Anda di halaman 1dari 2

1. Apakah Itu Taska? TASKA adalah singkatan kata dari Taman Asuhan Kanak-Kanak.

Taska boleh didefinisikan sebagai "mana-mana premis yang menerima masuk kanak-kanak melebihi 4 orang yang berumur 4 tahun ke bawah selain dari seisi rumah dengan menerima upah." TASKA adalah berbeza dari TADIKA dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Tujuan TASKA diadakan adalah untuk membantu ibubapa menjaga anak-anak mereka sepanjang ketiadaan ibubapa. Penubuhan Taska perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

2. Apakah Itu Tadika? Tadika adalah singkatan daripada Taman Didikan Kanak-kanak. Tadika boleh didefinasikan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah. Penubuhan Tadika swasta perlu didaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), iaitu di bawah Unit Pendidikan Swasta. Oleh yang demikian semua hal berkaitan dengan tadika swasta perlu dirujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri (dulu dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Negeri).

3. Tips Untuk Perniagaan Taska & Tadika

Pendaftaran - Taska perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Tadika berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Persekitaran yang bersih dan selamat - Sila pastikan kebersihan kawasan sekitar Taska atau Tadika pada tahap yang memuaskan Lokasi - Sila pilih lokasi Taska atau Tadika yang strategik, mudah untuk dilihat dan dikunjungi Warna - Perlulah memilih tema warna yang sesuai dan ceria untuk Taska & Tadika bagi membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak Program & aktiviti yang berkualiti - Sila pastikan program yang ditawarkan memberi pendedahan yang baik kepada proses awal pendidikan & pembelajaran kanak-kanak Insuran - Adalah digalakkan Taska atau Tadika menyediakan skim insuran kepada kanakkanak di bawah jagaan mereka Fardu ain @ Iqra' - Sebaik-baiknya Taska atau Tadika menyediakan program pelajaran asas fardu ain & iqra' Perkhidmatan Pengangkutan - Taska atau Tadika yang mempunyai perkhidmatan pengangkutan sendiri akan lebih digemari oleh ibubapa kerana memudahkan mereka Promosi - Promosi yang berterusan adalah sangat penting bagi memastikan bisnes Taska & Tadika mampu bersaing dan sebagai media informasi kepada para pelanggan

Anda mungkin juga menyukai