba jika menghadapi masalah computer.

2 ulasan:

1.
Cikgu Redzuan11 Disember 2011 7:14 PTG

Safe mode beroperasi selepas paparan bios...contohnya selepas keluar acer, dell,
compaq atau lain-lain jenama laptop dan anda hendaklah menekan butang f8 untuk
paparan advance option..kemudian pilihlah safe mode
Balas

2.
didi9 Julai 2012 1:28 PG

Salam cikgu,jika laptop langsung tak dpt buka windows mcm mana nak backup file
dkt hardisk..guna save mood pun tak jalan..klu formate habislh file penting dkt dalam
tu.

Anda mungkin juga menyukai