Anda di halaman 1dari 3

Tanda-tanda PC atau Laptop anda dijangkiti VIRUS!

Virus boleh bertahan agak lama tanpa dikesan. Hasilnya ialah virus akan memberikan
petanda-petanda sebelum ia menyerang. Perisian antivirus adakalanya tidak dapat mengesan
jangkitan ini tetapi adakalanya ia memberikan beberapa kesan kehadiran mereka.

Berikut adalah beberapa petanda:-

1. Perubahan dalam saiz fail.


2. Perubahan pada tarikh fail walaupun fail itu tidak diubahsuai.
3. Program mengambil masa yang agak lama untuk dijalankan.
4. Operasi sistem yang perlahan.
5. Pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak dapat dikesan puncanya.
6. Sektor rosak pada disket.
7. Paparan mesej kerosakan yang ganjil.
8. Aktiviti skrin yang ganjil.
9. Aturcara tidak dapat dijalankan.
10. Sistem 'boot' gagal semasa sistem bermula atau semasa mem'boot' daripada pemacu C:
11. Terdapat aktiviti pencapaian cakera keraas semasa tiada aktiviti sedang berjalan.

Selain itu, terdapat juga petanda yang lain seperti berikut:-

1. Pc menjadi hang selepas dibuka.


2. Keupayaan atau prestasi pc tiba-tiba sahaja menjadi lembab, sebarang aplikasi atau file yg
hendak dibuka menjadi perlahan.
3. Keluar mesej "out-of-memory" walaupun pc sudah ada memori yg mencukupi.
4. Sistem windows tidak boleh dijalankan, walaupun kita tidak pernah sentuh bahagian
setting dekat registry.
5. Fail-fail penting yang digunakan utk menjalankan sistem secara tiba-tiba hilang.
6. Terdapat program yg tak pernah diinstall sebelum ini, tiba-tiba muncul dan beroperasi
dengan sendirinya.
7. Terdapat proses yang tidak diketahui sedang beroperasi dan menggunakan banyak sumber
cpu.
8. Kita tidak berjaya atau tidak dapat install sebarang program atau aplikasi yg baru.
9. Windows tiba-tiba sahaja restart dan proses ini berlaku berulang-ulang kali.
10. Scandisk melaporkan banyak "error'pada harddisk selepas scan, padahal hardisk tu tiada
masalah.
11. Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba2.
12. Drive partition bagi cakera keras, cd rom, dan floppy tiba-tiba sahaja hilang.
13. Menerima emel yg mempunyai attachment ganjil, contohnya, mengandungi dua
extension.
14. Perisian antivirus hilang secara tiba-tiba.
15. Perisian antivirus tidak boleh di install.
16. Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
17. Sistem komputer berjalan dengan sendirinya, misalnya pointer menunjuk sesuatu,
membuka dan menutup tray cd rom.
18. Icon ganjil terpapar pada sistem tray walaupun tidak pernah dipasang sebelum ni.
19. Muzik atau audio dimainkan dengan tiba-tiba2 tanpa ada arahan.
20. Saiz sesuatu fail berubah walaupun kita tidak mengubahnya sebelum ini.

P/S : Kepada sahabat-sahabat, tanda2 merah tu merupakan tanda yang selalu anda alami, jadi
janganlah cuak atau terkejut jikalau Laptop anda tetap dimasuki virus meskipun
menggunakan antivirus mahal@original a.k.a Kaspersky, Avira dan
lain2..Peringatan..gambar di atas bukanlah bertujuan lucah tetapi sekadar untuk
mengingatkan supaya berhati2 jika hendak cucuk apapun pada laptop, agar tidak
mudah dijangkiti virus yang bakal menjahanamkan laptop anda:)
Rujukan : Jom Tutorial

Anda mungkin juga menyukai