Anda di halaman 1dari 4

SPOT PEDAGOGI

Bahagian A ( soalan struktur) – 3 isi , 3 huraian, 3 contoh

1) Kemahiran pedagogi dlm pembelajaran.


• Kemahiran Set Induksi
- kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan
pengajaran
- set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti
pembelajaran hari itu
- Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah seperti teknik penyoalan, alat
bantu mengajar, bercerita, motivasi, dan sebagainya
• Kemahiran Memberi Penerangan
- Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dengan jelas
- Memudahkan pelajar memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas.
• Kemahiran Kemahiran Penyoalan
- Penyoalan membantu pelajar berfikir
- Guru perlu faham tentang cara merancang dan mengemukakan soalan
dalam kelas
- Memahami aspek domain soalan agar soalan yg dibina benar-benar menguji
pelajar.
• Kemahiran Pengukuhan
- Galakkan pelajar menjawab soalan,mengemukakan cadangan dan
melibatkan diri dalam perbincangan
- Berikan peneguhan melalui pujian dl btk lisan,gred baik senyuman anggukan
kepala.

2) Aplikasi 2 model dalam pengajaran.


• MODEL SOSIAL
- Model sosial ini melatih pelajar agar berkebolehan menyusun maklumat
serta - merta dan mensintesis maklumat untuk menyelesaikan masalah .
- Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan
kumpulan dalam mengembangkan idea - idea .
- Mementingkan unsur interaksi sosial sambil murid - murid bekerjasama
untuk menyempurnakan suatu tugasan . Contoh : - mengumpul -
mengkaji dan menganalisis maklumat - menilai dan mentafsir
• MODEL BEHAVIOR
- Model ini digunakan guru untuk mengetahui bagaimana seseorang
pelajar bertindak balas terhadap sesuatu tugasan.
- Guru harus berpegang kpd prinsip ransangan-gerak balas.
- Jikalau inginkan tingkahlaku yang positif dalam kalangan murid - murid ,
maka tumpuan diberikan kepada pengukuhan positif dan bukannya
pengukuhan negatif atau hukuman.
- Guru digalakkkan untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran supaya
mereka dapat menguasai apa apa yang diajar dalam masa yang paling
singkat.
-
Guru menetapkan matlamat yang jelas terhadap apa yang hendak
dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran.
• MODEL SOSIOL
IMPILKASI MODEL SOSIAL
- Meniru tingkah laku secara tidak langsung
- Guru sebagai role model
- Menasihati pelajar tentang program yang sesuai

KAEDAH DAN TEKNIK MODEL SOSIAL


- Bercerita
- Demontrasi
- Perbincangan

3) Bagaiman guru rancang,mengola dan membimbing menilai dlm bilik darjah.

A. Perancangan

- Di dalam peringkat perancangan , perkara - perkara yang perlu dipersoalkan adalah seperti
tujuan , objektif dan strategi untuk pencapaian matlamat .

- Perancangan pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat berhubung perkara -


perkara yang berkaitan pelaksanaan , pengelolaan dan penilaian pengajaran .

B . Penyusunan

Penyusunan melibatkan kerja - kerja menstruktur seperti memberi arahan yang jelas ,
menerangkan tentang prosedur dan peraturan , pembahagian kerja mengikut aktiviti ,
pengagihan aktiviti kumpulan , menyusun atur posisi dan kedudukan murid .

C . Pengarahan

Arahan yang diberikan mestilah mudah , jelas dan spesifik supaya murid dapat
melaksanakannya dengan baik dan lancar .

D . Pengawalan

Pengawalan merupakan fungsi kritikal untuk menentukan bahawa prestasi yang telah
dicapai mengikut perancangan , masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah -
langkah pembetulan diambil .

E . Membuat refleksi

Refleksi adalah perlu bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan apa yang telah kita
laksanakan . Kekuatan yang terhasil perlulah dikekalkan , manakala kelemahan pula perlu
diperbaiki .

F . Menjalinkan perhubungan Guru

menjalinkan hubungan dengan pihak pengurusan , rakan sejawat dan murid . Melalui
perhubungan secara dua hala dan pelbagai hala , maka guru akan mendapat maklum balas
yang diperlukan untuk mewujudkan pengurusan baik dalam bilik darjah .
Bahagian B ( soalan Esei) - 5 isi , 5 huraian, 5 contoh

1. implikasi peranan guru dalam melaksanakan pedagogi kontemporari

2. Implikasi hubungan guru dan murid

Implikasi Perilaku Guru

- Guru yang mudah mesra dengan murid akan dapat memenangi hati muridnya &
dijadikan sebagai guru yang disayangi dan disukai , keprihatinan guru terhadap
murid dapat menjadikan murid merasakan diri mereka disayangi dan menimbulkan
perasaan sayang akan sekolah seterusnya mengurangkan masalah disiplin dalam
kalangan pelajar .

Implikasi Penampilan & Bahasa Badan Guru

- penampilan dan bahasa badan guru menghasilkan pelbagai persepsi kepada murid -
murid termasuklah kesediaan guru untuk mengajar . Melalui penampilan guru yang
beretika , murid akan menghormati guru dan meningkatkan suasana pembelajaran
di dalam bilik darjah.

Implikasi Menjadi Suri Teladan Yang Baik

- keperibadian seorang guru yang luhur akan memberikan teladnan yang baik
terhadap murid - murid sehingga guru akan tampil sebagai seseorang yang mesti
dipatuhi dan dicontohi . Guru boleh menyelami kehidupan murid murid seperti
makan bersama di kantin sekolah dan menziarahi murid yang sakit di rumah atau
hospital .

Implikasi Persekitaran Pembelajaran Bilik Darjah

- Persekitaran pembelajaran yang ceria dan harmoni dapat meningkatkan semangat


murid untuk menghayati pelajaran , memperoleh pengetahuan yang baru sekaligus
aktiviti PdP dapat berjalan dengan lebih berkesan . Pelajar akan berminat mengikuti
proses PdP yang disampaikan tanpa gangguan dan halangan .

Tunjukkan keprihatinan kepada murid

- elakkan daripada sikap berat sebelah


- beri perhatian sama rata kepada semua murid
- -ketahui personaliti dan latar belakang murid untuk membantu memahami murid membuat
ujian personaliti
- menggunakan kaedah tulis surat, menulis jurnal tentang diri dan sebagainya sekiranya murid
segan untuk meluahkan masalah.

Anda mungkin juga menyukai