Anda di halaman 1dari 2

Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang

kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran


yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai
perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan
kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar itu
sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam
sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut
sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang terbaik dalam
bidang yang akan diceburi kelak.

Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa
janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal
merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala
penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan
dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak
langsung, ia dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa situasi di alam
pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk
teori dan amali ketika pembelajaran.

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan
pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak.
Ini tidak dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan
individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman
bekerja yang ada.Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan
tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.

Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah


sangat besar.Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang
diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk
dimasa akan datang. Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi
semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin
kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ketahap yang lebih tinggi serta
menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan
cemerlang kelak.

1.1.1

Peraturan semasa Latihan Industri

Semasa menjalani latihan para pelajar perlu mengikuti peraturan-peraturan


yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik dan firma latihan. Peraturanperaturan ini mesti dipatuhi selama tempoh latihan. Walaupun pelajar tidak
berada dikawasan pusat pengajian tetapi peraturan ini perlu untuk menjaga
nama baik politeknik. Semua peraturan ini dapat membentuk pelajar
tersebut untuk menjadi lebih berdisiplin dan berdedikasi. Antara peraturan
yang telah ditetapkan adalah:-

Pelajar perlu menepati tarikh permulaan dan tamat tempoh latihan.


Menjaga penampilan diri supaya kemas dan bersih.
Menjaga disiplin diri agar tidak memberi sebarang masalah kepada pihak
syarikat dan politeknik.
Mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
Tidak boleh membocorkan maklumat sulit syarikat sewaktu menjalani latihan
industri.
Tidak boleh terlibat dengan mana-mana kes polis dan yang berkaitan dengan
politik.
Membawa buku laporan harian setiap hari dan perlu disemak oleh penyelia
tempat latihan industri.

Anda mungkin juga menyukai