Anda di halaman 1dari 6

Bab 1:

 Amira dan rakan baiknya Jacinta bakal menghabiskan musim cuti sekolah bersama-sama
ibunya, Profesor Zaidah di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa bersama-sama pelajar tahun
akhir Universiti yang sedang menjalankan kajian arkeologi. Dalam kesibukan ibunya Amira
turut memikirkan akan ayahnya yang bertugas sebagai seorang jurutera computer sebuah
syarikat multinasional negara dan sedang berada di Eropah kerana menjalankan tugas.
Sesekali Amira yang sedang berada dalam koc kelas satu keretapi itu dikejutkan dengan
bunyi keliut kereta api yang berbunyi kerana dihentak. Kemudian dia teringat akan ushanya
ketika berada di asrama untuk memancing minat rakan sebiliknya, Jacinta untuk
menyertainya bersama-sama menghabiskan musim cuti sekolah.Jacinta merupakan gadis
berketurunan Cina yang menetap di Pulau Pinang, bapanya seorang jutawan dan seringkali
sibuk dengan pekerjaan, oleh sebab itu dia kurang mendapat kasih sayang berikutan kematian
ibunya, Amira bertindak menunjukkan batu Kuarza miliknya demi mengajak rakan bainya itu
untuk turut serta, Lamunan Amira terhenti apabila melihat seorang lelaki kulit putih bersama
seorang pemuda. Dalam pada itu,situasi berbeza dialami oleh Profesor Zaidah dan para
pelajarnya, hujan yang turun menyebabkan ada beberapa khemah yang terputus talinya.
Kemudiannya mereka di situ menyedari bahawa ada antara tali khemah itu dipotong oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bab 2:
 Sesampainya Amira dan Jacinta mereka dijemput oleh Pak Lias yang datang agak lewat
kerana kecemasan yang berlaku pada malam semalam, dalam perjalanan menuju ke tapak
kem Pak Lias memperlahankan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka untuk
member laluan kepada kenderaan di belakang mereka. Amira terpandang anak muda yang
dilihatnya dalam keretapi pada malam tadi sebaik saja kenderaan tersebut melintasi mereka.
Dalam pada itu, Roslan memaklumkan kepada John O’Hara bahawa kereta yang mereka
lintasi tadi adalah orang Universiti yang melakukan aktiviti arkeologi dan tidak akan
menganggu mereka.
Bab 3:
 Soalantiket yang diajukan Amira kepada Jacinta membuatkannya berasa curiga, Amira
kemudiannya memaklumkan bahawa dia terbaca SMS Jacinta kerana telefon bimbit mereka
yang sama. Jacinta rupanya tidak pulang setiap kali cuti sekolah, dia merajuk dan tidak dapat
menrima perubahan dalam keluarganya. Kedatangan Profesor Zaidah akhirnya Berjaya
menenangkan Jacinta yang sedang mengalami kekusutan dalam jiwa itu. Profesor Zaidah
kemudiannya memberikan tapak sepuluh kepada mereka untuk melakukan kajian….
Bab 4:
 Setelah selesai mandi di air terjun Amira dikejutkan dengan kedatangan Malique yang
datang menghulurkan salam perkenalan. Malique memaklumkan bahawa dia ke hutan
tersebut kerana atas permintaan ibunya untuk mengikut leleaki kulit putih tersebut. Sebellum
berpisah Malique sempat memberitahu bahawa dia merasakan ada hubungan dengan hutan
tersebut. Semasa sarapan pagi Jacinta sempat bergurau dengan Dr. Zawawi yang menjadi
kegilaannya selain daripada batu Kuarza, suasana kemudiannya berubah apabila ada pelajar
yang terbau asap rokok serta bunyi tapak kaki di sekeliling khemah mereka setiap malam.
Bab 5:
 Kedatangan Malique yang tidak kunjung tiba akhirnya disambut dengan sapaan Jacinta
kepada Amira yang sedang bertenggek di atas batu sungai yang deras alirannya. Akibat tidak
dapat mengimbangi badan semasa melangkah batu-batu sungai yang licin, Amira akhirnya
dihanyutkan arus deras, Jacinta tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menjerit nama
Amira dan meminta tolong. Setelah sedar dua susuk tubuh jelas terpacak di hadapannya.
Akhirnya mereka memperkenalkan diri mereka iaitu Itai dan Tau yang menyelamatkan
Amira. Tau dan Itai kemudiannya menghantar Amira pulang setelah memberinya makanan

Bab 6
 Kemarahan Profesor Zaidah ternyata apabila tindakan Amira turut menyebabkan Jacinta
menjadi mangsa, namun begitu Jacinta yang sengaja mencari nahas kerana sengaja berpatah
balik setelah meninggalkan kawasan air terjun tersebut.Habis calar-balar tubuh Jacinta yang
terbaring lemah dan lesu. Jacinta hilang dalam ushah untuk mencari Amira bersendirian
namun operasi menyelamat dibantu dengan kepakaran Tau.Keesokannya Amira berjumpa
ibunya untuk meminta maaf atas kejadian yang disebabkan oleh tindakan bodohnya menanti
Malique dengan tujuan yang tidak jelas akhirnya Malique yang ditunggu-tunggu tidak
kunjung melainkan dia sendiri yang hampir-hampir menjadi korban akibat tindakan sendiri.
Profesor Zaidah menceritakan kepada Amira bahawa mereka mungkin mendapat tentangan
daripada dua pihak iaitu Pelombong emas dan Suku orang asli.
\\\\\\\\\\\\\\\

Bab 7:
 Dua hari Malique mengikuti John O’Hara untuk perjumpaannya bersama-sama pelabur-
pelabur kawasan lombong emas mereka. Malique jelas membantaj keputusan John O’ Hara
untuk membina lombong emas di kawasan tersebut. Dalam pada itu, kenderaan yang dipandu
Pak Lias yang juga dinaiki oleh Profesor Zaidah terlibat dalam kemlangan setelah bahagian
brek kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka solah-olah dirosakkan dan tidak
dapat dikawal ketika menuruni bukit, tanpa banyak pilihan Pak Lias segera menghimpit
tebing tepi demi mengelakkan mereka daripada jatuh ke dalam gaung.

Bab 8
 Tau yang jelas membantah tindakan pasukan Profesor Zaidah melakukan kajian kerana
tempat tersebut dianggap suci baginya menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada abangnya
Ludin yang juga ketua kampong di kawasan tersebut, Tau juga teringat akan bekas isterinya
Ipah yang lari keluar dari hutan meninggalkannya. Pada masa yang sama Jacinta akhirnya
tersedar dan segera bangun dari segala rasa lemah dan lesu. Pada ketika itu Amira
memperkenalkan Itai yang telah menyelamatkan nyawanya kepada Jacinta. Namun begitu
kegembiraan mereka hanya seketika kerana mereka dikejutkan dengan berita kemalangan
Profesor Zaidah.

Bab 9:
 ProfesorZaidah dan Pak Lias terselamat daripada kemalangan. Akhirnya tindakan bijak Pak
Lias menyelamatkan mereka setelah kereta mereka terhenti di dasar sungai. Selepas melihat
keadaan Pak Lias yang hanya luka-luka kecil. Namun begitu perasan bimbang jelas terpancar
daripada setiap penghuni Desa Karpus setelah beberapa kejadian tidak diingini berlaku.
Tindakan Dr. Zawawi untuk menangguhkan kajian mendapat tentangan daripada Profesor
Zaidah. Akhirnya kesungguhan anak-anak buah Profesor Zaidah membuatkan kerja semakin
lancer. Mereka kemudiannya menerima kunjungan daripada Itai dan ayahnya Ludin, Setelah
memeriksa tangan Profesor Zaidah Ludin dan anaknya Itai segera meninggalkan khemah dan
pulang dengan membawa daun-daun daripada hutan.
Bab 10:
 Hati O’Hara menjadi panas apabila mengetahui beberapa pekerja baharu mabuk dan
bergaduh semasa berjudi di kala ketiadaannya. Hati orang kulit putih tersebut bertambah
marah apabila mengetahui Ah Chin yang ditugaskan menjaga pekerja juga tidak pulang
setelah keluar berburu. Pada ketika itu, di Desa Karpus Amira menjadi kagum apabila
rawatan Ludin kepada ibunya membuatkan tangan Profesor Zaidah yang dipercayai retak
pulih dengan cepat. Jacinta dan Amira menyedari rupa-rupanya Itai merupakan peserta
Pameran Saintis Muda 2002 yang mewakili negeri tersebut.

Bab 11:
 Tau duduk sendirian sambil mengenangkan harta miliknya yang semakin hilang, selepas
maruahnya diragut kerana terpaksa menerima Ipah sebagai isteri demi menyelamatkan Ludin.
Namun kebahagiaan Tau hanya seketika kerana Ipah bertindak lari keluar dari hutan tersebut
dan membawa anak pertamanya Sabi dan meninggalkan anak yang baru dilahirkannya.
Ingatan Tau terhadap Johnny terus menerpa apabila dia teringatkan O’Hara yang berada di
kem carigali. Tau kemudiannya teringatkan akan tindakannya membenarkan isterinya bekerja
di kem orang putih tersebut satu ketika dahulu ternyata membawa bencana. Suatu petang,
Tau bagai diragut maruahnya apabila isterinya, Ipah serta tulang-tulang di kubur Ridley dan
Brenda dibawa pulang ke Australia.

Bab 12:
 Rawatan yang diterima Profesor Zaidah daripada Ludin ternyata berkesan dan menimbulkan
rasa kagum kepada beliau di kala semua pelajar kembali bekerja dengan penuh semangat, Dr.
Zawawi yang pada mulanya tidak bersetuju akhirnya turut berasa kagum!!. Profesor Zaidah
kemudiannya memberitahu Ludin yang juga penghulu orang asli bahawa kajian yang
dijalankan oleh mereka boleh menyelamatkan kampong orang asli tersebut. Tindakan Amira
untuk memberikan Jacinta batu Kuarza akhirnya membuatkan Itai bertindak mengajak Amira
untuk mencari emas.Kedatangan Malique ternyata menimbulkan tanda Tanya kepada
Profesor Zaidah.

Bab 13:
 Itai
membawa Amira mencari emas di dalam hutan. Penemuan emas di dasar sungai oleh
Amira ternyata membuatkannya terkejut dan sukar mempercayai kata-kata Itai. Namun
kegembiraan mereka hanya seketika kerana kehadiran seekor makhluk berbulu yang
membawa seorang lelaki.Sebelum sempat berbuat apa-apa Itai dan Amira terus berlari
menyelamatkan diri daripada maut. Dalam usaha menyelamatkan diri mereka turut dikejar
oleh makhluk berbulu yang menjadi misteri dan dipercayai penunggu kawasan tersebut.

Bab 14:
 Malique dikejutkan dengan kekecohan yang berlaku di kem mereka. Seorang pekerja baharu
hilang selama dua hari tanpa diketahui oleh rakan-rakannya. Tindakan Malique mengikut
Roslan tanpa pengetahuan John O’Hara ternyata membawa padah hujan turun dalam
perjalanan mereka mencari pekerja tersebut. Enjin yang tiba-tiba meragam membuatkan
kenderaan mereka terhenti, oleh kerana mereka yang berada di belakang jadi kelibat mereka
tidak dapat dilihat oleh kenderaan yang berada di hadapan. Roslan meminta Malique tunggu
di dalam kenderaan dan dia keluar mendapatkan bantuan dalam hujan. Tanah merah dan
lumpur yang turun kerana hujan menolak kenderaan yang dinaiki Malique it terus ke dalam
gaung.

Bab 15:
 Itaidan Amira hampir sampai ke desa dan mereka kemudiannya disergah Tau yang terjun
dari sebatang pokok. Itai dan Amira memberitahu Tau bahawa mereka telah dikejar makhluk
berbulu namun Tau bagai sudah tahu akan perkara itu kerana dia sedikit pun tidak terkejut.
Dua hari kemudian, Amira mengajak Jacinta untuk ke perkampungan Itai setelah diberitahu
oleh Ludin bahawa Itai bagai hilang semangat setelah kejadian tersebut. Akhirnya tindakan
Amira dan Itai mengambil emas di kawasan hutan tersebut diketahui oleh Ludin dan Tau.
Mereka kemudiannya mengadakan perbincangan adat yang berkenaan Itai yang bakal dilantik
sebagai pengganti penghulu kampong tersebut satu hari nanti.

Bab 16:
 Suasana pagi yang ceria, membantu kerja-kerja arkeologi di Desa Karpus penemuan-
penemuan baru sangatlah memberangsangkan apabila Amira dan Jacinta menjumpai sebuah
tembikar zaman dahulu yang sempurna sifatnya, ucapan tahniah dan pujian tidak henti-henti
diberikan kepada Amira dan Jacinta. Kedatangan Tau buat kali pertama ke desa Karpus
bersama-sama Itai menimbulkan rasa gembira kepada semua warga Desa Karpus. Tau
memaklumkan bahawa mereka tidak perlu risau kerana dia menjaga kawasan desa itu pada
setiap malam sekaligus menangkis segala tanggapan paranormal pelajar-pelajar di
situ.Namun begitu mereka dikejutkan dengan berita kehilangan Malique.

Bab 17:
 Malique tersedar daripada tidurnya dan dia mendapati dirinya berada dalam tempat yang
gelap serta berbau tengik sementara tangan kirinya terasa sakit menyengat dan kaki kirinya
patah. Dia teringatkan ibunya yang berada di Melaka, yang pada satu ketika dulu dia pernah
bertanya kepada ibunya, mengapa ibunya seorang yang cantik dan bapanya seorang kulit
putih manakala dia berkulit hitam dan berambut kasar. Setiap kali melelapkan mata dia sering
dihantui dengan mimpi yang sama.

Bab 18:
 Amira, Jacinta serta Itai mengikut Dr. Zawawi, Rusdi dan Tau ke Gunung Gua Gajah untuk
melakukan penemuan arkeologi terhadap hutan tersebut. Mereka kemudiannya menjumpai
lukisan-lukisan dinding di dalam gua tersebut yang belum pernah terusik. Manakala, Rusdi
menjumpai sebilah kapak batu yang digunakan pada zaman Neolitik. Namun begitu,
penemuan mobile disk oleh Amira terus menimbulkan tanda Tanya tanpa memberitahu
sesiapa mengenai penemuan tersebut.

Bab 19:
 Penemuan kapak batu serta lukisan dinding menggemparkan seluruh Desa Karpus, namun
begitu, Amira, Jacinta serta Itai Berjaya memcahkan kod keselamatan padamobile
disk tersebut dan membuktikan ianya milik Malique. Malam tersebut Itai memberitahu Rusdi
bahawa mereka akan keluar pada keeseokan harinya.

Bab 20:
 KeputusanJennifer untuk ke hutan tersebut ternyata menimbulkan kegelisahan kepada
O’Hara, Jennifer terdesak datang ke hutan itu kerana risau akan anaknya dan sekaligus
mengembalikan memori lamanya terhadap hutan tersebut. Mimpi yang dihantui Tau
menyebabkannya terus mendapatkan Malique yang terdampar di dalam gua sambil
mengenakan bulu beruang untuk menutup badannya.

Bab 21:
 Amira, Jacinta serta Itai meneruskan perjalanan dalam usaha untuk mencari Malique di
Gunung Gua Gajah sambil dibantu Pak Lias dan Roslan. Penemuan disk oleh Amira boleh
dianggap berguna sebagai petunjuk kepada mereka. Namun begitu, Roslan datang ke kaki
gunung tersebut dengan memandu pacuan empat roda sambil membawa Jennifer dan John O’
Hara bersama. Makhluk berbulu keluar daripada persembunyiannya setelah dikejutkan
dengan deruman enjin kenderaan dan kelibat seorang wanita yang bersama-sama lelaki
berbaju putih itu seolah-olah menghilangkan semangatnya. Namun begitu Jennifer
terkenangkan zaman kanak-kanaknya dahulu dia selalu dipinggirkan kerana dianggap ahli
sihir disebabkan rambutnya yang kemerah-merahan.

Bab 22:
 Kapal terbang yang dipandu Ridley bersama-sama isterinya Brenda serta anak kecilnya
Samantha dalam perjalanan pulang ke Australia sete;ah melakukan kajian mengenai reptilian
di Pulau Langkawi. Malangnya, kapal terbang Cessna 310 model tahun1953 yang
dikendalikan Ridley itu terhempas sambil menghentam pokok setelah kedua-dua enjinnya
rosak. Jidin bersama dua anaknya Tau dan Ludin terkejut mendengar letupan kuat tersebut
dan bergegas ke kawasan kejadian. Jidin kemudiannya membawa Samantha yang tidak
cedera pulang ke kampong setelah kedua-dua orang tuanya hangus dijilat api.

Bab 23:
 Pencarian Amira hampir menemui jalan buntu apabila tiada apa yang dapat dikesan.Tetapi
masih ada harapan buat mereka apabila Amira menemui kesan tapak kaki manusia. Mereka
kemudiannya menemui laluan kecil yang kemudiannya menunjukkan jalan ke puncak gunung
tersebut kepada mereka. Itai memanjat ke atas dan menghulurkan tali kepada Amira, Pak Lias
dan Roslan yang berada di bawah. Tiba-tiba Itai terdengar suara seolah-olah sedang
mengerang kesakitan di atas puncak gunung tersebut.

Bab 24:
 Kehilangan Amira akhirnya disedari oleh Profesor Zaidah, jawapan daripada Rusdi
membuatkan Profesor Zaidah dan anak-anak buahnya segera menuju ke Gua Gunung Gajah.
Dalam pada itu, Amira dan rakan-rakannya Berjaya menjumpai sebuah pondok di puncak
gunung tersebut dan segera memeriksa. Akhirnya mereka Berjaya menemukan Malique yang
lesu dan tidak bermaya. Mereka kemudiannya disergah makhluk berbulu ketika dalam usaha
membawa Malique keluar. Dalam perjalanan ke Gunung Gua Gajah kumpulan Profesor
Zaidah bertembung dengan Ludin yang kemudiannya membawa mereka ke sana.

Bab 25:
 Niat Amira dan Itai untuk menyelamatkan Malique dihalang oleh makhluk berbulu tebal itu.
Makhluk itu tidak membenarkan mereka membawa Malique keluar dari situ. Pak Lias
akhirnya membantu dengan berhadapan dengan makhluk tersebut. Beberapa kali serangan
makhluk tersebut dipatahkan oleh Pak Lias yang ternyata lincah dan tangkas. Dalam pada itu,
kedatangan Profesor Zaidah, Ludin serta pasukan mereka mebuatkan Jennifer menegur Ludin
yang kemudiannya menimbulkan rasa keliru kepada semua yang berada di situ Jennifer
mendakwa dia sedang menunggu anaknya yang merupakan anak saudara Ludin, Malique
ataupun Sabi diselamatkan. Tindakan nekad Pak Lias untuk menamatkan riwayat makhluk
tersebut duhalang oleh Ludin yang segera menyelamatkan keadaan. Persoalan akhirnya
terjawab apabila bulu yang dipakai itu dibuang dan Tau mula mendedahkan identitinya demi
mengelakkan mereka daripada membawa Sabi keluar.

Bab 26:
 Sejarah tragis serta konlik keluarga Tau akhirnya terungkai di Desa Karpus apabila ketiga-
tiga pihak yang dianggotai oleh pencari emas, ahli arkeologi dan orang asli berkumpul dalam
khemah bersama-sama. Sejarah keluarga Tau akhirnya berkahir apabila memberitahu bahawa
Itai dan Malique merupakan anak lelakinya selama ini, manakala Itai terpaksa dijaga oleh
abangnya setelah maruahnya diragut Jennifer yang merupakan isterinya bertindak melarikan
diri dengan membawa Malique bersama-sama, Johnny yang merupakan abang kepada John
O’ Hara yang bertindak demikian turut melarikan tulang-tulang milik Ridley serta Brenda
untuk dikuburkan di Australia.

Bab 27:
 Amira yang telah menamatkan satu semester di Universiti menerima e-mel daripada rakan-
rakannya, Itai sedang berada di Kubang Kerian sedang menyambung pengajiannya dalam
bidang perubatan. Malique pula sedang bertugas sebagai ketua kampong tempat kelahirannya
dan sibuk dalam projek IT, dan dia Berjaya menggagalkan projek lombong emas di kawasan
tersebut. Jacinta pula sedang berada di Paris kerana terlibat dengan perniagaan bapanya
dalam bidang fesyen. Profesor Zaidah pula meminta anaknya untuk pulang ke rumah
neneknya di Kulim kerana bapanya bakal pulang bercuti juga. Dr. Zawawi pula sedang
berada di perairan Malaysia untuk mengesan khazanah Melayu

Anda mungkin juga menyukai