Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

ANJURAN
PELAJAR CITRA KURSUS PENGURUSAN JENAZAH (LMCA 1402)

TARIKH : 14 / 01 / 2022
HARI : SABTU
MASA :8.30 PAGI - 12 TENGAH HARI
TEMPAT : SURAU KOLEJ IBRAHIM YAAKOB
KAEDAH : SECARA BERSEMUKA
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK

NURIN HANNANI BINTI MD ROZALI SHAFIE A195308

QISTINA NUR SARAH BINTI AMINUDIN A195428

IZZ NUR SYAHEERAH BINTI RAFNA FARIN A195305

NUR AZWANI BINTI ZAINAL ABIDIN A188052

FILZAH HANIS BINTI RIZAL A195010

NUR AMIRA NABIHAH BINTI ZAWAWI A194896

NUR MADIHAH BINTI MD FARID A192906

NURUL ASMIRA BINTI OTHMAN A181333

AIMI ATHIQAH BINTI ABDUL RAHMAN A183227

NOOR RAIDAH ALIA BINTI MOHAMAD ROSLAN A185289

NUR AINA BINTI MOHAMAD RAJALI A193935

1.0 PENGENALAN

Kursus pengurusan jenazah ini merupakan anjuran kumpulan 2 Citra Pengurusan


Jenazah.Kursus ini diadakan sebagai wadah untuk masyarakat menimba ilmu fardu
kifayah iaitu pengurusan jenazah bertujuan untuk memupuk nilai-nilai
kemanusiaan dan membentuk masyarakat Islam yang bertanggungjawab serta peka
dengan cara pengurusan jenazah yang mengikut syariat Islam.Selain itu, program
ini memberi pengetahuan secara teori dan praktikal kepada para peserta sekaligus
memberi contoh secara visual ,memberi laluan kepada para peserta untuk
memperoleh idea bagaimana ia dijalankan dengan cara yang betul.

Program ini juga sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan panduan ke
arah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan
tuntutan agama dalam kehidupan mereka sebagai seorang Muslim.Peserta sasaran
bagi program ini adalah seramai 11 orang perantis.

2.0 MATLAMAT & OBJEKTIF PROGRAM

Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah supaya melatih dan memberi kefahaman
secara terperinci kepada peserta tentang ilmu kemahiran pengurusan jenazah. Di
samping untuk berkongsi kepada masyarakat bagaimana untuk mengurus jenazah
dengan betul jika berlaku kematian.

Objektif yang ingin dicapai daripada kursus ini adalah:

1. Mempraktikkan ilmu kemahiran Pengurusan Jenazah yang telah dipelajari


di dalam kelas sama ada dari segi teori dan praktikal kepada masyarakat.
2. Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta berkaitan
tatacara, adab-adab dan kaedah menguruskan jenazah secara teori dan
praktikal.
3. Melahirkan rasa tanggungjawab dan hubungan kerjasama antara peserta
berkaitan aspek fardhu kifayah.
3.0 KUMPULAN SASARAN

● Kumpulan: Ahli Kumpulan 2 Kursus Pengurusan Jenazah Sem 1 Set 2


● Umur: 19 tahun hingga 25 tahun
● Jumlah: 11 orang

4.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Pelaksanaan program ini adalah berasaskan teori dan praktikal.

Program ini dilaksanakan melalui pembahagian ahli untuk setiap bahagian tugas
seperti :
● Memotong kain kafan mengikut saiz jenazah.
● Memandikan jenazah.
● Mengkafankan jenazah.
● Solat jenazah.

5.0 TARIKH PROGRAM

Program Pengurusan Jenazah dicadangkan diadakan pada 14 Januari 2023 iaitu


pada hari Sabtu.

6.0 TENAGA PENGAJARAN

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kolej Ibrahim Yaakub, UKM.


Seramai satu (1) orang tenaga pengajar bertauliah.
7.0 IMPAK DAN KESAN PROGRAM YANG DIJALANKAN
1. Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai pengurusan jenazah dan
tuntutan menyempurnakannya.
2. Meningkatkan kefahaman pelajar dalam pengurusan jenazah mengikut
hukum syarak dan prosedur yang telah ditetapkan.
3. Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan ilmu pengetahuan
berkaitan pengurusan jenazah.
4. Memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan cara mengurus
jenazah secara praktikal.

8.0 PENUTUP

Kursus Program Pengurusan Jenazah ini merupakan kursus yang penting


untuk para pelajar kerana ia merupakan satu amali praktikal yang penting
sebagai persediaan kepada mereka. Disamping itu juga, diharapkan
program ini mampu memberikan ilmu yang bermanfaat kepada Muslim
sepanjang hayat mereka. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan
mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
9.0 TENTATIF PROGRAM

14HB JANUARI 2023 (SABTU)

8.00 Pagi : Sesi Pendaftaran Peserta

8.30 Pagi : Taklimat ringkas oleh Penyelaras Kursus Pengurusan Jenazah sesi
22/23

9.00 Pagi : Kursus Pengurusan Jenazah bermula (Slot 1)

-Tasmik Hafazan

11.00 Pagi : Menguruskan Jenazah (Teori) (Slot 2)

● Memotong kain kafan mengikut saiz jenazah.


● Memandikan jenazah.

1.00 Petang : Berhenti Rehat serta Makan Tengahari

1.30 Petang : Solat Zohor berjemaah

2.30 Petang : Pengurusan Jenazah ( Slot 3)


● Mengkafankan jenazah.
● Solat jenazah.
● Menguburkan jenazah ke liang lahad.
● Talkin.

4.15 Petang : Minum Petang dan solat asar berjemaah

5.00 Petang : Majlis Penutup dan pemberian cenderamata


10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan kertas kerja ini mendapat perhatian daripada Surau Kolej
Ibrahim Yaakob,UKM, Bangi dan seterusnya mempertimbangkan kelulusan untuk
program ini dijalankan di tempat berkenaan. Pihak kami mengharapkan PROGRAM
PENGURUSAN JENAZAH BAGI MUSLIMAT SESI 22/23 ini dapat direalisasikan
dengan jayanya bersama para pelajar lain.

Sekian , Terima Kasih.

Disediakan oleh ,
………………………………
Ketua Program Pengurusan Jenazah bagi kaum Muslimat (22/23)

Disahkan oleh ,

………………………………
Penyelaras Kursus Pengurusan Jenazah sesi 22/23

Anda mungkin juga menyukai