Anda di halaman 1dari 3

Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.


Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa
harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira
sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali,
Allahuakbar 33 kali.
Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke
seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca
bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim
sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan,
dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian
terkejut.
Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia
bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan
buatan orang.
Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum
tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih
mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat
senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat,
ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin
Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan
mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan
bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur
dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa
angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika
salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa
mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca
istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan
baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan
dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu
ibadat sekiranya ia memenuhi adab-adab dalam Islam antaranya : 1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil
wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda
akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja
tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang
kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi
masalah sukar untuk bangun.
3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah
anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik,
tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda
banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan
beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.
4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih
dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke
kiblat.
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan
kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh
badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang
sebanyak tiga kali berturut-turut.
5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di
dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan
menunaikan solat subuh .
6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana
telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami
sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit
regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.
*Sumber dari halimislam.blogspot.com

Sunnah-Sunnah Nabi saw Sebelum, Ketika Dan Selepas Tidur

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa
harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah
mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira
sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X,
Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan
niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah
dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan
buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

Anda mungkin juga menyukai