Anda di halaman 1dari 1

Pemupukan budaya keusahawanan secara merentas kurikulum bermula dari Tahun Satu adalah penting

bagi mewujudkan kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan. Di
samping itu, budaya keusahawanan juga dapat membentuk generasi berwawasan yang mempunyai asas
yang kukuh dalam aspek pengetahuan, kemahiran berfikir, berkomunikasi, kreativiti, pemikiran inovatif,
bersemangat positif dan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.

Penerapan elemen keusahawanan merentas kurikulum perlu dilaksanakan seawal Tahun Satu
persekolahan. Ini bertujuan agar murid dapat mengamalkan sikap keusahawanan, mengamalkan cara
berfikir ke arah menghasilkan sesuatu idea, memperoleh kemahiran dan pengetahuan asas dalam
konteks perniagaan, menghasilkan produk yang berasaskan kemahiran teknologi dan vokasional, serta
mempunyai perlakuan yang bermoral dengan nilai etika yang tinggi menerusi topik-topik mata pelajaran
yang relevan, yang dipelajari di dalam kelas.

Penerapan elemen ini akan menghasilkan murid yang akan mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan
budaya kerja yang baik selain daripada boleh menghasilkan inovasi, mereka cipta dan mempunyai
kecenderungan untuk berurus niaga

Anda mungkin juga menyukai