Anda di halaman 1dari 3

PUNCA BERLAKUNYA BLUE SCREEN

DI PC

Blue Screen of Death (juga dikenali sebagai masalah terhenti, BSOD, bluescreen, atau Blue
Screen of Doom) adalah perkataan harian digunakan untuk memaparkan masalah kesalahan
oleh beberapa sistem operasi, khususnya Microsoft Windows, selepas menghadapi masalah
sistem penting yang boleh menyebabkan sistem untuk shut down.
Kadang-kadang anda mungkin melihat skrin biru pada komputer anda semasa
menghidupkannya. jika skrin berwarna biru keluar semasa startup ia menandakan operasi
tidak dapat diteruskan kerana masalah pada sistem fail. Anda tidak boleh melakukan apa-apa
selain merasa kecewa yang teramat sangat dan terpaksa mematikan komputer anda secara
paksaan.

Penyebab utama skrin biru adalah kerana kekacauan dalam registry yang tidak pernah
diambil berat oleh pengguna komputer. Registry bertanggungjawab untuk menjalankan
perkakasan dan perisian yang menyimpan semua nilai yang sama. penggunaan komputer
dengan lama tanpa menjalankan penjadualan scan boleh merosakkan registry dan
mengakibatkan fail korup. Skrin biru akan muncul apabila registry tidak mampu untuk
memuatkan pemacu.
Setiap kali komputer dihidupkan ia akan memaparkan arahan loading. Namun apabila ia
tidak dapat mencari arahan yang betul disebabkan fail rosak, komputer akan mengeluarkan
mesej "error".

Anda hanya perlu menyingkirkan masalah blue screen tersebut dengan menjalankan aplikasi
perisian seperti registry cleaner ataupun CCleaner. Sekarang ini banyak pembangun perisian
telah memperkenalkan versi mereka sendiri bagi mengoptimumkan pc anda dan memadam
semua fail yang rosak. Ia disarankan untuk menjalankan perisian tersebut sekerap yang
mungkin atau paling tidak pun seminggu sekali.

1. Serangan Virus atau Spyware


Virus dan Spyware boleh menyebabkan komputer anda dalam risiko yang tinggi menghadapi
Blue Screen ini..Ia menyerang komputer anda tanpa anda sedari..Virus atau spyware ini boleh
menyerang BIOS, Driver Device [Pemacu Peranti] yang membawa kepada kerosakkan pada
fail-fail didalamnya.
2. Perkakasan Yang Gagal Berfungsi
Sekiranya perkakasan atau peranti komputer tidak dapat berfungsi sepenuhnya atau rosak,
Windows Stop Error akan terjadiIa termasuk juga masalah CPU terlalu panas
3. Perisian Yang Gagal Berfungsi
Perisian yang mempunyai masalah ketika proses pemasangan [install]Perisian ini mungkin
mempunyai masalah untuk berinteraksi dengan Windows kerana semasa proses pemasangan
terdapat fail-fail yang telah rosak..Perisian yang tidak serasi dengan Windows juga boleh
menyebab Blue Screen ini, contohnya Vista memerlukan perisian yang hanya dibangunkan
khas untuk sistem operasi ini sahaja dan jangan sesekali install perisian yang tidak boleh
beroperasi dengan Vista ini.
4. Device Driver [Pemacu Peranti]
Apabila perkakasan baru dipasang pada komputer dan pemacu perantinya tidak sesuai, salah
atau tidak dikemaskini untuk perkakasan tersebutIni akan menyebabkan perkakasan tidak
dapat berkomunikasi dengan baik dengan Windows.
5. Startup Error
Perkakasan gagal, driver rosak, corrupt file volume, system misconfiguration dan jangkitan
virus boleh menyebabkan windows tidak boleh beroperasi ketika proses bootSemua error
akan dipaparkan sebelum Windows dipaparkanKetika proses boot, Windows tidak dapat
berkomunikasi dengan fail-fail yang berkaitan dengan sempurna
6. Registry Error
Kerosakan pada Registry boleh terjadi dengan tidak dijangkaWindows Registry ini
mengandungi suatu sistem konfigurasi yang lengkap termasuk konfigurasi perkakasan dan
device driver..Sekiranya terdapat ralat pada sistem Registry dengan mudah ia menyebabkan
sistem tidak berfungsi dan menyebabkan Blue Screen.

Tanpa Nama31 Mei 2012 12:35 PTG

t, kaish..,,pnah jga laptp sy blue scrin..nsip baik dpt solve lpas defrag disc,,
Balas

Natsu Phc29 April 2013 1:55 PTG

thanks http://amsmuvee.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai