Anda di halaman 1dari 6

CADANGAN PROJEK

PEMPROSESAN PRODUK-PRODUK BERASAKAN HASIL SUSU


DI BAWAH PROGRAM SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI)

1. TUJUAN

Kertas cadangan ini dibuat bagi tujuan permohonan kewangan daripada


pihak kerajaan yang berjumlah RM200,000.00 bagi membayai perlaksanaan
projek pemprosesan produk-produk berasaskan hasil susu di bawah Program
Satu Daerah Satu Industri.

2. LATAR BELAKANG PROJEK

Negeri Sabah menghasilkan lebih dari 800,000 liter susu segar setiap bulan
dan merupakan salah satu pengeluar terbesar produk susu di Malayasia,
dan usaha untuk meningkatkan pendapatan para pengusaha ternakan
ruminan di negeri ini dapat dilakukan dengan meningkatkan kuantiti dan
kualiti pengeluaran, sementara pemprosesan hiliran juga perlu dibuat agar
bukan hanya nilai tambah yang dapat diperolehi tetapi juga dapat
memperluaskan lagi saiz pasaran hasil-hasil ternakan tersebut. Pemprosesan
hiliran juga akan dapat mengurangkan impot bahan-bahan hasilan ternakan
seperti ( keju, mentega, ghee, bebola daging, burger), dan semua barangan
berasaskan Susu daripada luar negara.

Oleh yang demikian, pemprosesan hiliran ke atas produk-produk ternakan


yang dihasilkan seperti Susu di negeri ini boleh menjadi satu industri yang
besar dan menjanjikan pulangan yang sangat baik serta membuka peluang-
peluang perniagaan yang baharu kepada penternak atau bakal pengusaha.

Projek Kambing Tenusu telah mula diperkenalkan pada tahun 2016 dengan
disertai seramai 107 orang penternak hampir di seluruh negeri Sabah, tetapi
mengalami masalah pemasaran hasil produk susu kambing yang

1
menyebabkan ramai penternak terpaksa menghentikan operasi mereka
kerana tidak dapat memasarkan hasil susu dan di tambah lagi dengan sikap
masyarakat yang tidak terlalu suka mengambil produk susu segar kambing,
oleh yang demikian DVS melalui unit IAT mengambil langkah untuk
menghasilkan produk hiliran berasaskan susu kambing seperti Ais Krim,
youghart, sabun susu kambing dan lain-lain produk tenusu yang lain.

3. CADANGAN PROJEK DI BAWAH PROGRAM SATU DAERAH SATU


INDUSTRI

Bagi menyediakan dan memberikan perkhidmatan pomprosesan produk-


produk hilaran yang baik dan berkesan pihak DVS akan menyediakan tempat
pemprosesan produk tenusu di bawah program Satu Daerah Satu Industri
yang akan dilaksanakan di daerah Penampang.

DVS juga akan memberikan latihan di setiap Daerah yang berpotensi untuk
menghasilkan produk hilaran berasaskan hasil susu terutama sekali kepada
pengusaha penternakan kambing tenusu.

4. OBJEKTIF PROJEK

4.1 Melaksanakan pemprosesan hasil tenusu (Lembu dan Kambing) di


Penampang.
4.2 Melaksankan program latihan penghasilan produk-produk hilaran tenusu
di daerah yang berpotensi terutama hasil susu kambing.
4.3 Memperkenalkan industri pengeluaran produk-produk hiliran dari hasil
tenusu (Lembu dan kambing) sebagai satu produk yang berpotensi,
berdaya tahan dan berdaya maju serta mempunyai rantaian nilai tambah
yang sangat tinggi yang boleh menjamin pendapatan yang mampan
kepada penternak ruminan tenusu.

2
5. KOESEP PELAKSANAAN

Pusat pemprosesan utama produk hilaran hasil tenusu akan dilaksanakan di


Pusat Pengumpulan Susu Penampang. Walaubagimanapun penghasilan
produk hiliran secara kecil-kecilan boleh dilaksanakan di daerah yang
terdapat Pusat Pengumpulan Susu sebagai tempat pemprosesan. Untuk
menjamin pasaran dan nilai produk-produk hiliran hasil tenusu keluran
penternak dan juga Jabatan, maka kemudahan yang terdapat di PPS
Penampang akan dinaik taraf dan akan diperlengkapi dengan kemudahan-
kemudahan seperti mesin kelengkapan untuk pemprosesan dan
pembungkusan, bilik stor penyimpinan produk dan pembelian peralatan
pendingin produk. Kemudahan-kemudahan ini sangat penting dan diperlukan
memandangkan banyak hasil yang akan diproses di pusat ini.

6. KOMPONEN PROJEK

Komponen projek adalah seperti berikut :

i. Mesin pemproses hasil susu/tenusu


ii. Bilik stor penyimpinan produk hiliran dan peralatan
iii. Peralatan dan kelengkapan untuk pembungkusan dan perlebalan
produk hiliran.

7. ANGGARAN KEPERLUAN KEWANGAN

Anggaran keperluan kos pelaksanaan projek adalah bernilai RM200,000.00


dengan pecahan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.

3
Jadual 1 : Anggaran Keperluan Kewangan

Bil. Perkara Jumlah (RM)


1 Mesin pemproses hasil susu/tenusu 120,000.00
2 Bilik stor penyimpinan produk hiliran dan 40,000.00
peralatan
3 Peralatan dan kelengkapan untuk 40,000.00
pembungkusan dan perlebalan produk
hiliran.
JUMLAH 200,000.00

8. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKAKAN DARIPADA PROJEK

Output dan faedah yang dijangkan daripada pelaksanaan projek ini adalah
seperti berikut :

8.1 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keduabelas (RMK-12), dijangka


akan menghasilkan produk seperti ais krim, youghart, mentega, ghee,
kefir, biskut susu, gula-gula susu dan lain-lain produk berasaskan hasil
daripada susu lembu dan menggunakan sepenuhnya hasil susu kambing
yang berjumlah 2,000 hingga 3,000 liter sebulan.
8.2 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keduabelas (RMK-12), seramai 47
orang penternak lembu tenusu dan 107 penternak kambing tenusu akan
berpeluang untuk menjana hasil ekonomi mereka melalui penghasilan
produk hilaran yang akan diproses di PPS Penampang.

9. OUTCOME PROJEK

9.1 Pengeluaran beranika jenis produk hiliran dari tenusu.


9.2 Taraf ekonomi penternak tenusu (Lembu dan Kambing) akan meningkat
melalui pendapatan hasil dari jualan produk-produk hiliran yang
dihasilkan melalui PPS Penampang dan pusa-pusat yang diiktraf oleh
DVS.

4
9.3 Menjadikan daerah Penampang sebagai salah satu pusat pengeluar
produk-produk hiliran hasil tenusu yang berpotensi, berdaya maju,
mampan yang boleh menjamin masa depan penternak tenusu.
9.4 Membantu penternak kambing tenusu agar dapat memasarkan hasil
susu mereka sebelum ada kilang yang membeli hasil susu yang
dihasilkan.

10. JUSTIFIKASI PROJEK

Projek pembangunan industri asas ternakan menjanjikan potensi yang sangat


baik dari segi ekonomi memandangkan belum ada industri yang berasaskan
tenusu dilaksanakan di negeri ini. Pasaran untuk produk-produk hiliran
berasaskan hasil susu sangat besar dan kebanyakan produk-produk ini yang
terdapat di pasaran tempatan adalah diimpot dari luar negeri. Masanya
sangat relevan ketika ini untuk memulakan industri berasaskan tenusu sesuai
dengan slogan ”cintailah barangan Malaysia”.

Hasil tenusu (Lembu mencapai sehingga 800,000 ribu liter sebulan) dapat
memberikan peluang yang sangat luas untuk menghasilkan produk hiliran dari
tenusu dan juga penternak Kambing Tenusu yang belum mempunyai pasaran
yang tetap sangat memerlukan tempat untuk memasarkan hasil susu mereka.

Pemprosesan hasil tenusu kepada produk-produk hiliran akan memberikan


nilai tambah yang jauh lebih tinggi dan menguntungkan dan mempunyai
potensi untuk diperkembangkan ke pasaran domestik dan antarabangsa.

Projek ini juga akan membantu Kerajaan Negeri mengurangkan


kebergantungan kepada import hasil-hasil produk tenusu yang seterusnya
akan mengurangkan pengaliran keluar wang negara melalui pengimportan
hasil produk tenusu.

5
11. SYOR

Projek pembangunan industri asas ternakan menjanjikan potensi yang sangat


baik dari segi ekonomi memandangkan belum ada/masih kurang industri yang
berasaskan hasil tenusu dilaksanakan di negeri ini. Pasaran untuk produk-
produk hiliran berasaskan hasil tenusu sangat besar dan kebanyakan produk-
produk ini yang terdapat di pasaran tempatan adalah diimpot dari luar
negeri/negara.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah melalui Unit Industri Asas Ternakan


(IAT) akan terlibat secara langsung untuk memperkenalkan produk-produk
baru serta mempelbagaikan lagi produk Hiliran yang berasaskan hasil Susu .
Blueprint Pertanian Negeri Sabah yang baru dilancarkan juga telah
menjadikan Industri Hiliran sebagai salah satu aktiviti yang sangat penting
demi menjadikan penternakan terus mampan.

Oleh yang demikian bagi merealisasikan matlamat serta tujuan projek ini,
maka adalah diharapkan agar permohonan yang berjumlah RM200,000.00
dapatlah dipertimbangkan dengan sewajarnya agar dengan adanya produk
hiliran dari hasil tenusu akan dapat mengurangkan pengimportan produk-
produk ini.

Anda mungkin juga menyukai