Anda di halaman 1dari 4

AYAM SERAMA merupakan sejenis ayam jenis katek yang sangat

cantik dan diminati oleh ramai peminat yang gemar memelihara ayam.
Ayam Serama bukan dari sejenis spesis asli ayam tetapi hasil kacukan
ayam katik. Saya dapati Ayam Serama (juga dikenali sebagai Ayam
Serama Malaysia) adalah sejenis baka ayam katik yang berasal dari
Malaysia semenjak 50 tahun lepas. Ayam Serama Malaysia juga
merupakan sejenis baka yang agak baru.
Sejarah dan asal usul ayam serama juga kurang jelas. Terdapat juga kisah atau lagenda yang
mengatakan ia merupakan keturunan dari pembiakan silang tidak sengaja di antara burung
merpati dengan ayam. Cerita lain juga ada mengisahkan asal bermula dari pemberian hadiah
ayam katik oleh Raja Siam kepada sultan tempatan pada zaman dahulu.
Serama dipercayai berasal dari Kelantan, sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia
(berdekatan bersempadanan dengan sempadanThailand di pantai timur). Ayam serama juga
banyak didapati di negeri tersebut dan selatan Thailand dengan mempunyai pelbagai warna,
saiz, keunikan dan juga harga yang banyak varian. Walau pun saya kurang kenal akan aayam
serama tetapi apabila ada pemeran berkaitan ayam serama, saya amat suka menelitinya
sebagai satu keunikan semulajadi yang harus kita nikmati. Artikel subuh Rabu ini saya
menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ayam serama berdasarkan pemerhatian
dan membaca beberapa bahan rujukkan.
Terdapat laporan menyatakan baka moden Ayam Serama
dipopularkan oleh seorang penternak ayam dari Kelantan
yang telah memberi nama "Serama" bersempena dengan
Raja Sri Rama, sebuah watak di dalam Wayang Kulit. Baka
ini pertama kali dipamerkan pada tahun 1990.
Laporan tidak rasmi menyatakan pada tahun 2000 merupakan
kemuncak popularitinya di Malaysia. Baka ini terjejas teruk semasa wabak selselema burung
pada tahun 2004 apabila lebih dari 50,000 ekor serama telah dihapuskan atau mati. Walau
bagaimanapun, baka ini mendapat kembali kemahsyurannya di Malaysia kerana ramai
kalangan peminat ayam serama sehingga banyak kelab atau persatuan ayam serama bergiat
aktif. Saya dapati tidak terdapat penulisan piawaian bagi baka di Malaysia, mahu pun
sebarang tradisi persatuan ayam.
Kebanyakan maklumat yamg kini difahami oleh penternak akan disebarkan secara lisan.
Ramai juga penternak memiliki stail atau jenis yang mereka ternakkan, tetapi sering kali
penternak menyimpan beberapa stail. Stail ini sering kali dinamakan sempena gambaran
darah keturunan jaguh (contohnya. Husin, Mat Awang) dan juga bentuk umum, ciri-ciri atau
kelakuan (contoh. bentuk kurus, bentuk bola, bentuk naga, teleng, stail robot).
Terdapat banyak kepelbagaian mengenai gelaran jenis ayam serama di Malaysia. Kesemua
stail atau cara berlainan berlawan sesama sendiri dalam pertandingan meja terbuka (sering
kali digambarkan sebagai "pertandangan cantik") dan pengadilan akan dihakimi oleh para
hakim tempatan dan foto pemenang akan dijadikan bukti dengan hadiah yang lumayan.

Ayam Serama Malaysia tidak terhad oleh satu set piwaian di negara asalnya, ini adalah
mengapa Serama Malaysia telah berubah begitu banyak dalam tempoh singkat dan masih
terus berubah sehingga sekarang. Terdapat usaha bagi mengesa satu badan rasmi menentukan
set piwaian bagi pelbagai stail ayam serama oleh peminatnya.
Sesetengah orang Malaysia menegaskan bahawa piwaian tidak patut ditentukan kerana ia
akan menghadkan perkembangan didalam pembiakan baka ayam serama. Ada dikalangan
penternak ayam Serama yang berpengaruh telah pun menyamakannya perkembangan ayam
serama dengan perkembangan model kereta dimana katanya 'Reka bentuk bagi kereta
sempurna tidak ditetapkan oleh kerajaan, jadi kenapa mereka perlu menetapkannya bagi
ayam Serama.
Teknologi sentiasa maju dan kita belajar dan mereka benda baru. Jadi kenapa ia perlu berbeza
bagi ayam'. Ramai peminat fanatik juga menubuhkan persatuan sendiri yang juga ada yang
berdaftar atau tidak berdaftar dengan ROS untun memajukan perkembangan industri Ayam
Serama di negara kita.
Ayam Serama juga merupakan ayam paling ringan di dunia.
Biasanya bawah dari 500g seekor tetapi ayam serama yang lebih
kecil bawah 250g selalunya telah dibiakkan di negara asalnya
Malaysia. Ayam Serama bercirikan oleh bentuk badan tegak
mereka, dada penuh, bulu ekor ditegakkan dan rapt pada badan
dengan sayap mendatar dipegang hampir mencecah tanah (Lihat
foto sebelah). Di Malaysia jika ayam ini berdiri, ia dapat

digambarkan sebagai pahlawan berani atau juga digelar dengan 'ayam malaikat', kerana
penampilan mereka berdiri menyerupai manusia.
Secara keseluruhan ayam Serama adalah ayam yang agak mudah untuk membiak. Selepas
bertelur ia mengambil masa lebih kurang 19 - 21 hari untuk anak ayam terbentuk dan
menetas. Anak ayam lebih lemah pada suhu sejuk berbanding baka lain kerana bandingan
saiz badannya yang kecil. Selepas menetas ia mengambil masa 16 - 18 minggu untuk ayam
matang dan mencapai titik di mana ia sendiri sudah boleh mula bertelur.
Telur Serama bukanlah baka yang mudah untuk menetas dari telur dan ada beberapa hipotesis
mengenai hal ini dimana pembiakbakaan dalam sesama sendiri mungkin salah satu sebabnya.
Hipotesis yang lain dikatakan iaitu kemungkinan saiz telur agak kecil (mungkin menghampiri
had terendah yang mungkin bagi menghasilkan telor yang mampu menetas). Kebersihan
reban dan telur yang baik dengan kaedah cara pengeraman dan penternakan stok induk adalah
kritikal bagi kejayaan.
Saya dapati saiz biasa telur tidak terlalu besar dimana saiz telur biasanya antara 2 - 3 biji telur
puyuh biasa berbanding dengan sebanyak 4 - 6 biji bagi telur Ayam Serama yang menyerupai
saiz dan ketumpatan dengan sebiji saiz telur ayam piwaian. Ayam Serama yang lebih kecil
ada kemungkinannya menghasilkan telur yang lebih kecil dimana kadar penetasannya juga
agak rumit.
Seperti umum tahu, ayam serama adalah hasil kacukan (hybrid) atau
proses penyilangan dari beberapa jenis baka ayam. Penyilangan
(kacukan) ini mungkin diantara ayam katik (Japanese Bantam), Ayam
Kapan, Ayam Sutera (Silkie Bantam) dan juga dengan juga Ayam
Hutan.
Ada juga bergurau iaitu banyak kali kita dengar orang berkata "hendak
beli serama tetapi dapat Kapan" yang maksudnya mendapat ayam
serama jenis Ayam Kapan. Terdapat pertandingan serama kategori
Ayam Kapan semenjak dulu dijalankan tetapi ia adalah juga seiring
dengan perubahan masa dan citarasa manusia.
Kini ayam serama juga mengalami perubahan yang ketara dari segi pemeliharaan dan
pertandingan. Ayam serama jenis 'Ayam Katik' yang kecil dan berdada besar seperti 'cutting
Epel' meniru gaya Syarifah Aini telah pun jadi rebutan, Hari ini ramai peminat serama sudah
melihat bentuk tubuh serama yang berbeza. "Cutting" slim tinggi lonjak dan selam menjadi
pilihan dengan gaya untuk pilihan dalam pertandingan "lawan meja" yang mecetuskan
kegilaan baru di dalam setiap pertandingan kecantikan ayam serama. Evolusi ayam serama
akan terus bergerak seperti dunia fesyen yang kerap berlaku pengulangan trend dan adakah
serama juga boleh berlaku begitu?. Sama-sama kita lihat perkembangan ini. Wasallam!

Makanan Khas ayam serama.


AYAM TERINGAN... AYAM SERAMA...
HARGA MAHAL.... ISI TIDAK SEBERAPA...
BULU CANTIK... .PANDAI BERGAYA...
RAMAI PEMINAT... AHLI KELAB TERUJA...
Untuk Pelbagai infotani yang menarik sila lawati animhosnan.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai