Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PENYERTAAN PERTANDINGAN BADMINTON BAWAH 12

TAHUN DAERAH KINABATANGAN 2013

Penyertaan
SK Bukit Garam pada tahun ini telah menghantar wakil untuk menyertai
Pertandingan Badminton Bawah 12 tahun daerah Kinabatangan yang telah diadakan pada
03hb dan 04hb April 2013 di Dewan Lantana, SK Bukit Garam 2. Pada tahun ini Kontinjen
SK Bukit Garam telah menghantar seramai 12 orang pemain iaitu 8 orang pemain lelaki dan
4 orang pemain perempuan. Untuk kali ini,kontenjen sekolah telah menghantar wakil seperti
berikut:
Perseorangan Lelaki
Perseorangan perempuan
Bergu Lelaki
Bergu Perempuan

- 4 orang
- 4 orang
- 4 bergu (8 orang)
- 2 bergu (4 orang)

Kontinjen ini juga hanya menghantar seorang guru pengiring iaitu saya sendiri yang juga
merangkap pengurus dan ketua jurulatih untuk kejohanan. Ini kerana masih ramai guru-guru
lain dari sekolah ini yang turut serta kerana terlibat sebagai AJK Pengelola Kejohanan ini.

Pencapaian
Setelah pertandingan ini berakhir, secara keseluruhan, kontinjen badminton SK Bukit
Garam, telah dapat memberi saingan yang sengit kepada kontinjen-kontinjen lain.
Pencapaian secara keseluruhan kontenjen kali ini seperti berikut:
Perseorang Lelaki (4 wakil)
- 2 wakil (peringkat pusingan awal)
(Mohd Irfan Sufyan B. Mustafa & Mohd Hanif Ismail)
- 2 wakil (peringkat suku akhir)
(Mohd Rezwan B. Ali & Dwi Chayo Saputro)
Bergu Lelaki (4 wakil)
- 1 wakil (peringkat pusingan awal)
(Mohd Irfan & Dwi Chayo Saputro)
- 2 wakil (peringkat pusingan kedua)
(Mohd Aiman & Mahadzir dan juga Mohd Afiz & Mohd Badrul)
- 1 wakil (peringkat suku akhir)
(Mohd Hanif & Mohd Rezwan)

Perseorangan Perempuan (4 wakil)


- 1 wakil (peringkat pusingan awal)
(Siti Rezwana)
- 1 wakil (peringkat pusingan kedua)
(Nursahira Bte Md Allawi)
- 1 wakil (peringkat suku akhir)
(Burairah Voo)
- 1 wakil (peringkat separuh akhir)
(Saidatul Safirah Bte Junny) Tempat Ketiga Bersama
Bergu Perempuan (2 wakil)
- 1 wakil (peringkat pusingan kedua)
(Burairah Voo & Nursahira)
- 1 wakil (peringkat akhir)
(Siti Rezwana & Saidatul Safirah) Tempat Kedua
Dua orang daripada pemain-pemain ini iaitu adik Mohd Rezwan Bin Ali dan adik
Saidatul Safirah Bte Junny telah tersenarai untuk pemilihan akhir wakili Kontinjen Badminton
MSSM Daerah Kinabatangan ke Kejohanan MSSM Badminton Bahagian Sandakan yang
akan diadakan di daerah Kinabatangan ini juga pada 15hb dan 16hb April 2013 ini.

Kewangan
Dari segi laporan kewangan yang telah dibelanjakan dalam pertandingan itu, semua
perbelanjaan adalah ditanggung oleh pihak sekolah. Mengikut permohonan yang dibuat di
dalam kertas kerja, permohonan awal untuk perbelanjaan menyertai kejohanan ini ialah
sebanyak RM249.00. Walaubagaimanapun setelah berakhirnya kejohanan ini, perbelanjaan
yang telah dibuat hanyalah sebanyak RM225.00, iaitu pengurangan sebanyak RM24.00
daripada yang dipohan pada awalnya. Bersama-sama dengan ini disertakan semua resitresit perbelanjaan untuk pertandingan itu.

Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh;
(MOHD AZMI BIN DULLAH)
Penasihat Kelab Badminton
SK Bukit Garam, Kinabatangan,
2013.

Anda mungkin juga menyukai