Anda di halaman 1dari 4

PEMILIHAN KRITERIA

BORANG PENILAIAN
PENGREDAN

RUBRIK
Rubrik merupakan salah satu sistem permarkahan yang digunakan oleh guru-guru.
Sistem ini berfungsi sebagai penunjuk ( indiKator) yang diperlukan untuk menilai tahap
pencapaian pelajar berdasarkan kriteria khusus dan jelas. Pentaksiran secara subjektif
dijalankan berdasarkan set kualiti yang dihasilkan berdasarkan objektif pembelajaran.
Kualiti dan tahap pencapaian pelajar ditafsirkan berdasarkan tugasan bertulis, projek,
esei dan amali. Guru seterusnya memberi markah berdasarkan pematuhan garis
kriteria. Biasanya terdiri daripada tiga tahap iaitu tahap cemerlang, sederhana atau
memuaskan ( perlu penambahbaikan).
KAEDAH ANALITIK
Peirce (2006) menekankan bahawa rubrik analitik membekalkan lebih maklumat
berbanding rubrik holistik. Di samping itu, rubrik analitik sangat berguna dalam penilaian
ke atas
kemahiran berfikir pelajar menerusi tugasan dan projek yang dihasilkan (Peirce, 2006).
Rubrik ini sesuai digunakan untuk respon yang agak terhad di mana kejituan dan
ketepatan respons adalah diutamakan. Penskoran analitikal dilakukan dengan cara skor
diberikan mengikut poin-poin yang telah ditentukan untuk satu-satu tugasan item.
Caranya adalah dengan mengadakan satu senarai semak (check list). Tiap-tiap satu
poin itu ditentukan skornya. Skor diberikan adalah berdasarkan poin-poin dalam respon
calon tanpa mengambilkira respons secara keseluruhan. Jumlah markah akan
menentukan kedudukan seseorang calon berbanding dengan prestasi calon lain.

KAEDAH HOLISTIK
Perkataan holistik daripada perkataan Greek holos yang membawa maksud
keseluruhan atau secukupnya. Rubrik ini sesuai apabila banyak respons murid yang
hendak diperiksa terutama jenis item respon terbuka. Penskoran ini menggunakan
pendekatan pemberian skor yang mengambil kira mutu respon secara keseluruhan
berdasarkan satu piawaian yang telah ditetapkan. Perkara-perkara yang harus
pertimbangkan dalam menentukan piawaian harus dikenalpasti, kemudian pelbagai
tahap pencapaian ditentukan.
Tahap pemberian skor ini dikenali sebagai gred. Contohnya gred cemerlang,
kepujian, baik, memeuaskan dan lemah. Pemeriksaan akan memeriksa respon calon
secara keseluruhan, kemudian mneimbangkan gred bagi respon itu berdasarkan
piawaian yang ditetapkan. Setiap piawaian gred pula terdapat satu julat skor yang
membezakan pelbagai pencapaian di dalam gred itu. Untuk memastikan ketekalan
pemberian skor, lazimnya dijalankan proses yang dikenali sebagai kaji semula gred.
RUBRIK PERMARKAHAN GENERIK
GRED SKALA 100
MARKAH
DESKRIPTOR
Amat
Cemerlang
(A+)
90 - 100 Amat faham tentang kehendak tugasan.
Pemahaman sangat mendalam tentang
kandungan yang relevan.
Mengubah banyak hujah bersama contoh dan
data untuk menyokong kesimpulan.
Menjawab dengan tepat dan berkomunikasikan
idea dengan cemerlang.
Interpretasi yang menyeluruh dan pengolahn
idea logical dan keheren
Cemerlang 80 - 89 Mempamerkan satu pemahaman yang tepat dan
(A) baik terhadap soalan.
Pemahaman yang mendalam tentang
kandungan yang relevan.
Menggunakan beberapa hujah bersama contoh
dan data untuk menyokong kesimpulan.
Menjawab dengan tepat dan berkomunikasi idea
yang berkesan.
Interpretasi yang jelas dan pengolahan idea
yang jelas dan logikal.
Kepujian
(B+, B-)
60 - 79 Mempamerkan pemahaman yang baik terhadap
soalan.
Pemahaman agak mendalam dan kandungan
yang relevan.
Menggunakan beberapa hujah bersama contoh
dan data yang menyokong kesimpulan.
Menjawab dengan agak tepat dan berkomunikasi
idea dengan jelas.
Beberapa interpretasi yang jelas dan pengolahan
idea agak jelas dan logikal.
Lulus
( C )
40 -59 Mempamerkan pemahaman yang sederhana
baik terhadap soalan.
Pemahaman sederhana mendalam dan
kandungan yang relevan.
Menggunakan sebilangan kecil hujah bersama
beberapa contoh dan data yang menyokong
kesimpulan.
Menjawab dengan sederhana tepat dan
berkomunikasikan idea dengan jelas.
Sebilangan kecil interpretasi yang jelas dan
pengolahan idea agak jelas dan logikal.
Gagal
( D )
20 - 39 Mempamerkan pemahaman yang minima
terhadap soalan.
Kurang faham tentang kehendak tugasan..
Menggunakan hanya sebilangan kecil hujah
bersama beberapa contoh dan data yang
menyokong kesimpulan.
Beberapa ketidaktepatan dalam jawapan dan
beberapa kekaburan dalam mengolah idea.
Interpretasi idea yang lemah.
Gagal
( E )

0 -19 Tidak faham kehendak tugasan.
Tidak menjurus kepada isu dalam soalan.
Pemahaman lemah tentang kandungan yang
relevan.
Tidak dapat mengaitkan hujah dengan
organisasi dan isu-isu.
Banyak hujah yang tidak relevan; jawapan yang
kabur; pengolahan idea yang kabur.
Interpretasi idea yang lemah.

RUJUKAN
1. Lembaga Peperiksaan Malaysia(2013) Kementerian Pendidikan Malaysia;
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Percetakan Surya Sdn. Bhd. Melaka

Anda mungkin juga menyukai