Anda di halaman 1dari 3

Kaedah menghafaz Al-Quran

Kaedah nak hafaz Al-Quran nie diperolehi dan rujukan daripada Ustaz Mohd Shafie AlHafiz dari Al_Hufaz Enterprise, sebuah konsultant yang sering menganjurkan seminar
berkaitan cara menghafaz Al-Quran. Selamat mencubainsyaALLAH

Persiapan Menghafaz Al_Quran :


Semangat yang kuat, memperbanyak-kan doa kepada Allah serta mendekatkan diri
kepada Allah dengan memperbanyak-kan amalan baik dan menjauhi maksiat
Bagi ibu-bapa, bersungguh-sungguh mendidik anak ke arah itu. Kaedah hafazan
ini sesuai untul peringkat umur dari 5 tahun ke atas.
a. Persiapan Mental
Perlu ditanamkan di dalam jiwa kita akan keagungan Al_Quran iaitu meyakinkan
diri bahawa kita sedang melakukan sesuatu perbuatan atau amalan yang sangat
mulia.
b. Ihtimam Terhadap Al_Quran
Sikap Ihtimam (perhatian penuh) akan mendorong untuk istiqamah di dalam
proses menghafaz walaupun menghadapi rintangan besar.
c. Pandai Mengatur Waktu
Sekiranya kepentingan Al_Quran telah termaktub di dalam jiwa kita, Insya_Allah
kita akan dapat mengatur waktu walau bagaimana sibuk sekalipun.
d. Tabah & Sabar Menghadapi Kesulitan Menghafaz
Allah swt mengurniakan hikmah dan mewariskan kitab_Nya kepada hambahamba_NYa yang bersungguh-sungguh, yakin & sabar di dalam menghadapi
rintangan-rintangan di dalam menghafaz Al_Quran.
Firman Allah swt "Kemudian Kami wariskan kitab ini kepada hamba-hamba yang Kami
pilih..." (Surah Al_Faathir : 32)

Kaedah atau panduan nak hafaz Al-Quran adalah seperti berikut:

1.
Sebagai contoh, kita nak hafaz SurahAd-dhuha. Surah ini ada 4 ayat. Sediakan
jadual seperti di bawah sebagai panduan dan catatan progress hafazan kita.Buat ulangan
60 X

Mengapa 60 kali pembacaan, ulangan atau hafazan sesuatu ayat?


Menurut Ustaz Mohd. Shafie Al_Hafiz, otak manusia boleh mengingati sesuatu
maklumat secara kukuh dengan pembacaan, ulangan atau hafalan sebanyak 120 kali.
Walaubagaimanapun, 60 kali pembacaan, ulangan atau hafalan sudah dikira memadai
untuk diterima oleh otak manusia. Jikalau anda berupaya untuk membuat pembacaan,
ulangan atau hafalan sebanyak 120 kali atupun lebih adalah satu kelebihan buat diri anda
sendiri. Ianya bergantung kepada keupayaan diri masing-masing. Wallahuaklam

Beberapa pengajaran lain yang diperolehi daripada seminar yang disampaikan oleh Ustaz
Mohd. Shafie Al_Hafiz adalah seperti berikut :
a. Menghafaz itu mudah
Kaedah yang betul, memudahkan lagi penghafazan Al_Quran.
Firman Allah swt "Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al_Quran untuk pelajaran,
maka adakah orang yang mengambil pelajaran ?" (Surah Al_Qamar :17)
b. Istiqamah
Melatih kita berkekalan (Istiqamah) di dakam amalan kebaikan walaupun sedikit.
Tanda Istiqamah ialah kita berterusan di dalam amalan kita walau bagaimana
susah sekalipun.
Jikalau kita sanggup beristiqamah di dalam perkerjaan, kita tiada alasan tidak
boleh beristiqamah di dalam menghafaz Al_Quran yang mana menjanjikan
kebaikan yang banyak.
c. Bersabar
Melatih kita menghargai sesuatu benda yang sedikit, tidak tergopoh-gapah untuk
mendapatkan sesuatu yakni menundukkan sifat keluh kesah, kerana konsep
menghafaz Al_Quran ini adalah biar sedikit asalkan dapat dipegang hafalan itu
dengan kuat & kukuh.
d. Mengasah Akal & Memberi Kekuatan Minda
Melatih akal fikiran kita memberi tumpuan sepenuhnya kepada sesuatu subjek
bagi menguasainya. Menghafaz Al_Quran perlu kepada minda segar dan tumpuan
yang tidak berbelah bahagi. Latihan seperti ini amat berharga kepada kita kerana
ianya memberi kekuatan minda yang mana Insya Allah kita berupaya menguasai
perkara-perkara lain dengan mudah dan cepat.
e. Menanamkan Sifat Merendah Diri
Menanamkan sifat merendah diri, kerana menyedari bahawa tanpa pertolongan
Allah swt, kita tidak akan berjaya meletak-kan Al_Quran di dalam hati kita. Ini
mengajar kita sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan, tidak
takabbur di atas kelebihan yang diberikan oleh Allah swt kepada kita, samada dari

segi kepandaian, kekayaan dll.


f. Melatih Menghargai Masa
Aktiviti lagha (lalai) dapat dikurangkan , jika ianya tidak dapat dihentikan
sepenuhnya.
Al_Quran yang dihafaz boleh dibaca pada bila-bila masa seperti di dalam kereta,
waktu berjalan, berzikir dll.
g. Sifat Kerisauan Terhadap Al_Quran
Penghafaz Al_Quran akan merasa risau jika sekiranya Al_Quran tidak diulang. Perasaan
ini adalah merupakan satu rahmat yang besar yang dikurniakan oleh Allah swt kepadanya.

Sebab_Sebab Lupa :
Hafazan baru yang tidak betul-betul mantap.
Bilangan ayat Al_Quran yang dihafaz pada sesuatu masa terlalu banyak.
Tiada jadual mengulang hafazan yang sistematik.

Maksiat yang dilakukan

Anda mungkin juga menyukai