Anda di halaman 1dari 3

ISU DAN CABARAN PROGRAM GURU PENYAYANG (POINT 4-6)

4) Isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam menjayakan Program Guru Penyayang ini
adalah apabila pihak ibubapa tidak memberi kerjasama. Apabila sekolah melakukan sesuatu
program pastinya keterlibatan ibubapa untuk memberikan kerjasama yang baik perlu untuk
melancarkan program tersebut. Apabila program ini dijalankan, ibubapa yang tidak
mempedulikan tentang keberhasilan program ini amat memberi kesan terhadap guru, murid-
murid dan pihak sekolah contohnya ibubapa yang menghantar anak-anak mereka lewat ke
sekolah dan tidak mengikut masa yang ditetapkan dengan baik. Ini memberikan masalah kerana
di dalam program ini, guru-guru akan menunggu murid-murid untuk tiba ke sekolah untuk
bersalam-salaman. Maka hal ini memberi komplikasi terhadap guru yang menjayakan program
dengan ibubapa yang tidak memahami matlamat program ini. Jika ibubapa menjauhkan diri
daripada terlibat dengan aktiviti sekolah, perkara ini akan menyebabkan berlakunya konflik
dan ketegangan diantara dua pihak. Kebiasaanya, ibubapa memberi alasan bahawa terdapat
kekangan masa, tidak bersedia untuk melibatkan diri dan tidak perlu bersuara dan tidak
berminat terhadap aktiviti dan program yang dijalankan sekolah (M. Al Muz-Zammil &
Moong, 2010).

Sehubungan dengan ini, penglibatan ibu bapa adalah perlu dalam memberi kerjasama yang
baik terhadap sesuatu program yang diadakan di sekolah supaya matlamat dapat dicapai.
Menurut Dato’ Seri Mahdzir Khalid, penglibatan ibu bapa dalam program di sekolah seluruh
negara masih belum mencapai tahap yang membanggakan dan perlu dipertingkatkan lagi
(Astro Awani, 2016). Ibu bapa, komuniti, agensi kerajaan, agensi swasta, NGO dan masyarakat
global memainkan peranan penting dalam mewujudkan pelbagai pengalaman pembelajaran
yang bermakna untuk murid-murid (Halimah, 2014). Penglibatan ibu bapa dan komuniti secara
lansung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan kognitif, emosi, fizikal dan
pencapaian anak-anak di sekolah (Bakker & Denessen, 2007). Tingkah laku ibu bapa yang
dimaksudkan itu adalah merangkumi kepada kehadiran ibu bapa di program sekolah, menjadi
ahli aktif PIBG, menjadi sukarelawan di sekolah, membantu dalam bilik darjah, membantu
kerja rumah anak, berbincang tentang aktiviti yang dijalan di sekolah dengan anak, memantau
perkembangan anak di sekolah, merangsang dan memotivasi anak, membaca bersama-sama
anak, memaparkan amalan suka membaca, mendisiplinkan anak, menghubungi sekolah
sekiranya terdapat masalah, mengawal aktiviti anak di luar waktu persekolahan dan kerap
berbual-bual dengan anak. Ibu bapa didapati kurang melibatkan diri dalam pendidikan anak-
anak mereka di sekolah (Mohd. Sahid & Mustaffa, 2008).
5) Isu dan cabaran yang dihadapi apabila menjayakan program ini tidak memberi impak dan
kesan yang baik apabila para guru menganggap program ini tidak akan memberikan impak
yang positif kepada kehadiran murid di sekolah. Persepsi yang ada pada guru masih tidak
berubah apabila melakukan program ini sangat mengecewakan kerana matlamat yang ingin
dicapai tidak dapat difahami dengan baik. Sedangkan, program ini dilakukan adalah untuk
menggalakkan murid-murid hadir ke sekolah. Program di jalankan untuk membantu murid dari
segi memberi motivasi dan kasih sayang kepada murid-murid datang ke sekolah dengan
bersemangat dan mempunyai harapan untuk berjaya. Program Guru Penyayang bertujuan
untuk menginsafi bahawa kehadiran setiap murid merupakan rahmat kepada sekolah.
Kehadiran murid ke sekolah 100 peratus adalah aset kepada tahap keberjayaan sekolah. Abd
Ghafar berkata (Utusan,2012), beliau yakin bahawa pendidikan merupakan penawar utama
dalam mengatasi masalah gejala sosial kerana sekolah merupakan ejen sosialisasi utama yang
berupaya untuk melakukan sebarang perubahan dari peringkat awal social remaja. Tujuan
program ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif bahawa guru adalah untuk menjiwai
budaya penyayang kepada murid-muridnya. Maka, program ini dijayakan adalah untuk
memberi kesan pembudayaan kasih sayang kepada murid-murid dan guru. Ini kerana, masih
terdapat guru-guru yang tidak dapat menghayati sifat penyayang seorang guru berdasarkan
kajian Indeks Persepsi Murid (IPM) yang telah dijalankan sejak program ini dilancarkan, kira-
kira 50.8 peratus murid menganggap guru mereka sebagai penyayang, 46.6 peratus pula
sederhana dan 3.6 peratus lagi kurang penyayang.

6) Matlamat Program Guru Penyayang tidak dapat dicapai dengan baik apabila program ini
digunakan sebagai modal untuk menyambut program-program lain seperti sambutan hari
kanak-kanak, sambutan hari lahir dan program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP). Menurut (Nurhaiza,2015), Program guru penyayang disekolahnya dijalankan adalah
untuk menjayakan jamuan RIMUP Tahun Baru Cina sedangkan setiap program yang dilakukan
mempunyai objektif yang tersendiri. Matlamat program kurang berkesan apabila setiap tujuan
yang diadakan tidak dapat difahami dengan baik. Program yang dijalankan bukan untuk
memenuhi syarat yang ditetapkan oleh KPM sahaja namun kerana untuk mencapai matlamat
setiap program dilakukan. Murid-murid perlu mengetahui dengan jelas objektif setiap program
yang ingin dicapai supaya dapat menghayati program yang dilakukan tersebut . Maka program
yang disamaratakan untuk mencapai objektif yang sama mungkin memberi kurang impak
kepada murid-murid untuk mencapai keberhasilan daripada matlamat program yang dilakukan.
RUJUKAN

Arnold, D. H., Zeljo, A., & Doctoroff, G. L. (2008). Parent involvement in preschool:
Predictors and the relation of involvement to pre-literacy development. School Psychology
Review, 37(1), 74–89.

Astro Awani. (2016, September 26). Tahap penglibatan ibu bapa di sekolah perlu dipertingkat
- Mahdzir Khalid. Astro Awani. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/tahap-penglibatanibu-bapa-di-sekolah-perlu-dipertingkat-mahdzir-khalid-117649

Bakker, J., & Denessen, E. (2007). The concept of parent involvement. Some theoretical and
empirical considerations. International Journal about Parents in Education, 1(0), 188–199.

Halimah, B. A. M., Eow, Y. L., & Chuah, B. E. (2014a). Model pendidikan berkualiti 6S.
Jurnal Pendidikan MPSM, 2014(1), 145–164.

M. Al Muz-Zammil, B. Y., & Moong, S. K. (2010). Peranan ibubapa dalam Persatuan Ibubapa
dan Guruguru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kulai, Johor. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.

Mohd. Sahid, M. F., & Mustaffa, M. S. (2008). Penglibatan ibu bapa dalam membantu
membuat kerja rumah (matematik) di kalangan pelajar tingkatan dua: Satu tinjauan di sebuah
sekolah menengah di daerah Muar. In Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik
2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia. Johor Bahru.

Nurhaiza Che Mat. 2015. Data Laporan Guru Penyayang ke PPD Mac 2015.
http://nurhaizachemat.blogspot.com/2015/04/data-laporan-guru-penyayang-ke-ppd-mac.html
[ 5 April 2015].

Zulkarnain Mohd. Saidin. 2012. Budayakan Guru Penyayang. Utusan Malaysia. 15 Mei 2012.

Anda mungkin juga menyukai