Anda di halaman 1dari 4

SK BANDAR PENAWAR 2

KOTA TINGGI, JOHOR

KERTAS KERJA CADANGAN

PERTANDINGAN BUKU
SKRAP
TAHUN 2011

DIMAJUKAN UNTUK KELULUSAN

GURU BESAR SK. BANDAR


PENAWAR 2

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

.................................................

CATATAN:
.........................................................
.........................................................
........................................

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BUKU SKRAP PENDIDIKAN SIVIK &
KEWARGANEGARAAN
SEKOLAH BANDAR PENAWAR 2

1. PENDAHULUAN
Projek buku skrap Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan diadakan untuk
membentuk dan membina sahsiah murid menjadi lebih terpuji dan berakhlak
mulia. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan
murid yang berilmu pengetahuan dan juga mempunyai akhlak mulia.

2. OBJEKTIF
2.1. Mendidik Murid dengan akhlak dan nilai-nilai murni.
2.2. Menggalakkan murid supaya menghormati guru, rakan dan warga sekolah.

3. MATLAMAT
3.1 Melahirkan murid yang berketerampilan dari segi rohani, emosi & intelek.
3.2 Melahirkan murid yang bersopan santun dan berbudi bahasa.
3.3 Melahirkan murid yang cemerlang akhlak.

4. SASARAN
4.1 Murid tahun empat.

5. TEMPAT DAN MASA DICADANGKAN


Tempat : Laman Nurani SK. Bandar Penawar 2
Hari :Selasa
Tarikh : 8 Mac 2011
Masa : 7.30 – 3.30 Petang.

6. Syarat-syarat pertandingan
7.1. Tugasan secara berkumpulan.
7.2 Boleh menggunakan komputer dan tulisan tangan.
7.3 Pemarkahan dikira melalui isi kandungan dan kreativiti.

7. TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi : Perasmian
: Pertandingan peringkat kumpulan bermula
10.00 pagi : Rehat
10.30 pagi : Pertandingan peringkat kumpulan bersambung
12.00 t/hari : Tamat peringkat kumpulan
: Rehat
1.30 t/hari : Persembahan berkumpulan
2.30 petang : Cabutan Bertuah / Penyampaian Hadiah

9. CADANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERBELANJAAN KOS SEUNIT BILANGAN JUMLAH KOS


(RM) (RM)
1 Minum pagi 2.50 64 orang 160
2 Makan Tengahari 3.50 64 orang 224
3 Minum Petang 2.50 64 orang 160
4 Hadiah 3.00 30 orang 90
634

10. PENUTUP
Pertandingan buku skrap ini banyak membantu murid-murid membentuk jati diri
dan melahirkan generasi muda yang berakhlak mulia dan berketerampilan. Selain itu,
pada masa yang sama dapat melahirkan murid yang berperibadi unggul dan cemerlang
di dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.
Disediakan oleh :

……………………………
(MOHD HAFIZ B. HAMAD)
Ketua Panitia P.S.K
Sk.Bandar Penawar 2

Anda mungkin juga menyukai