Anda di halaman 1dari 1

IKTIBAR PERJUANGAN TOKOH KEMERDEKAAN NEGARA

Jika diimbas kembali bingkisan sejarah ketamadunan Melayu suatu ketika dahulu, segala
pahit maungnya perjuangan pejuang-pejuang keamanan negara, sudah pasti timbul akan
kesedaran dalam diri kita betapa peritnya laluan kehidupan mereka pada zaman tersebut.
Elemen kesedaran ini bakal mendorong kita untuk mengenang kembali perjuangan wira-
wira bangsa ini, demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta.

Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang penjajahan Barat di negara kita sewajarnya


dijadikan teladan dan patut kita contohi. Semangat setia kepada negara dan sifat
bekerjasama juga amalan permuafakatan di kalangan pemimpin serta pengikutnya telah
menyumbang kepada kejayaan menentang penjajah. Dalam penentangan ini, jelas kepada
kita bahawa sikap berdisiplin serta gigih berusaha akan membuahkan hasil yang
cemerlang.

Sewajarnya, ingatan tulus ikhlas dan penuh kesedaran ini merupakan aspek penting yang
perlu diterapkan dalam menjana unsur-unsur patriotisme seterusnya menyemai sikap ini
dalam diri kita. Nilai ini adalah sangat digalakkan dalam memelihara keharmonian
seterusnya melahirkan rasa kecintaan terhadap bumi bertuah ini. Sikap bersederhana dan
tolak ansur juga adalah faktor penting dalam pembentukan negara dan bangsa di
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai