Anda di halaman 1dari 26

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pedagogi Bestari

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari :


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Pengajaran Direktif Pengajaran Mediatif Pengajaran Generatif Pengajaran Melalui Pemerhatian Pengajaran Kontekstual Pengajaran Metakognitif Kajian Masa Depan

Pengajaran Direktif
y

Bertujuan untuk membantu pelajar memahami dan menguasai maklumat sebagai asas untuk membaca dan menaakul secara kritis. Meniru tingkah laku atau kemahiran yang ditunjuk cara atau disampaikan oleh guru. Melibatkan penggunaan latih tubi, praktis, pembelajaran masteri dan pengajaran langsung. Pendekatan ini bercorak autoritarian.

Pendekatan ini adalah berdasarkan strategi berpusatkan guru. Melibatkan penyampaian maklumat secara sehala. Pengajaran secara langsung dilakukan di dalam bilik darjah melibatkan penyampaian maklumat secara aktif oleh guru. Penggunaan contoh-contoh, bahan bantu visual dan tunjuk cara untuk menerangkan konsep yang konkrit dan abstrak digalakkan dalam pengajaran langsung.

y y

Pengajaran Mediatif
y

Membolehkan pelajar belajar menilai pandangan berbeza terhadap isu-isu kontroversi, menghormati pandangan orang lain dan menggunakan proses alternatif. Guru merupakan pengantara yang mengemukakan soalan-soalan dan dilema untuk merangsang naluri ingin tahu pelajar. Guru harus menyokong dan melatih pelajar untuk membentuk dan menguji idea-idea dengan sendiri.

Pelajar digalakkan untuk menaakul secara induktif dan deduktif untuk mengemukakan penerangan yang lengkap dan bukti yang logikal. Capaian konsep merujuk kepada proses mentafsir konsep.

Terdapat 4 fasa dalam capaian konsep: 1. Guru menerang matlamat aktiviti dan kaedah yang akan digunakan untuk menentukan konsep. 2. Pelajar dikehendaki untuk menjana contoh-contoh untuk konsep dan cuba membentuk peraturan bagi konsep berkenaan atau definisi konsep. Setelah proses selesai barulah nama konsep diberikan. 3. Pelajar diminta untuk menganalisis proses pemikiran yang digunakan untuk menentukan peraturan konsep. 4. Peringkat penilaian aktiviti.

Model pembentukan konsep Taba membina idea dan konsep berlandaskan pengetahuan sedia ada pelajar serta pengetahuan kini. Pelajar diajar untuk membuat pemerhatian, membentuk inferens yang berbeza berdasarkan pemerhatian dan mengumpulkan data berasaskan persamaan yang sedia ada. Kemudian, pelajar akan membentuk kategorikategori dan label-label untuk data bagi menghasilkan satu sistem konseptual.

Inkuiri merupakan salah satu pendekatan pengajaran mediatif. Terdapat 5 langkah model inkuiri: 1. Mengenal pasti soalan atau masalah. 2. Membuat hipotesis. 3. Mengumpul data. 4. Menganalisis data. 5. Membuat generalisasi.

Pengajaran Generatif
y

Membantu pelajar mereka cipta pengetahuan dan membentuk cara baharu serta kreatif untuk menyelesaikan masalah. Bertujuan untuk merangsang imaginasi pelajar. Boleh digunakan untuk penulisan ekspresif serta membentuk penyelesaian masalah bukan rutin dan inkuiri.

Model synectics sebagai alat sumbang saran digunakan dalam pengajaran generatif. Sumbang saran merupakan pendekatan untuk pemikiran kreatif yang mana guru akan memimpin pelajar dengan menggunakan analogi atau metafora, meneroka perhubungan antara bahan baru dan yang tidak dikenali dengan maklumat sedia ada. Pendekatan ini membantu pelajar memperkembangkan jawapan kreatif untuk selesaikan masalah, menyimpan maklumat baru serta meneroka masalah sosial dan disiplin.

Langkah-langkah model synectics: 1. Sediakan maklumat 2. Kemukakan analogi 3. Gunakan analogi peribadi untuk mencipta konflik bertentangan 4. Bandingkan konflik bertentangan dengan subjek 5. Kenal pasti perbezaan 6. Semak semula subjek asal 7. Reka analisis langsung yang baharu 8. Buat penilaian

Pengajaran Melalui Pemerhatian


y

Berlaku apabila pembelajaran berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu tingkah laku. Pembelajaran melalui pemerhatian berlaku apabila tingkah laku seorang pemerhati berubah selepas memerhati tingkah laku seorang model. Tingkah laku seorang pemerhati dipengaruhi oleh akibat secara positif atau negatif dan ini dinyatakan sebagai peneguhan vicarious atau dendaan vicarious terhadap tingkah laku model (Ormrod, 2008)

Mengikut Bandura (1997, dalam Ormrod, 2008) terdapat empat proses dalam pembelajaran melalui pemerhatian, iaitu proses memberikan perhatian; proses ingatan; proses reproduksi motor dan proses motivasi. Pengajaran melalui pemerhatian akan berkesan jika pelajar mendapat peluang untuk memerhati dan memodelkan tingkah laku yang akan membawa kepada peneguhan positif. Guru harus mewujudkan insentif dan persekitaran yang kondusif agar tingkah laku itu berlaku.

Pengajaran Kontekstual
y

Membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran kandungan dengan situasi sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat kaitan antara apa-apa yang dipelajari di dalam bilik darjah dan bagaimana pengetahuan ini digunakan dalam kehidupan mereka. Mengikut Kolb (1984), pengajaran kontekstual merupakan situasi pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi.

Guru digalakkan untuk memilih dan mereka cipta persekitaran pembelajaran yang menyatupadukan pelbagai bentuk pengalaman. Pelajar akan menemukan perkaitan bermakna antara idea-idea abstrak dengan aplikasi dalam dunia sebenar,di mana konsep dipelajari, diperkukuhkan dan dibuat perkaitan. Pelajar digalakkan mengalami 5 teknik pembelajaran iaitu stategi REACT.

R : (relate) pelajar menghubung kait pengetahuan baru


dengan pengalaman hidup

E : (experiencing) pelajar mangalami pembelajaran melalui


penerokaan, penemuan dan mereka cipta idea.

A : (apply) belajar dalam konteks bagaimana mengaplikasi


pengetahuan atau maklumat dalam situasi lain.

C : (cooperate) pelajar bekerjasama dalam memberikan


maklum balas dan berkomunikasi dengan ahli kumpulan serta guru.

T : (transfering) memindahkan pengetahuan sedia ada


dengan menggunakan atau membina daripada apa-apa yang telah diketahui.

Pengajaran Metakognitif
y

Pengajaran tentang proses pemikiran terhadap apa yang kita tahu dan apa yang kita tidak tahu. Flavell (1976) menerangkan pengajaran metakognitif sebagai pengetahuan terhadap proses-proses kognitif seperti ciri-ciri releven maklumat atau data. Metakognisi melibatkan pemantauan aktif dan pengawalan proses-proses kognitif.

Mengikut Dirkes(1985), strategi-strategi asas Dirkes(1985), strategimetakognitif ialah: ialah:

1. 2. 3.

Menghubungkaitkan maklumat baharu dengan maklumat lama. Memilih strategi-strategi berfikir. Merancang, memantau dan menilai proses berfikir.

Antara strategi untuk membina tingkah laku metakognitif ialah pelajar mengenal pasti apa yang mereka tahu dan apa yang mereka tidak tahu. Satu lagi cara membentuk metakognisi adalah melalui penggunaan jurnal dan log pembelajaran, di mana pelajar membuat refleksi terhadap pemikiran mereka, sedar tentang keraguan, ketidaksejajaran dan komen tentang bagaimana mengatasi kesukaran.

Kajian Masa Depan


y

Merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan (PPK, 2001). Kauffman (1976), yang penting ialah memberi pelajar suatu pemahaman tentang isu-isu penting, masalah-masalah dan peluang-peluang yang akan dihadapi serta mengajar mereka kemahirankemahiran yang perlu untuk sentiasa pandang ke hadapan.

Terdapat 4 prinsip dalam kajian masa depan iaitu prinsip perubahan, prinsip pandangan jauh, prinsip perancangan strategik dan prinsip pengupayaan. Kajian masa depan merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang akan membawa impak kepada guru dan pelajar dalam menghadapi abad baru. Dengan pengetahuan masa depan, mereka dapat merancang dan menangani cabaran dengan baik.

Faedah menggunakan kajian masa depan sebagai strategi:


1. 2. 3. 4.

Merangsang pemikiran pelajar secara kritis dan kreatif. Pelajar dapat menangani cabaran serta berupaya menyelesaikannya. Menyemai keyakinan diri pada pelajar untuk menghadapi apa-apa jua cabaran masa hadapan. Memberikan peluang kepada pelajar merancang dan membuat keputusan semasa menyelesaikan masalah.

5. 6.

7. 8.

Pelajar dapat melibatkan diri dan berpeluang untuk mengemukakan idea. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam membimbing pelajar ke arah pencapaian hasil pembelajaran. Suasana bilik darjah lebih menarik dan menyeronokkan. Pelbagai gaya pembelajaran dapat digunakan berdasarkan kepada kumpulan pelajar.

Terdapat 3 kemahiran asas yang perlu dipelajari dalam kajian masa depan, iaitu membuat ramalan, menjangka akibat dan mengendalikan perubahan.

Sekian, Sekian, terima kasih. kasih.

Anda mungkin juga menyukai