Anda di halaman 1dari 18

Soalan : Bagaimana mengatasi masalah dan langkah penyelesaian ke atas

perkakasan komputer?

Tindakan secara tidak sengaja berkemungkinan boleh 'mengancam' keselamatan


komputer peribadi (PC) setiap kali menggunakannya. Walaupun tindakan tidak
sengaja ini mudah terjadi, namun kesannya boleh menjejaskan sistem secara
serius. Misalnya, proses pemasangan yang tidak betul, kesan pencemaran asap
rokok dan habuk boleh menyebabkan ralat, kemalangan sistem atau kerosakan
yang tidak diingini.

Mungkin tidak menyedari apa yang berlaku dan terus melakukan penyebab-
penyebab yang boleh mendatangkan masalah kepada PC kelak. Ancaman yang
berlaku terhadap perisian boleh jadi disebabkan perkara-perkara yang paling
mudah berlaku dalam operasi seharian. Umpamanya, proses pemasangan dan
pembuangan perisian atau aplikasi boleh menyebabkan PC terganggu atau
bermasalah. Sistem juga boleh terjejas jika terpadam fail DLL, kesilapan
menyunting Registry, atau kegagalan proses meningkat upaya sistem operasi
(OS). Selain itu kegagalan menyelenggara perkakasan dari masa ke semasa juga
boleh menimbulkan gangguan padanya.  

1
Perisian

Kebanyakan perkakasan PC pada hari ini, tanpa mengira saiz dan fungsinya
tidak akan berfungsi tanpa kehadiran Sistem Pengoperasian (OS), perisian,
aplikasi, program, atau 'driver' yang boleh menjalankan perkakasan tersebut.

Walaupun kebanyakan perisian pada hari ini semakin kompleks, namun ia sering
memudahkan pengguna. Berikut disenaraikan beberapa panduan untuk
memastikan perisian PC sentiasa berjalan dengan lancar.

a. Pastikan proses 'back up' atau penyimpanan fail-fail penting dilaksanakan


dari masa ke semasa.

b. Elakkan jangkitan virus dengan menggunakan program anti-virus yang


berkesan dan dikemaskini.

c. Risiko perisian beta boleh dielakkan jika memindah dan memasang failnya
dengan berhati-hati.

d. Ikuti prosedur sebenar pemasangan perisian untuk mengelak kesan


pemasangan yang tidak sah.

e. Konflik dalaman sesuatu perisian boleh dielakkan sekiranya mengemaskini


dengan berhati-hati.

f. Kesan kekurangan sumber memori (RAM) boleh dielakkan dengan


membebaskan beban RAM.

2
Sistem

Bebeberapa operasi mudah yang melibatkan sistem seperti mematikannya atau


mengemaskinikan BIOS juga boleh menjejaskan PC anda dan sistem operasinya.
Jika tersilap menangani proses ini, ada kemungkinan PC tidak boleh dibootkan
seperti biasa atau terus gagal dilaksanakan. Sehubungan itu, untuk mengelak
berlakunya kejadian seperti ini, sekaligus melindungi PC, panduan berikut perlu
diikuti:

a. Kerosakan pada BIOS boleh dielakkan sekiranya anda melaksanakan proses


boot yang betul.

b. Kesilapan menguruskan fail sistem boleh dielakkan dengan membiarkan


Windows melakukannya

c. Elakkan dari menekan butang 'reset', kerana mematikan sistem dengan cara
ini tidak digalakkan.

d. Pencerobohan sistem Windows boleh dielakkan dengan memindah terima


pembetulannya ('patch').

e. Gangguan pada fail Registry boleh dielakkan sekiranya anda tidak menyentuh
atau mengubahnya.

f. Terpadam fail secara tidak sengaja boleh dielakkan


jika anda meneliti setiap mesej yang muncul.

3
Perkakasan

Biasanya keselamatan perkakasan kurang mendapat perhatian, kecuali ia telah


menimbulkan masalah. Beberapa gangguan seperti kad-kad tambahan yang
longgar, kabel sambungan yang telah haus, komponen sistem yang terlalu
panas, dan gangguan lain juga boleh membahayakan PC anda. Tetapi dengan
mengambil langkah perlindungan seperti yang disenaraikan selain berbekalkan
sedikit pengetahuan, anda boleh menghindari masalah berkaitan dengan
perkakasan sekaligus mengatasinya sebelum menjadi serius.

a. Kerosakan akibat tumpahan air boleh dielakkan jika anda tidak minum
sambil menggunakan PC.

b. Kepanasan pada komponen boleh dikurangkan dengan


penyejukan seperti menggunakan kipas.

c. Kerosakan ketika memindahkan PC boleh dielakkan dengan membungkusnya


ke dalam kotak.

d. Kerosakan akibat gangguan elektrik dan bateri boleh dielakkan dengan


mengawal alunan arus.

e. Kesan asap rokok dan habuk boleh dielakkan dengan menutup PC


menggunakan pembalutnya.

f. Elakkan gangguan pada cakera padat (CD) dengan melindunginya dari kotoran
atau kerosakan.

4
Menangani masalah yang melibatkan perkakasan komputer biasanya mencabar.
Bagi yang sudah berpengalaman, ia mungkin menyeronokkan, namun mungkin
agak mengecewakan bagi pengguna baru. Kaedah-kaedah praktikal untuk
mengatasi beberapa masalah mudah yang melibatkan perkakasan komputer
mungkin boleh menolong dan ianya boleh dilakukan sendiri.
Umumnya masalah gangguan pada perkakasan komputer boleh berlaku pada
bila-bila masa dan ia boleh dianggap serius jika melibatkan proses ‘startup’.
Antara petunjuk berguna bagi masalah kerosakan ialah dengan terhasilnya
bunyi ganjil dari komputer tersebut apabila ianya dihidupkan. Bunyi itu boleh
jadi berpunca daripada kipas pendingin haba yang hampir rosak atau pemacu
cakera kerasnya yang bakal lumpuh pada bila-bila masa sahaja.
Oleh yang demikian, sebelum cakera keras anda menjadi lebih teruk,
disarankan supaya segera membuat simpanan (backup) bagi semua fail-fail
penting. Rasionalnya mudah, memiliki salinan lain merupakan satu langkah
bijak untuk memastikan data tersebut terselamat sekiranya berlaku kerosakan
pada perisian dan perkakasan yang digunakan. Penyimpanan ini boleh dilakukan
pada asas harian, mingguan, bulanan atau tempoh yang ditetapkan.
Sekiranya komputer anda lumpuh (crash) dan bunyi cakera kerasnya
kedengaran luar biasa, ini mungkin bermakna komputer tersebut berpotensi
untuk mengalami kerosakan yang tidak diduga. Jadi simpanlah (save) maklumat
didalam program yang sedang dibuka dan mulakan pengenalpastian punca
masalahnya dari peringkat paling asas.

5
Berikut adalah beberapa contoh masalah/gangguan biasa pada perkakasan
komputer dan cara untuk menanganinya.

Bekalan kuasa : 

Apabila skrin monitor secara tiba-tiba gelap (blank) dan tiada sebarang paparan
antaramuka aplikasi yang sedang berfungsi, maka langkah pertama yang perlu
dilakukan ialah memeriksa bekalan kuasa untuk kesemua perkakasan sistem
komputer . Misalnya, sesetengah kabel bekalan kuasa monitor dipalamkan pada
bahagian belakang komputer dan ada pula dipalam kepada outlet AC. Jadi,
(palam) bekalan kuasa itu boleh jadi longgar dan perlu memastikan semua
palam dipalamkan dengan baik. Sekiranya kabel bekalan kuasa komputer
dihubungkan kepada sebuah ‘strip’ (soket sambungan) bekalan kuasa, maka
pastikan setiap soketnya mempunyai suis. Lihat juga pada lampu yang
menandakan suis kuasa untuk semua peralatan telah dibuka, di mana suisnya
perlu berada pada kedudukan ‘on’ (buka). Jika ia masih tidak berfungsi, maka 
soket kuasa itu mungkin bermasalah – misalnya fius terbakar. Bagi menguji
sesebuah palam kabel kuasa yang dirasakan rosak, anda boleh memalamkannya
kepada soket lain yang boleh berfungsi.

Masalah : Kipas tidak berpusing

Penyelesaian

1. Check power supply 240V


2. Check suis untuk power supply unit.
3. Check resistor/perintang
4. Check/tukar fius.
5. Check pemetrian (solder) kaki komponen.
6. Check I.C/cip
7. Test kipas dengan meter
8. Tukar power supply.

6
Masalah : Berlaku ‘spark’/satu letupan kecil

Penyelesaian

1. Check suis 110V/220V.


2. Check power supply board (pintas).
3. Pasang suis cable (salah pair)
4. Bridge rectifier pastikan betul.
i) Kedudukan pin (kaki)
ii) Saiz
5. Tukar power supply.

Masalah : Kipas berbunyi

Penyelesaian

1. Bersihkan dari habuk


2. Pastikan tiada benda/kabel sangkut pada bilah
3. Check bering kipas
4. Tukar kipas.

Halangan boot :
Halangan semasa menghidupkan komputer boleh jadi berpunca daripada disket
kerana komputer boleh diboot mengikut arahan yang terdapat pada disket
(yang disisipkan pada pemacunya semasa proses boot/menghidupkan komputer
dilakukan) atau cakera keras komputer. Kebanyakan komputer telah ditetapkan
untuk membaca arahan pada disket yang disisipkan dan jika proses boot gagal
dilakukan, maka komputer akan beralih kepada cakera keras. Proses ini
biasanya berlaku apabila komputer dibootkan semula atau dihidupkan buat
pertama kali. Andainya sekeping disket tertinggal di dalam pemacunya, maka
biasanya komputer akan menggunakan prosedur yang berbeza. Jika kandungan
disket itu tiada arahan startup, komputer tersebut akan memaparkan mesej
ralat pada skrin yang memberitahu anda supaya menggantikan atau
mengeluarkan disket tersebut. Namun, sekiranya disket itu mengandungi
arahan startup untuk melakukan proses boot, maka komputer anda akan
dibootkan menerusi disket yang kemudiannya akan memasuki paparan DOS dan
bukannya Windows.

7
Sambungan : 

Satu lagi masalah yang biasa pada perkakasan komputer ialah kabelnya yang
dipasangkan dengan tidak kemas. Semua peralatan komputer biasanya memiliki
kabel kuasa dan data yang dihubungkan kepada komputer dan perlu
memastikan penyambungannya tidak longgar. Kadangkala ada pengguna yang
cuba memasangkan jenis kabel yang berbeza secara tidak sengaja atau
memang tidak tahu. Sekiranya anda mendapati kabel tersebut tidak secocok,
maka jangan cuba untuk memaksanya kerana ia boleh merosakkan.
Sementara itu wayar telefon yang dihubungkan kepada modem mungkin
menghadapi masalah. Sebuah modem biasanya mempunyai saluran penghubung
(connection) yang dilabelkan sebagai Line In, Line Out atau Phone. Jadi, ia
perlu menghubungkan wayar berkenaan pada soket yang betul (rujuk labelnya)
dan satu lagi penghubung perlu disambungkan kepada wayar telefon. Untuk
pengetahuan, telefon yang dihubungkan kepada sebuah modem yang sedang
berfungsi, jika diangkat ganggangnya selalu akan menyebabkan gangguan.

Tetikus :

Sebuah tetikus (mouse) yang sudah lama digunakan biasanya diselaputi


kekotoran pada bahagian dalamnya sehingga sensitiviti bebola dan ‘roller’nya
kadangkala terganggu. Selain itu penunjuk anak panah (pointer) pada skrin
mungkin tidak berganjak, walaupun tetikus itu digerakkan berulang kali. Satu-
satunya cara berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah membersihkan segala
kekotoran pada roller atau bebola tersebut.

8
Papan kekunci : 

Selain tetikus, papan kekunci (keyboard) juga boleh menimbulkan masalah


ketika menaip seperti gangguan pada kekuncinya. Contohnya, secara tidak
sengaja tertekan kekunci tertentu pada papan kekunci itu sehingga
menyebabkan ia diaktifkan. Jadi, antara kekunci yang perlu diberi perhatian
ialah kekunci yang berlabel CAPS LOCK dan NUM LOCK. Selain kekunci, kabel
papan kekunci yang longgar mungkin perlu diketatkan dan proses boot semula
mungkin perlu dilakukan supaya ianya kembali berfungsi.

Masalah : Satu huruf tak berfungsi/timbul banyak

Penyelesaian :

Cabut/bersihkan huruf tersebut


Test kelancaran button huruf
Tukar keyboard.

Masalah : Tidak berfungsi langsung/bila “boot” keyboard error

Penyelesaian :

1. Check suis pada keyboard (sebelah belakang – AT – XT).


2. Check key lock.
3. Check keyboard connector.
4. Check BIOS untuk keyboard.
5. Check setup/configuration.
6. Tukar keyboard.
7. Check transistor pada motherboard.
8. Tukar motherboard.

9
Bunyi :

Jika masalah yang dihadapi melibatkan bunyi (sound), perlu memeriksa


pembesar suara (speaker) yang digunakan untuk memastikan kabel bekalan
kuasa dibuka dan wayarnya dipalamkan pada soketnya yang betul. Selain itu
perlu memeriksa ‘volume’nya untuk memastikan suisnya terbuka (on) atau
tertutup (off). Sistem operasi (OS) popular seperti Win95 dan Win98 ada
menyediakan kawalan volume pada bahagian taskbar desktop. Jadi, pastikan
wayar pembesar suara, tidak dipasangkan pada soket lain.

 CD-ROM : 
Fungsi pemacu CD-ROM akan terganggu sekiranya memasukan cakera padat
(CD) secara terbalik, permukaannya bercalar atau dilekati dengan kekotoran di
atas permukaannya. Kadangkala perlu memasangkan program untuk memainkan
kandungan CD tersebut terlebih dahulu atau mengklik sebanyak dua kali pada
ikonnya sebelum ia boleh berfungsi. Sekiranya CD tersebut masih gagal untuk
dimainkan, sila buka pada bahagian My Computer dan klik dua kali pada ikon
berlabel D (untuk pemacu CD-ROM).

Paparan : 

Apabila monitor gelap (blank) setelah komputer dihidupkan, pastikan kabel


kuasa dan kabel data disambungkan dengan betul dan kemas, selain itu cuba
ubahsuai bebutang kawalan pada monitor tersebut. Biasanya monitor
dilengkapi dengan tombol (knob) atau bebutang (button) untuk mengawal ciri-
ciri komputer tersebut seperti kontras, kecerahan dan beberapa ketetapan
lain. Kadangkala paparan monitor terjejas kerana gangguan pada kad video
yang digunakan - misalnya gangguan gelombang elektomagnet atau kad video
itu longgar. Jadi, cuba jauhkan monitor tersebut dari punca gangguan atau kad
video yang longgar diketatkan.

10
Cetakan :

Disebabkan pencetak merupakan sebuah peranti mekanikal - terdiri daripada


beberapa komponen lain yang boleh ditanggalkan - maka ia kadangkala boleh
menghadapi masalah atau gangguan. Katakanlah kabel bekalan kuasa telah
dibuka dan dipalamkan dengan betul, namun masalah lain tetap boleh berlaku
seperti kertas tersekat (jam) di dalamnya atau dakwat/toner kehabisan. Selain
itu mungkin perlu memeriksa ketetapan (setting) pada kekotak dialog pencetak
untuk mempastikan arahan cetakan boleh dilaksanakan

PC Set:

Masalah : Blank screen

Penyelesaian :

1. Check cable power (240V) ke monitor.


2. Check signal cable/connector.
3. Check power supply unit/pastikan kipas o.k.
4. Check power connector (connection) ke motherboard.
5. Check kedudukan RAM/lokasinya.
6. Check SVGA card/monitor card.
7. Check contrast/brightness control.
8. Check pemasangan/lokasi cable hard disk.
9. Check power LED pada monitor.
10.Check motherboard/CPU/RAM.
11.Check jumper pada card/motherboard(compare dengan lain).
12.Pastikan tiada 2 atau lebih card fungsi sama berada di dalam Satu
motherboard.
13.Pastikan power output (0, -5V+5V – 12V dan +12V) mencukupi dari Power
supply
14.Rujuk pada manual.
15.Tukar monitor lain
16.Tukar motherboard.

11
Motherboard :

Masalah : Power supply “ off bila suis “on: (Power supply dipastikan o.k.)

Penyelesaian :

1. Pastikan litar motherboard tidak “pintas” pada casing.


2. Check komponen pada motherboard (kapasitor tantalum).
3. Tukar motherboard.

Masalah : Tidak dapat “save” BIOS setup/configuration

Penyelesaian :

1. Pastikan ROM BIOS o.k.


2. Check bateri/track pada motherboard.
3. Pastikan select “save and exit” sebelum keluar setup.
4. Tukar motherboard.

Masalah : Speaker tiada bunyi

Penyelesaian :

1. Check pemasangan cable speaker.


2. Check litar speaker pada motherboard.
3. Check/tukar speaker.

Masalah : Bunyi ‘ beep …beep…” bersambung (berulang-ulang)

Penyelesaian

1. Check card connection satu persatu.


2. Check RAM connestion satu persatu
3. Tukar card yang bermasalah.

Masalah : Setup untuk hard disk tidak betul bila “save”

Penyelesaian

1. Check jumper pada motherboard


2. Cabut bateri dan setup semula
3. Tukar ROM BIOS.
4. Tukar motherboard.

12
CPU :

Masalah : Tidak berfungsi

Penyelesaian :

1. Check pin/kaki CPU.


2. Check pin/kaki coneection
3. Check voltage selector untuk CPU (jumper).
4. Tukar CPU (Test pada motherboard lain).
5. Pasangkan heat sink dan cooling fan (elakkan terlalu panas).

Hard Disk (HDD)

Masalah : Sistem hang/tak boleh run C:

Penyelesaian :

1. Check DOS installation.


2. Check boot sector/virus.
3. Pastikan hard disk utility telah dibuat.
4. Check cable connection.
5. Check I/O card.
6. Hard disk rosak/tukar
7. Check/alih jumper pada motherboard (refer manual).

Masalah : Tidak boleh buat fdisk/fails to create

Penyelesaian

1. Pastikah hard disk o.k/detected o.k.


2. Check DOS deskette/BIOS
3. Check hard disk setup.
4. Check motherboard
5. Check cable connection.

Masalah : Cari/baca data slow

Penyelesaian :

1. Buat chkdsk c
2. Buang lost allocation C:\hkdsk/f:
3. Check guna NDD/checkit.
4. Check virus/check memori.

13
Masalah : Missing command interpreter (Bad command or Missing interpreter).

Penyelesaian :

1. Check command Com/DOS installation


2. Pastikan HDD setup betul (Cyl,Head,Sector).
3. A:\>sys c:
4. Buat auto detect semula.

Masalah : Invalid drive specitication

Penyelesaian :

1. Configure hard disk tidak betul.


2. Buat auto detect/manual.
3. Check HDD cable/connection
4. Buat high level format
5. Check I/O card
6. Buat/check Fdisk (partition).

Masalah : Boot sector error/rosak

Penyelesaian

1. Cuba buat hard disk utility.


2. Tukar hard disk baru.
3. Guna disk manager
4. Select DM/M (manual).
5. Select Cyl kepad 1-5 (tambahkan dari O).
6. Select (Initiliaze, Delete Partition, Create New Partition dan Format.
Kemudaian verify hard disk tersebut).
7. Anjakkann kedudukan head pointer controller.(Anjak track dari keududkan
boot sector)

14
DISKETTE DRIVE (FDD):

Masalah : Tidak boleh baca data dalam diskette

Penyelesaian :

1. Check head/cuci
2. Pastikan diskette o.k
3. Ada siste,/ada fail
4. Tiada virus
5. Kapasiti betul
6. Tidak rosak
7. Mac/IBM PC
8. Check FDD cable/connection
9. Check I/O card
10.Check FDD analog card.
11.Check setup configuration pada ROM BIOS.

Masalah : LED menyala berterusan/tidak menyala langsung

Penyelesaian :

1. Check FDD cable connection.


2. Tukar kedudukan kabel pin no.1 (merah).
3. Tukar FDD lain.
4. Tukar kedudukan kabel merah di kedua-dua connector.
5. Peralatan I/O card

SIMM RAM:

Masalah : Blank screen

Penyelesaian :

1. Tukar kedudukan RAM ke bank lain.


2. Check/tukar RAM satu persatu.
3. Check RAM connection ke slot.

Masalah : Detect jumlah memori tidak sama dengan RAM yang dipasang.

Penyelesaian :-

1. Slot simm (salah satu) telah diduplicate oleh slot lain.


2. Pemasangan antara RM72 pin dengan 30 pin pada slot tidak sama.

15
Operating System:

Masalah : Sistem slow

Penyelesaian :

1. Check CPU/Motherboard 286,386,486 atau pentium


2. Tambah RAM kapasiti.
3. Check virus, buang
4. Close program yang tidak diperlukan.
5. Program perlu memory banyak (untuk run).
6. Check button turbo.
7. Check HDD.

Beberapa perkara yang harus dilakukan untuk menghadapi masalah sistem


komputer lambat:

1. Spyware dan Virus merupakan salah satu penyebab pc lambat, kerana yang
paling mudah menyusupi dan banyak user yang berinteraksi dengannya (secara
tidak langsung), spyware berasal dari banner-banner dan iklan-iklan di suatu
halaman web ketika mengakses halaman/banner tersebut

Penyelesaian:

 Identifikasi dan analisa process yang sedang berjalan dengan windows


task manager.

 Identifikasi dan non aktifkan service yang bersangkutan melalui


management console.

 Identifikasi dan non aktifkan service yang ada di startup item dengan
sistem configuration utilty.

 Cari dan hapus entry di registry yang ada pada startup.

 Identifikasi dan hapus file yang mencurigakan.

 Install dan gunakan spyware detection dan removal.

16
2. Processor Overheating. Kebanyakan prosesor mudah menghasilkan panas,
sehingga menyebabkan pendingin khusus dan jenis fan khusus, sehingga
temperature prosesor meningkat, sistem akan melambat dan proses akan
berjalan lambat. Kipas prosesor yang gagal disebabkan kerana :
 Debu yang melambatkan kipas berpusing secara smooth.
 Fan motor rosak.
 Bearing fan ada yang sedang berpusing ada bunyi krek-krek secara cepat

3. Ram yang lama dan panas

4. Harddisk yang fail. Jika harddisk sering mengalami failure, ini juga akan
memperburuk performa komputer

5. Bios Settings. Biasanya bios yang belum dicustom settingnya akan mengalami
proses perlambatan beberapa detik, khususnya ketika booting, untuk itu kita
harus mengcustom bios setting agar performa kerja proses boot dipercepat,

6. Disk type/controller compatibility. Biasanya motherboard sekarang sudah


memiliki kontroler yang baik untuk paralel ATA disk, namun kita harus
memperhatikan kabel IDE nya, kerana kabel ini memiliki beberapa
spesifikasi tertentu, ada yang udma 33, 66, dan 100, kalau kita lihat secara
fizik, bentuk kabelnya memiliki serabut yang halus-halus dan banyak,
sedangkan yang udma 33 serabutnya sedikit, jadi gunakanlah kabel yang
memiliki spesifikasi yang tinggi untuk disk kita.
7. Windows Services, beberapa service yang harus diperhatikan dan dimatikan
adalah:

 FTP
 Indexing Service
 Remote Registry
 Telnet
 Remote Access
 Remote Desktop
 Automatic Update
 Process yang invisible.

Terkadang, tanpa kita ketahui ada saja program yang berjalan


di memory, padahal kita sudah tidak menggunakannya lagi atau bahkan kita
sudah menguninstallnya namun programnya masih ada yang berjalan, untuk itu
kita harus memperhatikan process apa saja yang sedang berlangsung di
komputer kita dengan melihat task manager, dan kita boleh end taskkan atau
kill, lalu kita boleh hapus .exe nya.

8. Disk Fragmentation

17
9. Background applications. Kalau kita perhatikan di systray saat kita klik
arrow kirinya akan berderetlah icon yang banyak, semakin banyak icon yang
terpasang di systray itu menyebabkan komputer semakin lambat merespons
proses, kerana memory banyak yang terpakai untuk proses itu, sehingga
untuk itu kita perlu mematikannya atau menonaktifkan yang tidak
diperlukan iaitu dengan mengakses registry:
HKEY_ LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run
dan
HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\RunOnc
e
Hapuslah key yang tidak diperlukan.

18

Anda mungkin juga menyukai