1.0 PENGENALAN
Dessert atau pencuci mulut merupakan hidangan yang berbentuk manisan. Kebiasaannya, ia
menjadi pelengkap dalam hidangan sama ada hidangan makan tengahari atau makan malam.
Dessert juga dikenali sebagai pencuci mulut dan dimakan pada akhir hidangan. Terdapat
pelbagai jenis dessert yang disajikan mengikut budaya tertentu seperti kek, biskut dan aiskrim.
Buah-buahan juga merupakan bahan biasa dalam penyediaan dessert disebabkan rasa
manis semula jadi. Dessert juga dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu dessert sejuk, dessert
panas dan dessert dingin beku. Dessert sejuk kebiasaannya adalah hidangan buah-buahan
manakala dessert panas merupakan adunan roti atau batter. Dessert dingin beku pula seperti
aiskrim.
Langkah 3: Satukan dan kisar semua bahan di atas,termasuk rendaman kismis dan
adunan Ovallete bersama telur.
Langkah 4: Setelah semua bahan telah hancur dikisar, semua adunan di masukkan ke
dalam mangkuk pemutar kek.
Langkah 5: Putar kesemua bahan hingga gebu
Langkah 7: Taburkan milo di atas adunan sebagai topping dan masukkan ke dalam peti
sejuk sehingga adunan menjadi beku.
5.0 MENGHIDANG
6.0 REKLEKSI
1. KEKUATAN
Aiskrim ini digemari oleh semua lapisan masyarakat.
Aiskrim Milo mempunyai beberapa nutrisi yang diperlukan badan.
Langkah dan bahan yang diperlukan untuk membuat aiskrim ini adalah mudah
dan senang didapati.
2. KELEMAHAN
Aiskrim tidak elok dimakan selalu kerana boleh merosakan gigi.
Segelintir masyarakat akan mengambil masa yang lama untuk habiskan aiskrim
kerana mempunyai masalah gigi ngilu.
3. MASALAH YANG DIHADAPI
Aiskrim Milo masih cair dan separa beku.
4. CADANGAN MENGATASI
Seeloknya dibiarkan adunan aiskrim Milo tersebut di dalam peti ais beku pada
kadar yang lebih lama atau dibiarkan semalaman supaya aiskrim akan beku
dengan sepenuhnya.
RUJUKAN
Naim Nolan. (2014). Ketahui Khasiat Makanan Anda. Dicapai pada 27 March 2019
daripada http://makanananda.blogspot.com/2014/06/khasiat-aiskrim.html
Patonah Chai Choh. (2013). Kompilasi Hidangan Dessert. Shah Alam, Selangor: Grup
Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Suwarsi M. Arukin. (2013). Sajian Sihat & Lazat. Shah Alam, Selangor: Grup Buku
Karangkraf Sdn. Bhd.