Anda di halaman 1dari 2

KEJOHANAN BESBOL BAWAH 12 KEBANGSAAN KALI PERTAMA 2023

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .

Yang berusaha, tuan guru besar SK Sri Labis, Cikgu Zulkefli Bin Abdullah. Guru Penolong
Kanan 1, Cikgu Sumail Bin Nasir, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Mohd Rais
Bin Zainal. Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Muhammad Fikri Bin Norddin. Para
guru yang dihormati, serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Di sini saya ingin menyampaikan laporan Kejohanan Besbol Bawah 12 Kebangsaan 2023
yang julung kalinya diadakan di Kolej Vokasional Dato Abu Zahar Isnin, Jasin, Melaka pada
28 dan 29 Oktober 2023.

Dua orang murid sekolah kita telah terpilih untuk menyertai latihan intensif 2 minggu sebelum
kejohanan di kalangan pemain sofbol bawah 12 terbaik di negeri Johor seterusnya
melayakkan diri ke latihan pusat pasukan utama bagi sukan yang baru dipertandingkan bagi
kategori bawah 12 di Malaysia.

Perbezaan sukan ini dengan sofbol adalah jarak padang yang lebih jauh dan bola yang lebih
kecil namun kiraan mata dan larian tetap sama.

Berikut adalah keputusan kejohanan.

Perlawanan pertama menemukan Johor dengan Pulau Pinang dengan keputusan memihak
kepada Johor 19-2.

Perlawanan kedua menemukan Johor dengan pasukan Selangor dengan keputusan menang
19-7.

Perlawanan ketiga, Johor tewas tipis kepada Perak 10-6 dengan perlawanan memaksa
masa ke jam 7.00 petang.

Kiraan mata membawa Johor ke pusingan keempat bertemu Melaka yang dilatih oleh
jurulatih kebangsaan dan bermula latihan lebih awal pada tahun lepas. Kemenangan akan
membawa Johor ke pusingan final. Johor mendahului 2-1 selama 1 jam namun tidak cukup
untuk mengenepikan pasukan pilihan ini, tewas 6-3.

Melaka menewaskan perak di Final 14-1 dan dinobatkan Johan.

Kontinjen Johor berjaya menamatkan Kejohanan di tempat ketiga.


Tanpa membuang masa, majlis menjemput Cikgu Muhammad Fikri Bin Noordin mengiringi
tuan guru besar, Cikgu Zulkefli bin Salleh untuk menyampaikan pingat dan sijil kepada
pemain SRILS yang mewakili Johor.

Pertama, Muhammad Hamizan Bin Mohd Farid dari 6 Farabi.

Kedua, Mohammad Haikal Bin Nazaruddin dari 6 Ghazali.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zulkefli Bin Abdullah dan Cikgu Fikri atas
penyampaian hadiah sebentar tadi. Untuk makluman semua, kejohanan ini akan
dilaksanakan lagi akan datang, pemain terbaik dari serata Johor akan merebut tempat untuk
pasukan ini.

Diharapkan semua murid dapat berlatih untuk mengambil peluang keemasan ini dan
membuktikan pemain Johor memiliki kualiti untuk bersaing di kalangan terbaik.

Anda mungkin juga menyukai