Anda di halaman 1dari 1

Nama : Muhammad Khairil Johari Bin Mohamed Ibrahim Kelas : Sains 4

Pembentangan Refleksi Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2

Sepanjang menjalani program Bina Insan guru (BIG) ini, pelbagai manfaat, kebaikkan,
kekuatan, kelemahan dan cara mengatasi kelemahan tersebut. Perkara yang saya pelajari dalam
program BIG ini amat berguna untuk saya bagi menempuh alam pekerjaan nanti sebagai seorang
guru. saya telah dapat memupuk sikap bertimbang rasa. Sikap ini dipupuk dalam diri saya apabila
saya melihat sendiri keadaan pelajar guru lain yang bersifat berkejar-kejaran, memotong barisan
ketika mengambil makanan. Terdapat juga pelajar guru yang mengambil makanan lebih sehingga
pelajar guru lain tidak dapat makan. Melalui pemerhatian ini, saya mengambil pengajaran bahawa
seorang guru seharusnya bersikap bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri.
Fasilitator juga telah menegur pelajar guru akan sikap ini dan apabila masalah ini diatasi, pelajar
guru dapat makan dengan teratur, makan bersama-sama dan setiap pelajar guru dapat makanan.
Seorang guru seharusnya mempunyai sikap timbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri
supaya apabila di alam pekerjaan nanti guru tersebut tidak bersikap membuat kerja atas sebab
ingin mendapat pangkat yang tinggi dan gaji yang besar dengan cara mempergunakan orang
lain. Guru merupakan profession yang sentiasa berinteraksi dengan komuniti sama ada guru
mahupun masyarakat. Sekiranya guru bersikap pentingkan diri sendiri, guru tersebut akan tidak
disukai oleh rakan sekerjanya dan masyarakat.

Seterusnya, program BIG juga telah melatih kemahiran insaniah kepimpinan bagi saya.
Sepanjang program BIG ini, saya telah memimpin dan dipimpin oleh ketua. Seorang ahli perlu
sentiasa taat kepada arahan ketua dalam kerja atau aktiviti berkumpulan yang dilakukan seperti
membina rakit, berkayak, merancang persembahan dan ‘jungle trekking’ dan sebagainya. Aktiviti
ini memerlukan saya untuk patuh arahan ketua kumpulan supaya tugasan yang diberikan dapat
dilaksanakan dengan baik. Saya juga telah mengetuai kumpulan ketika membina rakit. Seorang
ketua perlu memastikan kumpulan berjaya melaksanakan tugasan dan mengatur strategi dengan
baik.kemahiran ini sememangnya akan diaplikasikan di sekolah kelak iaitu patuh arahan Guru
Besar atau ketua atasan dan akan mengetuai sesebuah organisasi semasa menjadi guru.

Kesimpulannya, program BIG berjaya menerapkan sifat guru pendidik dalam diri pelajar
guru sambil mengikuti aktiviti yang menariik

Anda mungkin juga menyukai