Anda di halaman 1dari 3

Komposisi Tanah

Salam 1Malaysia kepada para pembaca majalah web dunia matematik. Pertama sekali kami
ingin menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru kepada anda semua. Mesti adik-adik semua
mempunyai resolusi baru untuk tahun 2011 ini, kak berdoa anda semua akan berjaya mencapai
semua yang dicitakan. Diharap adik-adik telah seronok membaca edisi lepas dunia matematik.
Mesti anda semua dah tak sabar nak mengetahui tema artikel pada bulan ini, jom membaca.

Seperti edisi-edisi lepas pada kali ini juga kita akan membincangkan kepentingan ilmu
matematik dalam kehidupan harian. Fokus edisi kali ini adalah bagi membincangkan aplikasi
matematik dalam bidang pertanian. Sebenarnya semasa membuat kajian untuk menulis artikel
bahagian Tahukah Anda saya telah menemui beberapa fakta menarik tentang matematik dan
bidang pertanian yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca sekalian. Antara aplikasikan
konsep matematik dalam pertanian termasuklah proses analisis tanah, pengiraan sukatan tepat
pelbagai jenis baja, untuk pasaran antarabangsa ilmu matematik membantu penukaran ke unit
metrik, pengiraan luas kawasan pelbagai bentuk, Strategi Perlindungan Pasaran dan
sebagainya.

Proses menganalisis tanah bertujuan untuk mengkaji komposisi tanah supaya sentiasa
dalam keadaan optimum untuk proses pertanian. Maka untuk peak performance adalah amat
penting bagi tanah tersebut mempunyai nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang optimum.
Matematik dapat digunakan sebagai alat untuk memastikan segala pengiraan adalah tepat.
Persamaan matematik yang digunakan dapat menentukan jumlah nutrien yang sedia ada pada
sebidang tanah dan jumlah nutrien yang perlu ditambahkan untuk mencapai keadaan optimum
untuk jenis pertanian yang ingin dijalankan. Marilah kita melihat persamaan matematik yang
digunakan bagi proses analisis tanah:

Dalam persamaan
M.E.Q. is based on Atomic Mass from Periodic Table
C.E.C. is the soils nutrient-holding capacity
%B.S. is the percentage of exchange sites occupied by a nutrient

Selain itu, kita juga boleh mengenalpasti komposisi baja campuran menggunakan ilmu
matematik dengan mengaplikasikan konsep peratusan yang merupakan antara konsep asas
dalam matematik. Analisis komposisi baja campuran membolehkan kita mengenal pasti
komponen bahan kimia yang terdapat dalam sesuatu baja campuran dan juga membolehkan kita
mengira komposisi setiap satu komponen dalam baja campuran tersebut. Kaedah analisis
ditunjukkan di bawah:

Dengan adanya ilmu matematik juga telah memudahkan penukaran dari satu unit ke unit
yang lain yang digunakan dalam bidang pertanian. Maka walaupun dalam negara kita
menggunakan sesuatu unit untuk mengukur sesuatu kuantiti kita boleh tukarkannya kepada unit
yang lain dengan adanya ilmu matematik mengenai penukaran dari satu unit ke unit yang lain
bagi sesuatu bahan contohnya seperti jadual di bawah:

Akhir sekali, pernahkah adik-adik tertanya-tanya tentang bentuk-bentuk tanah yang


digunakan untuk pertanian? Adakah terdapat bentuk tetap yang menjadikan sebidang tanah itu
ideal untuk tujuan pertanian? Mengikut pelbagai sumber saya telah mendapati bahawa tanah
untuk pertanian mungkin terdiri daripada pelbagai bentuk. Jadi sekiranya kita ingin mengukur
luas sebidang tanah yang hendak digunakan bagi tujuan pertanian apakah cara yang boleh
digunakan? Mesti ada telah belajar tentang bentuk -bentuk asas yang telah kita belajar dalam
matematik iaitu seperti segiempat, segitiga, serta bulatan yang berbagai saiz, kita boleh
mengaplikasikan pengetahuan matematik ini untuk mengira luas tanah dengan membahagikan
tanah tersebut kepada beberapa bahagian dengan bentuk yang kita boleh kenalpasti serta
mencari luasnya. Maka marilah kita imbas kembali beberapa formula luas bentuk yang anda
telah belajar sebelum ini.

Sekian sahaja daripada saya pada edisi kali ini. Semoga para pembaca telah mendapat
informasi berguna yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dapat melihat

aplikasi matematik dalam bidang pertanian dengan lebih jelas. Nantikan edisi seterusnya Dunia
Matematik untuk artikel-artikel yang lebih menarik lagi. Semoga berjumpa lagi pada edisi akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai