Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN KEJOHANAN BADMINTON

MSSD DAERAH PASIR GUDANG 2012

TARIKH : 2-4 FEBRUARI 2012


MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : BL SPORT PLENTONG
PEMILIHAN DAN LATIHAN PEMAIN BADMINTON KE KEJOHANAN
BADMINTON MSSD DAERAH PASIR GUDANG

Pada awal tahun 2012 Kelab Permainan Badminton telah membuat pemilihan

pemain yang akan mewakili sekolah untuk ke kejohanan badminton MSSD Pasir

Gudang. Pemilihan ini di lakukan untuk memilih memain yang betul- betul yang boleh

bermain badminton. Setelah membuat penelitian saya telah memilih 4 pemain sahaja

yang akan di bawa untuk mewakili sekolah. Pemilihan 4 pemain ini kerana pemain ini

berbakat dalam sukan badminton di samping dapat memberikan pendedahan kepada

pemain tersebut. Nama pemain yang di pilih ialah seperti berikut : -

1. Mohd Fauzan Bin Azmi ( 6 Arif)

2. Muhaziq Azim Bin Rheizal (6 Bestari)

3. Muhd Alif Aiman Bin Mohd Noor (6 Bestari)

4. Mukhriz Bin Mazlan ( 6 Bestari)

Setelah pemilihan di buat saya telah melakukan latihan 3 kali seminggu untuk

memantapkan lagi permainan pemain. Seminggu sebelum kejohanan bermula para

memain di latih pada setiap petang iaitu bermula pada pukul 4.30 petang – 6.30

petang.
LAPORAN HARI KEJOHANAN BADMINTON

MSSD DAERAH PASIR GUDANG 2012


LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN 2 FEBRUARI ( KHAMIS )

Pada hari pertama kejohanan SK TJJ5 telah menghantar 2 pemain badminton

yang akan bermain di kategori Beregu Lelaki 12 tahun. Nama pemain tersebut seperti

berikut :-

1. Mohd Fauzan Bin Azmi ( 6 Arif)

2. Mohd Mukhriz Bin Mazlan ( 6 Bestari)

Pada perlawanan perseorangan lelaki 12 tahun pemain-permain tidak dapat

melayakkan diri ke pusingan kedua. Mohd Fauzan Bin Azmi telah dikalahkan oleh murid

dari SJKT Masai dengan mata 30 – 11, manakala Mohd Mukhriz Bin Mazlan telah

dikalahkan oleh pelajar SJKC Nam Heng dengan mata 30 – 5 .

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN 3 FEBRUARI 2012 ( JUMAAT )

Pada hari kedua SKTPW telah menghantar 4 pemain yang akan bermain dalam

acara beregu lelaki 12. Nama pemain adalah seperti berikut :-

1. Mohd Fauzan Bin Azmi ( 6 Arif)

2. Muhaziq Azim Bin Rheizal (6 Bestari)

3. Muhd Alif Aiman Bin Mohd Noor (6 Bestari)

4. Mukhriz Bin Mazlan ( 6 Bestari)


Pada hari kedua beregu pertama yang diwakili oleh Mohd Fauzan Bin Azmi dan

Muhd Aliff Aiman Bin Mohd Noor telah ditewaskan oleh murid dari SK Pasir Putih

dengan catatan mata 30-12. Manakala beregu kedua pula telah berjaya melayakkan

diri ke pusingan kedua apabila Berjaya menewaskan pemain dari SJKC Masai dengan

mata 30-23. Pada pusingan kedua pemain dari sekolah kita tidak bernasib baik

apabila tewas kepada juara beregu tahun lepas dari SJKC Pandan dengan mata

kekalahan 30-13.

Berdasarkan laporan isi dapat saya rumuskan bahawa pelajar SK Taman Johor

Jaya 5 boleh pergi lebih jauh dalam kejohanan badminton ini jika diberi peluang dan

masa latihan yang mencukupi.

Disediakan Oleh Disemak oleh

……………………………….. …………………………..
(Pn Nur’Iza Bt Abu Bakar ) ( Cik Siti Wahida Bt Taib)
Pengurus Pasukan Badminton SK TJJ 5 GPK Kokurikulum SK TJJ 5

Di sahkan oleh

……………………………………
(En Hanapiah Bin Bahal)
Guru Besar SK TJJ 5
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai