Anda di halaman 1dari 4

Kertas Cadangan 1.

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua guru pelatih dari kelas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Pendidikan Sains Semester 6, Ambilan Januari 2010. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan rol model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, .pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

2. MATLAMAT

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Selain itu, Lawatan Penanda Aras dalam BIG ini juga dapat menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.

3. OBJEKTIF AKTIVITI a. Memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar tentang misi dan visi sekolah cemerlang. b. Mengenalpasti bentuk iklim serta amalan budaya kerja cemerlang. c. Mengetahui struktur serta pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah cemerlang. d. Mengenalpasti serta memahami pola-pola pengurusan berkesan dalam

pengurusan sekolah cemerlang.

4. TARIKH

6 Julai 2012 (Jumaat)

5. TEMPAT

SMK Serian, Serian

6. KUMPULAN SASARAN

PISMP Sains Semester 6 Ambilan Januari 2010

7. JAWATANKUASA KECIL

Rujuk LAMPIRAN A

8. SENARAI NAMA PESERTA KUMPULAN

21 guru pelatih daripada PISMP Sains Ambilan Januari 2010 Guru Pelatih lelaki : 6 orang

Guru Pelatih Perempuan: 15 orang

Rujuk LAMPIRAN B

9. KESIMPULAN

Program Bina Insan Guru (SEM 6) 2012 ini diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim dan daya ketahanan yang tinggi serta dapat diterapkan kepada setiap peserta bagi menempuh cabaran akan datang. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke 21.

Disediakan Oleh:

Disahkan Oleh:

______________________ (CHAN SII JIING) Setiausaha, Lawatan Penanda Aras PISMP Sains Ambilan Januari 2010, IPG Kampus Batu Lintang.

______________________ (LOH YI HENG) Pengerusi, Lawatan Penanda Aras, PISMP Sains Ambilan Januari 2010, IPG Kampus Batu Lintang.

Anda mungkin juga menyukai