Anda di halaman 1dari 1

SKOP KERJA PENGASUH TASKA

Pengasuh kanak-kanak taska di rumah antara tanggungjawabnya adalah seperti


berikut:
menjaga kanak-kanak mengikut tugas yang diberikan.
memastikan memberi makan kepada kanak-kanak dijalankan mengikut
cadangan oleh Jabatan Kesihatan.
memastikan keselamatan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti.
mendapatkan imunisasi yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan.
menjalani pemerikasaan perubatan sekurang-kurang setahun sekali.
memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak jika berlaku
kemalangan, kecederaan atau jika memerlukan perubatan.
memenuhi diet nutrisi yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan.
mempamerkan contoh kelakuan sama ada pertuturan, tingkahlaku dan
penampilan diri semasa di TASKA.
melaporkan segera kepada penyelia sekiranya terdapat kanak-kanak yang
disyaki telah didera atau teraniaya.
memberitahu kepada penyelia jika terdapat sesuatu tanda awal penyakit
pada kanak-kanak.
menyediakan laporan harian aktiviti kanak-kanak kepada penyelia.
menyediakan laporan perkembangan kanak-kanak setiap tiga bulan dan
membuat salinan untuk ibu bapa dan penjaga.

PERATURAN PENGASUH TASKA


Pengasuh dikehendaki datang awal sebelum 7 pagi.
Tidak dibenarkan mengambil cuti sesuka hati tanpa memberitahu penyelia
taska 3 hari sebelum permohonan cuti.
Dilarang mengasari atau memukul kanak-kanak atau bayi dibawah jagaan
mereka.
menjalankan semua arahan yang diarahkan oleh penyelia.
menjalankan tugas yang diberi dengan betul dan sempurna.
memastikan keselamatan dan kebersihan premis taska.
mempamerkan perlakuan yang baik sama ada dalam berkomunikasi,
penampilan diri dan lain-lain di taska.

Anda mungkin juga menyukai