Anda di halaman 1dari 2

Bersyukur kita kepada Allah, tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurnia-Nya kami telah menyiapkan tugasan

yang diberikan kepada kami. Pelbagai dugaan dan rintangan telah kami tempuhi untuk menjayakan program kami ini. Dari perancangan kertas kerja sehinggalah ke hari program dijalankan. Dengan semangat berpasukan yang tinggi, kami bersama-sama merungkai segala masalah yang dihadapi. Bak kata pepatah. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Segala kepayahan yang kami tempuhi, akhirnya terbalas juga dengan kemanisan apabila program kami selesai. Kami mendapat komen yang positif daripada pensyarah-pensyarah yang hadir dan juga daripada peserta program sendiri. Kami berasa tidak sia-sia kami bersusah payah membawa para peserta berkhemah di Gunung Senyum ini kerana impak yang positif dapat dilihat

terhadap para peserta yang mengikuti program ini. Kami sedar bahawa kami menggalas tanggungjawab yang besar terhadap para peserta, dari segi makan minum sehinggalah keselamatan peserta. Namun begitu kami gagahkan jua, kami menganggap para peserta seperti adik-adik atau anak-anak kami yang patut diberi perhatian dan dijamin keselamatannya sepanjang program ini berlangsung. Alhamdulillah semasa program ini berlangsung tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepada En. Amran selaku Penyelia Program Bina Insan Guru dan Tuan Haji Samsudin selaku pensyarah pembimbing kumpulan kami kerana telah memberi galakan dan tunjuk ajar kepada kumpulan kami bagi menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada Pegawai Jabatan Hutan Temerloh kerana telah menyambut kami dan menjadi jurupandu ketika aktiviti Kembara Gua. Segala maklumat yang disampaikan oleh mereka akan menjadi ilmu yang berguna kepada para peserta pada masa hadapan, semoga Allah membalas jasa kalian. Kepada para peserta program, diharapkan segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan memberi memori yang manis sebagai kenangan apabila mereka

meninggalkan Sekolah Kebangsaan Serting Hilir 2 (F) kelak. Tidak dilupakan kepada pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Serting Hilir 2 (F), saya ucapkan jutaan terima kasih di atas tunjuk ajar dan kerjasama yang telah diberikan kepada kami. Diharapkan pada masa akan datang pihak pentadbiran lebih bertegas terhadap guru-guru wanita yang telah berumahtangga untuk samasama mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan di luar kawasan sekolah kerana program kami ini hampir-hampir tertangguh kerana ketiadaan guru-guru wanita sebagai guru pengiring. Akhir kata saya menyusun jari sepuluh meminta kemaafan jika terdapat kesalahan dan kekurangan dari pihak saya dan ahli kumpulan sepanjang mengendalikan Program Bina Insan Murid ini. Perkara yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri. Wassalam.

SHAMSUL HAZLI B. ABD. WAHAB 761016-05-5003 PJK1 / KOHORT 2 AMBILAN FEB 2012

Anda mungkin juga menyukai