Anda di halaman 1dari 10

Di sini contoh peta I Think , kalau ada buku yang cerita kepentingan dan

kegunaan setiap peta . Cara guna tak payah cerita. Mak dah ada bahan
cara nak guna. Peta x payah lukis, Cuma cerita apa dia peta tu,
kepentingan, kegunaan dan lain=lain kalau ada. Lepas tulislah nota kaki,
kata kita ambil nota tu dari mana. Nota kaki kena ada nama pengarang,
tahun terbit, nama buku, nama syarikat penerbit buku.




Ia dapat menghasilkan pelajar-pelajar berprestasi tinggi dengan meningkatkan kreativiti dan inovasi
para pelajar.
[2]

Dapatan kajian mendapati pelajar-pelajar menunjukkan yang mereka mempunyai tahap pemikiran
peringkat tinggi yang sederhana malahan rendah didalam akademik dan urusan kehidupan seharian.
[1]



nota kaki:
[1]
Y. M. Heong, M. N. Jailani, H. Razali The perception of the level of higher order thinking skills among
technical education students , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor, Malaysia: International
Conference on Social Science and Humanity, 2011.
[2]
N. S. Rajendran, Teaching and Acquiring Higher-Order Thinking Skills Theory & Practice, Tanjong
Malim Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2008.















1. circle map


Kemahiran berfikir yang terlibat: member takrifan berdasarkan konteks.
Kunci pertanyaan: Bagaimana memberi takrifan berdasarkan sesuatu idea dan perkara
Kata kunci: senaraikan, member takrifan, dan mengeluarkan dari fikiran apa yang kita tahu. brainstorm,
mengenalpasti, kaitkan dengan pengetahuan sedia ada, member gambaran, meneroka maksud
Reka Bentuk: topic ditengah, bulat yang lebih kecil. Apa saja yang kamu tahu tuliskan di bulat yang lebih
besar. Sebuah kotak yang mungkin diperlukan dan dimasukkan sekali, boleh diletakkan di sekeliling ialah
Rangka rujukanyang digunakan untuk menjawab soalanbagaimana saya mempelajarai perkara ini?
Kegunaan: Merangka idea didalam penulisan, digunakan sebagai titik permulaan semasa pra penulisan,
member takrifan perkataan dan mengenalpasti sisi pandang penulis dan pembaca.
Rangka takrifan:
Rangka takrifan boleh digunakan untuk kesemua 8 peta, ia member ruang kepada pengguna peta untuk
menjana maklumat, berfikir dengan lebih mendalam dan menyokong alas an mereka.
circle map ini berkaitan dengan haiwan...
2. buble map
Kemahiran berfikir yang terlibat: memberi gambaran tentang kualiti sesuatu, mengenalpasti kategori
sesuatu
Kunci pertanyaan: bagaimana untuk member gambaran tentang perkara ini? apakah adjektif yang
paling sesuai untuk member gambaran mengenainya?
Kata kunci: memberi gambaran, membuat takrifan, menggambarkan perasaan, membuat pemerhatian
melalui 5 deria.
Reka Bentuk: topik yang perlu digambarkan tersebut di tengah buih. Buih-buih yang diluar mengandungi
adjektif dan setiap adjektif memceritakan tentang perihal perkara yang perlu digambarkan.
Kegunaan: member gambaran tentang sesuatu perkara, mengenalpasti kualitinya, mengenalpasti
kategori perkara tersebut, sikap atau cirri-ciri sesuatu perkara, mampu merangsang para pelajar untuk
membuat gambaran tentang sesebuah perkara.

buble map ini pula berkaitan dengan menghurai atau describing tentang sesuatu...kami telah memilih
haiwan helang...

3. brace map
Kemahiran berfikir yang terlibat: membuat pembahagian tentang sesebuah perkara yang berkaitan.
Kunci pertanyaan: apakah pembahagian-pembahagian dan sub-pembahagian kepada keseluruhan
perkara yang dibincangkan?
Kata kunci: anak-anak isi, pembahagian isi penting, huraian sesuatu perkara, menunjukkan struktur
Reka Bentuk: di atas garisan mula daripada kiri, tulis perkara utama yang dibincangkan, kemudian
disambungkan ke sebelah kanan perkara-perkara utama berkenaan dengan topic utama tadi. Emudian
teruskan dengan huraian-huraian kepada perkara berikut di sambungan sebelah kanan.
Kegunaan: digunakan untuk membuat analisis mengenai fizikal sesebuah objek. Boleh digunakan
didalam anatomi, sempadan didalam Geografi, ia hanya untuk huraian kepada sesuatu perkara utama.



brace map ini pula berkaitan dengan keseluruhan berkaitan dengan haiwan yang dipilih...





4. double bubble map
Kemahiran berfikir yang terlibat: membuat persamaan perbezaan atau kontra tentang sesuatu
perkara.
Kunci pertanyaan: apakah persamaan dan perbezaan tentang beberapa perkara.
Kata kunci: membuat perbandingan dan meneliti perbezaan,membuat susunan kepentingan prioriti
tentang beberapa perkara.
Reka Bentuk: di bulatan yang tengah terdapat 2 perkara utama yang mahu dibandingkan, di buih di
tengah tunjukkan persamaan antara mereka. Di buih yang diluar, takrifkan perbezaan diatara dua
perkara tersebut. Jika terdapat terlalu banyak persamaan dan perbezaan, perlulah dibuat priority yang
mana perlu diutamakan dan hanya merekod perkara-perkara yang penting sahaja.
Kegunaan: alat yang digunakan untuk membandingkan tentang persamaan dan perbezaan tentang
beberapa perkara.



double bubble map ini menceritakan tentang perbezaan dan juga persamaan berkaitan dengan tajuk
yang telah dipilih.


5. multi-flow map
Kemahiran berfikir yang terlibat: sebab dan akibat, Masalah dan cara penyelesaian
Kunci pertanyaan: apakah yang akan terjadi selepas ini? apakah sebab dan akibat tentang perkara yang
berlaku?
Kata kunci: sebab dan akibat, bincang kesan, apa yang akan berlaku jika, meramalkan, menggambarkan
perubahan, mengenalpasti motif-motif, dan membincangkan strategi
Reka Bentuk: peristiwa yang berlaku itu letaknya di tengah-tengah seluruh segi empat, di sebelah kanan
peristiwa tersebut, sebab berlakunya, dan disebelah kanan akibatnya.
Kegunaan: alat yang digunakan untuk menunjukkan ,mengaitkan dan menganalisis sebab dan kesan
sesebuah peristiwa, meramal perkara yang akan berlaku.



multi-flow map ini merupakan satu cara untuk kita menggunakan bagi kesan dan akibat sesuatu tajuk
yang ingin kita ajar kepada murid.

6. flow map
Kemahiran berfikir yang terlibat: membuat susunan atau kronologi sesuatu perkara
Kunci pertanyaan: apakah yang berlaku? Apakah yang ada didalam kronologi sesuatu peristiwa? apakah
tahap-tahap tambahannya?
Kata kunci: menyusun, membuat perkiraan, mengatur, apa yang berlaku selepas itu, menyatakan
proses, menggambarkan perubahan, menyelesaikan masalah-masalah yang mempunyai langkah-
langkah yang banyak.
Reka Bentuk: peristiwa-peristiwa utama diletakkan didalam kotak segi empat yang besar, peristiwa-
peristiwa tambahan didalam kotak yang lebih kecil dibawah peristiwa utama.
Kegunaan: digunakan untuk membuat plot cerita, menunjukkan peristiwa sejarah didalam bentuk
kronologi, susunan perenggang didalam penulisan, langkah didalam menyelesaikan masalah didalam
matematik.



flow map menceritakan berkaitan dengan perhubungan diantara satu sama lain..






7. bridge map
Kemahiran berfikir yang terlibat: membuat aturan
Kunci pertanyaan: apakah analogi yang telah digunakan?
Kata kunci: membuat penyataan tentang hubungan, meneka symbol dan tanda-tanda arahan.
Reka Bentuk: di garisan yang paling kiri, tulis faktor yang berkaitan, diatas dan dibawah jambatan itu,
tulis pasangan pertamayang mengandungi hubungan. Dibahagian kanan jambatan, tulis pasangan kedua
dengan hubungan yang sama. Garisan jambatan menandakan hubungan antara faktor tentang pasangan
benda tersebut.
Kegunaan: mengenalpasti persamaan berdasarkan hubungkaitan, faktor yang berkaitan tersebut
mampu untuk menjawab bagaimana ianya berkaitan antara satu sama lain? Bridge Map ini perlu
boleh dibaca sebagai sebuah ayat perkataan.


bridge map ini menceritakan berkaitan dengan tajuk yang di pilih mengikut analogikal yang
berkaitan...










8. tree map


Kemahiran berfikir yang terlibat: membuat pengkelasan dan kategori
Kunci pertanyaan: apakah isi utama, isi sokongan, dan huraian berdasarkan informasi yang diberi.
Kata kunci: mengkelaskan, kumpulan, kategori, memberikan huraian yang cukup dan berkaitan.
Reka Bentuk: nama kategori utama diatas sekali. Huraian-huraian berada dibawah kategori utama.
Kegunaan: alat yang digunakan untuk membuat

tree map ini merupakan salah satu cara untuk mengklasifikasikan sesuatu pengajaran kepada murid.

Anda mungkin juga menyukai