Anda di halaman 1dari 5

Klon Belimbing Malaysia

Belimbing (Averrhoa carambola) di Malaysia mempunyai


beberapa Klon Popular iaitu B2, B10 dan B17. Belimbing
merupakan jenis buah yang mana Malaysia merupakan
pengeluar dan pengekspot terbesar didunia. Terdapat seluas
lebih dari 1,300 hektar tanaman belimbing di Malaysia dengan
pengeluaran lebih dari 6,500 metrik tan pada tahun 2011 dimana
kebanyakannya untuk pasaran domestik dan sebagagian untuk
diekspot. Saya diberi amanah untuk memberi ceramah kepada
kursus 'Agronomic Practices in carambola Production' kepada
peserta kursus antarabangsa seluruh Asia Tenggara mengenai
varieti belimbing dan pengurusan agronomi. Artikel ini
membentangkan ciri-ciri Klon Belimbing dalam 'Anim Agro
Technology' tersebut yang diperolehi dari Jabatan Pertanian
Semenanjung Malaysia dan pengalaman penulis sendiri semasa
menjalankan tugas selama 32 tahun dalam bidang pertanian.
1) BELIMBING B2

Nama Biasa varieti Belimbing B2 ialah MAHA 66 yang dimiliki


asalnya oleh En Foo Fatt dari Port Disckson, Negeri Sembilan.
Pokoknya berbentuk renek dan tumbuh menegak berbentuk
kanopi Kubah. Warna daun dan ranting adalah perang tua. Daun
Belimbing varieti B2 berbentuk Oblong dengan bentuk hujung
yang Mukronat and anak daun termal Elliptik. Warna tangkai
daun perang kehijauan dan pucuk merah keperangan. Bunga
belimbing B2 keluar sepanjang tahun dimana kedudukan stigma
lebih tinggi dari stamen. Warna bunga nya ungu muda. Buah B2
berbentuk Elliptik dan keratan rentas berbentuk Sendeng Tirus.
Saiz Buah Besar (13-15 cm panjang) dengan purata berat 200250 gram. Warna buah masak (indeks 5) adalah putih kehijauan.
Tekstur buah halus dan tidak rangup.
2) BELIMBING B10

BELIMBING B10 tiada nama lain dan ia dimiliki asalnya oleh


Encik Chan Sing Keow dari Sri Kembangan, Selangor. Pokoknya
berbentuk rendang dengan tabiat daunnya mendatar. Kanopi
pokok berbentuk Kubah dengan warna dahan dan ranting adalah
Perang. Daun B10 berorientasikan Tegak dan berbentuk Oblong.
Bentuk hujung daun Mukronat dan anak daun terminal Obovat.
Bunga B10 keluar sepanjang tahun berwarna unggu dipangkal
ranggi. Buah B10 berbentuk Oval serta hujung berlekuk. Bentuk
keratan rentas Sanding Cembong dengan saiz lingkungan 8-12
cm panjang. Purata berat B10 antara 200-300 gram dengan
warna kuning keemasan. Tekstur buah halus dan sedikit rangup.
Varieti ini dipasarkan untuk pasaran domeatik dan merupakan
paling banyak untuk diekspot terutama ke Eropah dan Negera
barat lain. DI negara tersebut belimbing B10 dipetik pada indeks
3 atau 4 yang dimakan sebgai 'Salad' bukannya buah segar
seperti kita makan biasa.
3) KLON B17

Klon B17 dikenali dengan nama 'Belimbing Madu' dan dimiliki


oleh En Ti Kok Seng dari Triang, Pahang. Pokok bertabiat
rendang dan dahan yang melempai. Bentuk kanopi Kubah dan
warna daun/ranting perang muda. Daunnya menegak dengan
bentuk anak daun sisi Ovat Sempit. Bentuk permukaan daun
sedikit melengkung keatas. Daun tidak berkilat dengan warna
hijau muda. Warna pucuk merah tua. Bunga B17 keluar
sepanjang tahun dengan warna pangkal ranggi Ungu Tua. Buah
B17 berbentuk Oblong dangan hujung buah lekuk. Saiz buah
lingkungan 8-12 cm panjang dengan purata berat 250-300
gram/biji. Warna buah adalah oren dimana putik muda berwarna
hijau. Tekstur buah adalah rangup dan berserabut sedikit. Saya
pernah berbincang dengan pemilik asal varieti ini sekitar awal
tahun 1980'an untuk membuat pencirian dan mendapatkan
anakbenih pokok belimbing ini.
Artikel ini memberikan pencirian mengenai 3 jenis varieti
belimbing yang popular di Malaysia. Dari segi agronomi,
percampuran antara varieti B2 dengan belimbing B10 dan B12
diperlukan kerana varieti belimbing B2 adalah sebagai pembekal
pollen atau debunga yang berkesan kepada pokok belombing
varieti lain. Pada saya varieti B17 atau Belimbing Madu menjadi

kegemaran untuk dimakan segar kerana rasanya yang amat


manis dan warnanya yang menarik.
KLON BELIMBING ......DARI MALAYSIA...
DITANAM LUAS....PASARAN DUNIA...
KLON DIPILEH... GUNAKAN KOMBINASI ...
RUJUK MAKLUMAT...AGAR MANJADI ....

Anda mungkin juga menyukai