Anda di halaman 1dari 4

Bahagian B

Jawab semua soalan pada ruang yang disediakan

1. Tumbuhan mempunyai ciri khas untuk menyesuaikan diri dengan iklim dan perubahan musim.
(a) Rajah 1.1 menunjukkan pokok getah.

Rajah 1.1

Berdasarkan gambar rajah 1, nyatakan ciri khas yang terdapat pada tumbuhan tersebut
semasa musim kemarau?

Menggugurkan daun.

(1 markah)

(b) Dalam Rajah 1.2, pokok kaktus dan pokok tomato tidak disiram air selama seminggu.

Pokok kaktus Pokok tomato


Rajah 1.2

(i) Anggarkan keadaan kedua-dua pokok tersebut selepas seminggu

Pokok kaktus hidup dan tiada perubahan manakala pokok tomato akan menggulungkan daun.

(1 markah)
(ii) Apakah hubungan daun pada pokok kaktus dan pokok tomato dengan kehilangan air?

Pokok kaktus tidak mempunyai daun maka dapat mengurangkan kehilangan air manakala
pokok tomato mempunyai daun maka apabila ketiadaan air, air tersejat keluar dari daun.
Daun pokok tomato menggulung untuk kurangkan kehilangan air.

(1 markah)
2. Rajah 2.1 menunjukkan dua jenis tumbuhan yang ditanam di kawasan padang oleh seorang ahli
sains.

Lalang kemuncup
Rajah 2.1

Pokok-pokok ini ditanam pada masa yang sama di padang yang sama. Luas kawasan yang
ditumbuhi tumbuhan ini direkodkan selepas lima bulan.

(a) Terangkan bagaimana pencaran biji benih setiap jenis tumbuhan ini.

a. Lalang: melalui angin

b. Kemuncup: melalui manusia dan binatang

(1 markah)

(b) Selepas lima bulan, kawasan pokok lalang lebih luas berbanding kemuncup. Berikan inferens
yang sesuai bagi menerangkan pemerhatian tersebut.

Biji benihnya dibawa oleh angin menjadikan lebih cepat tersebar kekawasan lain

(1 markah)

(c) Ahli sains tersebut tidak menyukai pokok lalang ini kerana tumbuh dengan banyak pada masa
yang singkat. Dia membuat keputusan untuk mencari jalan bagi menghentikan pokok lalang
daripada memancarkan biji benihnya. Pada pendapat anda, wajarkah tindakan ahli sains ini?
jelaskan pendapat anda.

Tidak wajar. Ini akan mengakibatkkan tumbuhan itu pupus dan haiwan seperti serangga tidak
ada tempat tinggal.

(1 markah)
3. Rajah 3.1 menunjukkan jenis-jenis sumber tenaga
(a) Isikan rajah 3.1 dengan dua sumber tenaga

air

ombak

makanan

bateri

sumber tenaga (i) matahari

(ii) biojisim

nuklear

angin

bahan api fosil

(1 markah)

(b) Rajah 3.2 menunjukkan satu telefon pintar.

Telefon pintar itu berdering dan bergetar kerana sedang menerima panggilan. Tunjukkan
perubahan bentuk tenaga yang berlaku semasa telefon pintar itu menerima panggilan.

Tenaga kimia  tenaga tenaga elektrik  tenaga cahaya+ tenaga bunyi+ tenaga kinetik +
tenaga haba

(1 markah)
(c) Rajah 3.3 menunjukkan 2 cara menjana sumber tenaga

Penjanaan hidroelektrik menggunakan air Penjanaan nuklear menggunakan


bahan nuklear

Sekiranya anda merupakan menteri bagi kementerian tenaga, sains, teknologi, alam sekitar
dan perubahan iklim di Malaysia, cara penjanaan tenaga yang manakah yang terbaik bagi
membekalkan tenaga untuk seluruh Malaysia? Berikan sebab.

Penjanaan hidroelektrik. Penjanaan hidroelektrik menggunakan sumber tenaga air iaitu


sumber tenaga yang boleh diperbaharui

(1 markah)

(d) Berdasarkan jawapan di 3(c), kritik penjana yang anda tidak pilih.

Nuklear adalah sumber yang tidak boleh dipoerbaharui dan akan habis. Selain itu, ia
memerlukan kos yang tinggi dan boleh mengakibatkan pencemaran radiasi yang
membahayakan manusia.

(1 markah)

Anda mungkin juga menyukai