Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri ialah latihan yang dijalani oleh pelajar di organisasi atau syarikat yang berkaitan
dalam bidang masing-masing untuk jangkamasa yang ditetapkan bagi mendapat pengalaman
sebenar dengan mempraktikkan apa yang dipelajari di Universiti. Semua program Ijazah Sarjana
Muda dan sebahagian program Diploma di UniSZA mewajibkan pelajar menjalani latihan industri
di organisasi yang telah ditentukan.

Definisi Latihan Industri


Latihan Industri juga merujuk kepada:
1.

Latihan Praktikal

2.

Latihan Klinikal

3.

Latihan Mengajar

Matlamat Latihan Industri


Matlamat Latihan Industri adalah:
1.
2.

Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang dan profesyen masing-masing.
Melahirkan graduan yang berketrampilan, kreatif dan berwibawa seiring dengan visi UniSZA bagi melahir
dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkaya dengan ilmu, budaya tinggi
dan akhlak yang luhur.

Objektif Umum Latihan Industri

1.
2.

Mendedahkan pelajar kepada persekitaran kerja sebenar dalam bidang masing-masing.


Memberi peluang kepada pelajar mempertingkatkan pengetahuan dan memperolehi pengalaman
bekerja di industri/organisasi berkaitan bidang masing-masing.

3.

Melatih pelajar berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat di tempat kerja.

4.

Memupuk semangat bekerja secara berkumpulan.

5.

Memupuk pelajar untuk menghayati nilai etika profesyen masing-masing.

6.

Mewujudkan jalinan perkongsian pintar antara UniSZA dengan industri.

7.

Membantu UniSZA menghasilkan graduan yang cekap, mahir dan bekemampuan untuk memenuhi
permintaan tenaga kerja dalam bidang masing-masing.

Hasil Pembelajaran Latihan Industri


Setelah tamat Latihan Industri secara umumnya pelajar berupaya:
1.

Mempraktikkan teori dan pengetahuan akademik yang dipelajari di tempat kerja.

2.

Mengenalpasti struktur organisasi jabatan/industri tempat latihan dan mengenali peranan jawatan
tertentu di dalam organisasi tersebut.

3.
4.

Berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai pihak.


Memberi pandangan secara kritis, berkeyakinan, inovatif dan mampu menyelesaikan masalah secara
profesional.

5.

Mempamerkan etika dan intergriti yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

6.

Berkerja secara berkumpulan dengan berkesan.

7.

Melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan baik.

Hasil Pembelajaran Khusus Latihan Industri

1.

Setiap fakulti mempunyai hasil pembelajaran yang khusus.

2.

Hasil pembelajaran adalah berbeza antara fakulti berdasarkan kepada program yang ditawarkan.

Tempoh Latihan Industri


Tempoh Latihan Industri di UniSZA adalah mengikut program pengajian masing-masing.
Kebiasaannya, Latihan Industri ditetapkan dari dua(2) bulan hingga enam(6) bulan.

Penempatan Latihan Industri


Tempat Latihan Industri akan ditentukan oleh pihak fakulti.Walaubagaimanapun, pelajar boleh
membuat pilihan tempat latihan bergantung kepada bidang/kursus yang diambil semasa di
Universiti.

Anda mungkin juga menyukai