Anda di halaman 1dari 3

Menulis Jawi di Komputer

Perkembangan teknologi maklumat dewasa ini memudahkan pengguna untuk menulis Jawi di komputer.
Pengguna tidak perlu lagi menggunakan perisian seperti multi-keys atau sebagainya untuk menulis Jawi.
Untuk menulis Jawi dengan baik, pengguna perlu ada empat komponen utama;

1. Sistem pengendalian yang menyokong Jawi. Semua sistem komputer selepas 2009 menyokong
Jawi dengan baik. Pengguna perlu menggunakan paling kurang Window 7. Sistem XP/Vista tidak
menyokong Jawi dengan baik.
2. Perisian yang menyokong tulisan kanan-ke-kiri. Perisian MS-WORDS 2007 keatas mempunyai
sokongan terhadap penulisan kanan-ke-kiri. Ini memudahkan menulis Jawi. MS-WORD 2003
mungkin mempunyai masalah dalam menulis sebahagian huruf Jawi.
3. Papan kekunci untuk huruf tambahan Jawi. Satu papan kekunci berasaskan papan kekunci Arab
telah diubah suai untuk memasukkan huruf tambahan Jawi. Papan kekunci ini boleh diperolehi
dari laman web;

http://www.jawiware.org/keyboard-untuk-jawi

Pasangkan papan kekunci dengan menggunakan arahan


a. Control Panel -> Clock, Language, and Region -> Change keyboards and other input
methods
b. Pilih “Change keyboard”, kemudian “Add” Arabic-Jawi papan kekunci.

(mungkin boleh rujuk pakar bagaimana untuk tambah papan kekunci).

Rujuk laman web ini untuk info;

http://masterpakpandir.wordpress.com/2011/01/05/cara-mudah-install-tulisan-jawi/

http://aponih.blogspot.com/2012/03/tutorial-2-download-dan-install-program.html

Pengguna akan mempunyai papan kekunci tambahan untuk Jawi. Tengok papan kekunci pada
taskbar.

4. Font untuk Jawi. Terdapat pelbagai font untuk Jawi. Font yang terbaik adalah berasaskan Times
New Roman atau MS Uighur. Kedua fonts ini terdapat pada sistem Window 7/Window 8 secara
percuma. Ia mempunyai kesemua huruf tambahan Jawi.

Perhatian: penggunakan fon seperti Jawi(a), K-jawi dan sebagainya seharusnya dielakkan. Kesemua
font ini dibangunkan pada awal 2000, dan menggunakan teknologi fon yang lama. Kita patut
berterima kasih kepada mereka yang telah bersusah payah dalam membangunkan font-font ini.
Namun, fon-fon ini tidak sesuai digunakan lagi kerana ia tidak serasi dengan sistem komputer
moden. Ada beberapa implikasi penggunaan fon-fon lama ini;

a. Tidak boleh lakukan operasi cut-copy-paste antara aplikasi di sistem komputer. Cuba
copy-cut-paste Jawi dari Ms-WORD yng menggunakan Jawi(a) kepada MS-Excel. Kami
rasa hasilnya tidak memuaskan.
b. Dokumen dalam fon ini tidak mudah alih. Pengguna lain perlu ada fon ini untuk tengok
dokumen.
c. Dokumen tidak boleh di simpan atau di arkibkan kerana fon ini bukan piawai.
d. Dokumen tidak boleh ditukar pada format untuk paparan di web. Perisian MS-WORD
2010/2013 mempunyai kemampuan untuk menukar sebarang dokumen kepada
dokumen berasaskan web. Jika menggunakan fon lama, ini tidak boleh dilakukan, hasil
dokumen web akan tidak terhasil dengan baik.

5. Kami belum pernah guna Jawi Biasa dan Jawi Biasa 2. Rasa-rasa ini fon lama yang hampir setara
dengan Times New Roman. Tengok sample di bawah.

6. Perubahan kepada sistem baru adalah sulit, tetapi adalah difikirkan untuk tempoh masa panjang
perubahan kepada penggunaan fon Times New Roman dan MS Uighur perlu dilakukan.
Penggunaan fon Jawi(a) dan selainnya perlu dikurang dan diberhentikan secara berperingkat. Ini
penting untuk memastikan dokumen Jawi akan sentiasa boleh dikongsi sama dan diguna pakai
oleh semua pihak.

Beberapa contoh tulisan jawi untuk perbandingan. Petikan khutbah Jakim.

Jawi Biasa (20pts)

‫ۏيسي ݢابوڠن چهاي ڤڠݢابوڠن فقير ڤاسوقن کاکق ݢاݢق کايو ڤوڽا امڤوڽا‬
‫ڽات‬

Times New Roman (20pts)

)‫ (چهاي‬cahaya )‫ (ݢابوڠن‬gabungan )‫ (ۏيسي‬visi


)‫ (ڤاسوقن‬pasukan )‫ (فقير‬fakir )‫ (ڤڠݢابوڠن‬penggabungan
)‫ (ڤوڽا‬punya )‫ (کايو‬kayu )‫ (ݢاݢق‬gagak )‫ (کاکق‬kakak
)‫ (ڽات‬nyata )‫ (امڤوڽا‬empunya
MS Uighur (20pts)
fakir )‫ (ڤڠݢابوڠن‬penggabungan )‫ (چهاي‬cahaya )‫ (ݢابوڠن‬gabungan )‫ (ۏيسي‬visi
)‫ (ڤوڽا‬punya )‫ (کايو‬kayu )‫ (ݢاݢق‬gagak )‫ (کاکق‬kakak )‫ (ڤاسوقن‬pasukan )‫(فقير‬
)‫ (ڽات‬nyata )‫ (امڤوڽا‬empunya

Lateff (20pts)

penggabungan )‫ (چهاي‬cahaya )‫ (ݢابوڠن‬gabungan )‫ (ۏيسي‬visi


gagak )‫ (کاکق‬kakak )‫ (ڤاسوقن‬pasukan )‫ (فقير‬fakir )‫(ڤڠݢابوڠن‬
)‫ (ڽات‬nyata )‫ (امڤوڽا‬empunya )‫ (ڤوڽا‬punya )‫ (کايو‬kayu )‫(ݢاݢق‬
Jawi(a) (20pts)

7. Maklumat lanjut tentang fon


a. Jawi Biasa adalah berasaskan fon Agfa Traditional Arabic Light, atau Traditional Arabic.
b. K-Jawi dan serupa dengan nya adalah tidak piawai.
c. Jawi(a) adalah tidak piawai.
d. DBP gunakan Jawi(a) sebahagian penulisan.
e. Khutbah JAKIM guna Jawi Biasa

zamri@ukm.edu.my

rumi-to-jawi.appspot.com

jawiware.org

Anda mungkin juga menyukai