Anda di halaman 1dari 2

Tajuk: kenapa Yayasan Peneraju perlu memilih saya untuk menerima pembiayaan

pendidikan Peneraju Tunas Potensi


Nama saya Muhammad Khairil Johari bin Mohamed Ibrahim. Saya membesar di
Bagan Datoh , Perak. Saya belajar di SMK Tun Abdul Razak dan mengambil aliran sains
tulen . Saya menamatkan pengajian di sekolah saya pada bulan November 2015. Saya
memperolehi 2[A+]4[A]3[A-]2[B] semasa Peperiksaan Percubaan SPM. Saya
memperolehi gred [A+] bagi subjek Fizik,[A] bagi Matematik Tambahan, [A] bagi
kimia ,[A+] Bagi Matematik dan [A-] bagi Biologi . Saya sedia maklum bahawa pihak
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera di bawah Program Pembiayaan Pendidikan
Tunas Potensi menyediakan kursus Kejuruteraaan Elektrik dan Elektronik . Sehubungan
itu, saya mempunyai minat yang mendalam untuk menyambung pelajaran dalam bidang
tersebut. Oleh itu , saya yakin dan percaya bahawa dengan adanya Program Pembiayaan
Pendidikan Tunas Potensi mampu menjadi batu loncatan terbaik untuk membolehkan
saya mencapai cita-cita saya menjadi seorang Jurutera. Tambahan pula, dengannminat
saya terhadap bidang tersebut, saya dapat menjamin bahawa pihak Yayasan Peneraju
Pendidikan Bumiputera tidak akan rugi memilih saya untuk Program Pembiayaan
Pendidikan Tunas Potensi kerana saya akan bersungguh-sungguh dalam pembelajaran .
Selain itu, pihak Yayasan Peneraju seharusnya memilih saya atas alasan saya
mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi. Buktinya, saya merupakan Penolong Ketua
Pengawas di sekolah saya. Di samping itu, saya juga menjawat jawatan sebagai pengerusi
Kelab Kerjaya selama satu tahun. Saya telah dilantik sebagai penolong ketua pengawas
dan pengerusi Kelab Kerjaya atas sokongan pelajar-pelajar lain serta guru-guru. Hal ini
bukan sahaja menunjukkan sikap kepimpinan saya , malahan sikap mesra saya terhadap
orang lain dalam sesebuah komuniti dapat dilihat. Jadi , kebolehan dan keupayaan saya
dapat memenuhi hasrat serta aspirasi pihak Yayasan Peneraju.
Seterusya, saya pernah menyertai pertandingan kereta solar peringkat negeri Perak .
Dengan penyertaan tersebut, saya dapat menimba pengalaman serta mengasah bakat
dalam mereka cipta dan berinovasi. Tambahan pula, saya merupakan peserta bahas ala
parlimen peringkat negeri Perak. Jadi, saya mempunyai keyakinan diri untuk becakap
dikhalayak ramai. Saya berharap pihak yayasan peneraju dapat mempetimbangkan
permohonan saya ini kerana saya yakin , saya mempunyai ciri yang pihak tuan cari.

Anda mungkin juga menyukai