Anda di halaman 1dari 5

Lajnah Latihan dan Kaderisasi (LNK)

Sekretariat Sahabat YADIM Universiti Malaya (SSYUM)


Sesi 2016/2017
Nama Modul: Segalanya bermula dengan Peta Minda
Masa: 30 minit
Objektif:
Mendedahkan para peserta teknik mengingat dan memahami dengan
lebih efektif
Cara Pelaksanaan:
Fasilitator dikehendaki membaca petikan yang disediakan (lampiran)
dan meminta peserta membuat Peta Minda berdasarkan petikan
tersebut
Fasilitator dikehendaki menunjukkan cara-cara membuat peta minda.

PANDUAN UNTUK FASILITATOR
Langkah-langkah Membuat Peta Minda

Kenalpasti Konsep Utama


Mungkin tajuk bab atau tajuk kecil akan anda jadikan konsep utama
Tulis Tajuk Utama
Tulis tajuk utama nota itu di tengah-tengah nota. Kemudian lukiskan
kotak, bulatan atau sebagainya di sekeliling tajuk tersebut.
Cabangkan Tajuk Utama
Anda boleh membentuk cabang-cabang dari tajuk utama. Khaskan
satu isi utama kepada satu cabang. Seelok-eloknya cabang tidaklah
terlalu banyak. Hadkan sehingga 7 sahaja. Gunakan pen yang
berlainan warna untuk setiap cabang.
Memilih Kata
Pilihlah kata kunci yang paling sesuai, iaitu intipati kepada sesuatu
maklumat yang anda baca itu dan ia dapat membantu anda mudah
ingat dan tuliskan di cabang yang sesuai.
Membentuk Ranting
Bentukkan ranting-ranting dari cabang-cabang utama itu. Pilihlah
maklumat tambahan yang penting sahaja dan tuliskan.
Menambah Visual
Anda boleh lukiskan simbol atau ilustrasi yang sesuai untuk membantu
mengingat dengan mudah. Anda juga boleh tuliskan tajuk utama lebih
besar dari tajuk kecil dan isi tambahan. Simbol yang anda pilih pula
eloklah yang paling sesuai dengan peribadi anda. Jika sesuatu tajuk itu
ada kaitan, anda boleh gunakan anak panah atau gambarajah atau
corak bagi menjalin perkaitan itu.
Gunakan kreativiti
Hasilkan Nota Peta Minda yang unik agar anda mudah ingat. Buat nota
dengan pantas dan spontan. Buat dengan hati yang gembira.

Ibrah / Kesimpulan:
Para peserta dapat menambah input-input baru mengenai cara belajar
dengan lebih efisien menggunakan peta minda.
Pembelajaran menggunakan peta minda mampu memberi kesan atau
impak positif terhadap individu itu sendiri.

Nama Modul: Masa dan Kita


Masa: 30 minit
Objektif:
Cara Pelaksanaan:
1. Edarkan kertas A4 kepada setiap peserta.
2. Peserta diminta membuat jadual harian mereka. Contoh untuk hari
Rabu dan satu lagi untuk hari Sabtu.
3. Bincangkan dua atau tiga jadual daripada peserta untuk kedua-dua hari
tersebut. Satu hari persekolahan dan satu lagi hari cuti sekolah.
4. Penekanan diberikan kepada bagaimana peserta menggunakan
keutamaan masa setiap hari. Sebagai pelajar, waktu apakah yang
seharusnya diberikan keutamaan.
Ibrah/Kesimpulan:
- Menyedarkan peserta tentang pentingnya penggunaan masa yang betul,
apatah lagi sebagai pelajar.
- Kegagalan menggunakan masa yang betul akan menyebabkan peserta
menghadapi kesukaran di dalam menguruskan kehidupan khususnya
sebagai seorang pelajar.
- Sebagai muslim, Islam menekankan tentang penggunaan masa yang
betul dan dipenuhkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan positif.

Nama Modul: Jom Ingat!


Masa: 1 jam
Objektif:
1. Pelajar dapat membincangkan 7 langkah proses mengingat secara
berkesan
2. Pelajar berupaya membentuk kata kunci catch word dan catch
phrase dengan baik
Cara Pelaksanaan:

Pelajar diminta membuat relaksasi.


Fasi tayangkan flash cardsyang menunjukkan item barang
barang.
Pelajar di minta menyusun mengikut kumpulan barang.
ITEM ITEM
KAMBING SUSU KASUT
SUBANG SELIPAR RANTAI
THE LEMBU CINCIN
KERBAU KOPI STOKING

Minta pelajar mengingatkan item item itu dalam masa 1 minit.


Kemudian, minta mereka menyebut kembali barang barang itu.
Fasi berbincang dengan peseta tentang kelemahan dan kekuatan
diri untuk mengingat.
Fasi menerangkan proses mengingat kepada pelajar.
Ada 4 peringkat untuk mengingat:
- Mendaftar memasukkan dalam sel memori (registration) encording
- Mengekalkan dan menyimpan dalam sel memori (recitation)
- Mengingat kembali (recall) decording
- Mengaplikasi

(APLIKASI)
- Berazam bersungguh sungguh dalam mengingat
- Uji diri sendiri dalam mengulang bahan yang ingin di ingat
- Gunakan beberapa teknik untuk mengekalkan ingatan
- Luangkan masa untuk mengingat bagi setiap sesi belajar
- Belajar secara berlebihan
- Belajar kembali sebelum masuk tidur

Pelajar di minta mencari kata kunci dan tuliskan di atas kertas.


Contoh: catch word
S = Susun
A = Azam
U = Uji
T = Teknik
L = Luangkan
B = Berlebihan
T = Tidur
Contoh: catch phrase
S = Saya
A = Ada
U = Umpan
T = Tangkap
L = Lampan
B = Bawa
T = Tilam
Pelajar di beri 10 minit untuk mengingat bahan yang terdapat sama
ada pada kata kunci catch word atau phrase word
Mereka juga di minta menulis semula langkah untuk mengingat
dalam bentuk ayat yang lengkap.
Jika terdapat pelajar yang tidak dapat mengingat mereka di minta
membuat latihan relaksi dan cuba melalui proses mengingat sekali
lagi
PERBINCANGAN:
1. Bolehkah pelajar pelajar mengingat dengan baik?
2. Apakah cara mengingat yang berkesan?
3. Apakah halangan untuk mengingat?
4. Apakah faktor faktor yang boleh mempertingkatkan daya ingatan?
Ibrah/Kesimpulan:
Kata kunci boleh membantu untuk mengingat idea.
Teknik neumonik adalah satu kaedah yang di bentuk dengan
meletakkan ganbaran di kepala. Ia terbahagi kepada dua iaitu :
Catch word Dibentuk daripada huruf awal bagi setiap kata kunci. Ia
seperti satu kod atau akronim atau huruf singkat.
Phrase word Juga di bentuk daripada huruf awal bagi setiap kata kunci.
Daripada huruf awal itu pula ianya boleh dibentuk menjadi ayat ayat
yang menarik

Anda mungkin juga menyukai