Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Kelas Tambahan

Kelas tambahan bermaksud kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di luar
waktu persekolahan atau ketima musim cuti sekolah.Ketika ini, kelas tambahan seakan-akan
menjadi suatu kewajipan bagi mana-mana sekolah. Pihak ibu bapa pula beranggapan kelas
tambahan ini perlu bagi meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak.
Kelas tambahan ini biasanya menjadi pilihan utama ibu bapa kerana kelas ini boleh
diikuti oleh murid-murid secara percuma. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos
perbelanjaan ibu bapa. Tambahan pula, tenaga pengajarnya pula terdiri daripada guru-guru
sekolah itu sendiri.
Selain itu, kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan
tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini
juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman kepada murid untuk
menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya. Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas
tambahan berupaya memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi
peperiksaan pula.
Di samping itu, kelas tambahan yang dijalankan biasanya memberikan lebih
kefahaman kepada murid-murid. Murid-murid yang lemah akan diberikan lebih tumpuan
kerana kelas ini tidak menekankan silibus. Oleh itu, kelas tambahan banyak membantu muridmurid sederhana dan lemah untuk menguasai kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran.
Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan
aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa
menyukarkan murid-murid untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu. Ini
dapat menghalang mereka terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan
menghabiskan masa menonton televisyen.
Kesimpulannya, Kelas tambahan banyak menberikan manfaat. Oleh itu, ibu bapa harus
menggalakkan anak-anak mengikuti kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka
cerah.

Anda mungkin juga menyukai