Anda di halaman 1dari 21

TEMA HARI GURU

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TAFSIRAN TEMA HARI GURU 1992


"GURU TERAS KEUNGGULAN NEGARA DAN BANGSA."
Kita perlu memandang kehadapan untuk kebahagiaan generasi akan datang di negara yang
berdaulat. Sebuah negara yang unggul berhasil mengwujudkan satu ketamadunan yang
mempunyai masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi berilmu, beriman serta berakhlak
mulia. Untuk mencapai pembentukkan ketamadunan memerlukan kesegaran budaya
berfikirkearah mengwujudkan rakyat yang bertanggungjawab serta pengukuhan akidah.
Mentradisikan budaya berfikir merupakan anak kunci bagi kemajuan dan keunggulan sesebuah
negara.
Pendidikan adalah wadah bagi pembentukkan manusia dan ilmu. la seharusnya mendokong
hasrat pembangunan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. llmu
bukan sekadar maklumat. Malah prasyarat llmu ialah kebenaran maklumat disampmg
membawa makna kepada pemiliknya.
Kecemerlangan akademik belum bererti bermakna kecemedangan kehidupan. Semata
kecerdasan otak, kemahiran teknologi belum dapat melindungi manusia daripada Sifat-sifat
kehaiwanan. llmu yang memuncak tanpa iman dan hidayah llahi boleh mendorong manusia
menjadi makhluk pin tar tetapi perosak dan berbahaya. lnsan yang berkemahiran dan
berakhlak mulia adalah. lhsan yang diharap mampu memanfaatkan ciptaan Allah untuk
kepenthgan manusia sejagat. Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah manusia adalah
berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman.
Untuk mengwujudkan dan menjamin kesepaduan llmu, amal dan iman maka adalah pedu dia
dun secara berterusan satu teras yang kukoh dikalangan manusia. Dalam proses ini para
pendidik mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik,
meninggikan adab, serta sikap murni yang diredhai Allah, memberi petunjuk kearah jalan yang
benar dan sebagai pemmdahcara proses pembelajaran.
Sejauh mana teras ini mampu dikukuh dan disepadukan maka sejauh itulahjuga kesan nya
keatas keunggulan negara.
TAFSIRAN TEMA HARI GURU 1993
"GURU DEDIKASI NEGARA TERPUJI"
Kegemilangan negara bergantung kepada kualiti sumber manusia serta tahap pendidikan
sebagai teras kepada pembangunan serta kemajuan negara yang landasannya dimulakan oleh
guru-guru. Peranan para guru paling strategik dalam menentukan masa depan negara dan
bangsa.
Sebaik manapun sesuatu sistem pendidikan itu dibentuk, ia tidak akan mencapai tujuannya jika
guru-guru merupakan agen dan penggerak utama dalam proses pendidikan tidak memiliki sikap
dedikasi dan komitmen terhadap profesion perguruan yang merupakan tugas dan sekaligus
amanah yang wajib ditunaikan dengan sebaik-baiknya. Perasaan tanggungjawab lahir dari hati
yang luhur dan ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahu Wataala kerana dedikasi dan
komitmen ada hubungannya dengan iman.
Guru-guru jelas memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan generasi yang
berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu, bertakwa dan berakhlak selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara bagi membawa negara ini ke hadapan pada tahap pencapaian yang
setanding dengan bangsa-bangsa yang maju. Pendidik yang dedikasi bukan sahaja menjalankan
tugasnya dengan berkesan malah sentiasa mencari jalan menambah ilmu dan kemahirannya
untuk meningkatkan kecekapan dalam pengajaran dan peka terhadap perkembangan
profesionnya di samping tidak mengabaikan tugas sosial terhadap masyarakat.
Oleh itu, hanya guru-guru dedikasi yang mengambil berat tentang pelajar-pelajarnya dapat
memberikan sumbangan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai negara yang terpuji
yang terkenal dengan tradisi intelek, cemerlang dalam bidang sosioekonomi dan budaya serta
mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi.
TAFSIRAN TEMA HARI GURU 1994
"KETAQWAAN GURU ASAS KESEMPURNAAN PENDIDIKAN"
Guru merupakan kumpulan pendidik yang diamanatkan serangkai aktiviti mengajar, mengawas,
membimbing, melatih, menilai dan lain-lain. Dengan niat dan hasrat untuk menuju kepada
matlamat untuk membina warga muda sehingga menjadi insan dewasa yang mampu memenuhi
aspirasi bangsa. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, matlamat yang mesti dicapai ialah
penghasilan insan Melayu Islam Beraja, inilah aspirasi negara yang telah memasyhurkan Melayu
Islam Beraja sebagai falsafahnya.
Sesuai dengan kedudukannya sebagai komponen teras kepada MIB, Islam menjadi titik awal dan
titik akhir. Keunggulan Islam itu terletak di dalam beberapa perkara, satu daripadanya ialah
ihsan, iaitu melakukan sesuatu aktiviti dengan penuh kesedaran bahawa Allah ada di
hadapannya, sentiasa memerhatikan segala tindak-tanduknya walaupun tidak dapat dilihat
dengan mata. Tidak sahaja perbuatan lahiriah, bahkan pemikiran yang masih herada di dalam
lipatan hati pun Allah Maha Mengetahui. Kesedaran ihsan inilah yang melahirkan Taqwa, iaitu
kesungguhan mentaati suruhan dan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya serta ketakutan
pada azab Allah.
Dengan itu guru yang bertaqwa pasti bertindak dengan sewajarnya tanpa perlu diawasi atau
diselia. Dalam menjalankan tugas menyebarkan ilmu, setentunya dia mempunyai inisiatif dan
sentiasa berusaha mencari kebenaran dan mengenal kebatilan lalu menunjukkan kepada anak
muridnya mana hak dan mana yang batil. Kesedarannya terhadap perintah, galakan, amaran,
dan larangan Allah, akan menjadikan dia seorang yang peka terhadap hasil pergolakan dunia
yang begini pesat serta berwaspada terhadap peresapan anasir-anasir yang tidak dingini di
sebalik kemodenan dan kemajuan dunia.
Seterusnya dia akan mempunyai peribadi yang seimbang dalam pemikiran dan tindakan.
Ketakutannya kepada azab Allah pasti menjadikan mereka bekerja dengan penuh dedikasi dan
progresif. Dia tidak sahaja menyebarkan ilmu bahkan menjadi model peribadi yang akan
diteladani oleh para pelajar serta orang sekelilingnya, di samping itu kepimpinan mereka
kejalan yang diredai tidak perlu dipertikaikan lagi walau dalam lapangan apa sekalipun.
Inilah antara ciri guru yang sempurna, yang kita yakin dapat membentuk warga muda kita
hingga dewasanya nanti menjadi warganegara yang dicita-citakan. Guru yang sedemikian
sifatnya tidak akan terjelma dan kalangan guru yang tidak bertaqwa. Dengan itu jelaslah
bahawa ketaqwaan guru asas kesempurnaan pendidikan.
Tidak dapat dinafikan hahawa taqwa adalah satu konsep Islam, iaitu sebuah ugama tauhid,
yang bertuhankan Allah semata-mata. Namun demikian, amalan bekerja yang berdasarkan sifat
taqwa boleh dilakukan oleh sesiapa saja, sifat taqwa yang ada dalam diri guru-guru, akan
menjamin mereka itu dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna, kerana
keinsafan berasaskan taqwa itu merupakan satu daya penggerak utama kepada kesempurnaan
pendidikan.
TAPSIRAN TEMA HARI QURU 1995
"KE ARAH PENGLAHIRAN GURU AHLUT-TAQWA"
Ahlut-Taqwa bermaksud orang yang kepercayaan, pemikiran, sikap, pegangan dan tindakannya
sentiasa berpandukan perintah dan larangan Allah, dengan iltizam untuk mentaati perintah dan
menghindari larangan itu, sekali gus mengikut sunnah rasul-Nya. Orang yang bertaqwa tidak
hanya mempunyai kesediaan untuk mempercayai sesuatu yang nyata, yang dapat dikesan oleh
panca indera serta dapat dibuktikan secara emfirikal; bahkan ia semestinya mempunyai
kesediaan untuk mempercayai kewujudan hal-hal yang tersembunyi, yakni yang ghaib dan tidak
dapat dikesan oleh panca indera. Antaranya, yang sama sekali tidak dapat dinafikan ialah kuasa
teragung atau maha kuasa, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Dengan penjelasan di atas maka Guru Ahlut-Taqwa bermaksud pengamal profesyen keguruan
yang mempunyai sekurang-kurangnya empat ciri sahsiah yang utama:
1. Ia mempunyai iltizam atau keazaman yang kental untuk meletakkan Allah di atas segala
yang lain.
2. Ia mempunyai kegigihan untuk terus-menerus mempelajari segala perintah dan larangan
Allah, serta mencari hikmah dan mengambil iktibar dan apa sahaja peristiwa alamiah,
yakni yang berlaku di alammi, dan peristiwa insaniah, yakni yang melibatkan manusia,
untuk dijadikan landasan pemikiran dan tindakan dalam kerjayanya.
3. Ia mempunyai kefahaman yang jitu tentang matlamat pendidikan dalam setiap
pengajaran dan sentiasa berusaha mencapainya hingga ke tahap maksimum.
4. Dalam melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat pendidikan, ia mempunyai
kebijaksanaan untuk memilih strategi yang terbaik.
Penglahiran guru ahlut-taqwa bermaksud usaha menjadi setiap pengamal profesyen keguruan
menghayati sifat-sifat ahlut-taqwa dengan menanamkan dan rnenyuburkan keempat-empat ciri
yang dinyatakan di atas tadi. Usaha mi perlu melibatkan banyak pihak. Di satu pihak, wajib ada
kumpulan yang sentiasa memperingatkan, menyeru dan meniupkan semangat sehingga para
guru dapat memenuhi ciri pertama. Di pihak yang lain wajib ada kumpulan yang membimbing
dan menunjukkan kepada para pendidik sehingga mereka dapat memenuhi ciri kedua. Satu
pihak lagi, khususnya institusi-institusi pengajian, wajib mengikhtiarkan supaya ciri ketiga dan
keempat di atas tadi dapat ditanam dan disuburkan di dalam din setiap guru, baik yang sedang
di dalam latihan mahupun yang sudah terlatih.
Pihak kerajaan sudah memberikan pelbagai kemudahan, baik fizikal mahupun personnel dan
akan terus berbuat demikian bagi memenuhi keperluan negara Maka pihak guru sendiri wajib
bersikap lapang dada dan bersedia untuk meningkatkan kefahaman masing-masing dengan
sepenuh keikhlasan, tanpa mengharapkan imbalan keduniaan atau material, lalu
menjadikannya pegangan selama mereka bergelar guru.
Hanya dengan penglibatan semua pihak serta dengan izin Allah tema Hari Guru tahun ini dapat
dijadikan suatu kenyataan, insya-Allah.

TEMA HARI GURU 1996


KE ARAH PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA
Dalam menghadapi arus kemajuan dan cabaran abad ke-21, keperluan terhadap pembentukan
akhlak mulia semakin mendesak memandangkan masalah-masalah sosial timbul selari dengan
perkembangan ekonomi dan kepesatan kemajuan dunia. Bermula dari masalah disiplin di
peringkat persekolahan seperti ponteng, merokok, penghiduan bahan-bahan inhalan dan
penyalahgunaan dadah hinggalah kepada jenayah kolar putih di kalangan golongan yang
berpendidikan, seperti skandal pecah amanah, rasuah dan penipuan. Fenomena negatif
seumpama ini menjadi suatu kepincangan yang perlu dibendung dari peringkat awal lagi.
Dengan demikian, akhlak mulia dalam kehidupan perlu diwujudkan dalam rangka membentuk
Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja yang benar-benar unggul
dan maju dalam segenap bidang terutamanya melalui pendidikan dengan mengutamakan
kecemerlangan ilmu dan akhlak. Perilaku buruk dan perlakuan jenayah adalah sifat yang lahir
dari akhlak tercela. Masalah ini dapat ditangani dengan adanya kesepaduan antara ilmu dan
pembentukan akhlak yang mulia dalam diri pelajar-pelajar. Dengan adanya kesepaduan ini
maka tujuan hidup akan dapat dicapai dengan sebaik-baiknya, sesuai dengan firman Allah
Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Imran ayat 110 yang berrnaksud: "Kamu adalah umat yang
terbaik untuk manusia, menuju kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman
kepada Allah".
Kegagalan dalarn membentuk masyarakat yang berakhlak mulia samalah seperti mengakibatkan
kehancuran pada bumi ini, seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Rumi
ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di
laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleb tangan manusia. (Timbulnya yang demikian)
kerana Allah hendak merosakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk
yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".
Dalam hubungan ini, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi asas yang dilakukan
oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika mula membina masyarakat Islam selepas
peristiwa hijrah, iaitu dengan membentuk Al-Akhlak Al-Karimah atau akhlak yang mulia. Seperti
mana yang dijelaskan oleh Baginda:
Ertinya:
"Sesungguunya Aku diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak Yang Mulia". (Riwayat Ahmad dan
Al-Hakim).
Dan penjelasan Baginda dalam hadis yang lain:
Ertinya:
"Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang baik". (Riwayat
Abu Daud dan Turmuzi).
'Akhlak' berasal dan kata jama' Bahasa Arab 'Akhlaq' dan kata mufradnya ialah 'Khulqu' yang
bererti perangai, budi, tabiat dan adab. Akhlak terbahagi kepada dua iaitu Akhlak Yang Mulia
atau Akhlak Yang Terpuji (Al-Akhlak Mahmudah) dan Akhlak Yang Buruk atau Akhlak Yang
Tercela (Al-Akhlak Mazmumah). Jadi, manusia dengan segala sifat azalinya, yang sering
terlupa dan tidak lekang dan dosa, akan memiliki sama ada akhlak mulia atau akhlak tercela.
Akhlak yang mulia, mengikut Imam Ghazali ada 4 perkara; iaitu bijaksana, memelihara din
dari sesuatu yang tidak baik, keberanian (menundukkan kekuatan hawa nafsu) dan bersifat
adil. Jelasnya, ia merangkumi sifat-sifat seperti berbakti pada keluarga dan negara, hidup
bermasyarakat dan bersilaturahim, berani mempertahankan maruah agama, sentiasa
bersyukur dan berterima kasih, reda dengan kesengsaraan, bercakap benar dan sebagainya.
Masyarakat dan bangsa yang memiliki akhlak mulia adalah penggerak ke arah pembinaan
tamadun dan kejayaan yang diredai oleh Allah Subhanahu Wataala. Seperti kata pepatah
seorang penyair Mesir, Syauqi Bei: "Hanya saja bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila
akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu".
Salah satu cara yang terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan
"Qudwah Hasanah" atau contoh tauladan yang baik. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat
amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan sikap
suka membantu serta membimbing dan berperanan sebagai 'role model' kepada pelajar-
pelajar. Antara aspek terpenting yang harus diambil perhatian ialah penampilan dan sikap
guru itu sendiri terhadap konsep berilmu, beramal dan berakhlak yang sebenar-benarnya.
Bagaimanapun, tanggungjawab dalam menjayakan misi "Ke arah Pembentukan Akhlak Mulia"
bukanlah terhad kepada para guru sahaja malah melibatkan kerjasama daripada semua pihak
terutama para ibu bapa.

TAFSIRAN TEMA HARI GURU KALI KETUJUH 1997


"GURUKU MASA DEPANKU"
Umpama kain putih yang memerlukan pemiharaan untuk menjamin keputihannya, begitulah
juga fitrah kanak-kanak perlu dipelihara kemurniannya melalui proses pendidikan yang mantap.
Setiap murid mempunyai daya penguasaan dan pembelajaran yang berbeza. Guru haruslah
bijak dalam mengambil kira kecerdasan anak-anak didikannya. Seseorang murid yang ditunjuk
ajar dengan kaedah yang sesuai dengan kemampuannya akan cerdas belajar sejajar dengan
peringkat penguasaannya.
Begitulah juga dengan kebijaksanaan menyampaikan isi-isi pengajaran yang menjurus kepada
penyuburan nilai-nilai mulia kemanusiaan bagi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Untuk ini
adalah perlu kaum pendidik sentiasa berusaha meningkatkan kecerdasan mereka seluas-luasnya
baik dalam bidang ilmu pengkhususan masing-masing mahupun lain-lain bidang yang berkaitan
dengan proses mentarbiah anak-anak didikan.
Pendidikan awal akan banyak mempengaruhi masa depan murid. Di peringkat inilah yang paling
berkesan untuk membimbing kanak-kanak kerana mereka berada dalam keadaan lembut dan
terang hati untuk menerima bimbingan.
Sebagai seorang pembimbing seseorang pendidik sayugia berusaha menjadikan dirinya sebagai
seorang insan contoh yang berilmu, berhemah tinggi, digalati dan mempunyai integriti kerana
tingkah laku dan pembawaannya sentiasa terdedah kepada pengamatan murid-murid yang
diajar.
Peranan mendidik seharusnya disedari sebagai tanggungjawab bersama. Pendidikan awal
bermula di peringkat keluarga, dan selepas waktu persekolahan pelajar-pelajar kembali kepada
suasana keluarga. Dan itu adalah mustahak pihak ibu bapa/penjaga khususnya, institusi-
institusi sosial, media massa, dan lain-lain agensi secara kumpulan sentiasa peka dengan
keperluan menanamkan nilai-nilai pendidikan yang menyumbang kepada kesuburan
kelangsungan pendidikan kanak-kanak remaja.
Dalam era globalisasi, negara ini turut menerima kesan-kesan kemajuan yang dicapai oleh
negara-negara lain. Pengukuhan kemantapan kewibawaan rakyat lebih tercabar disebabkan
kesan-kesan negatif yang timbul hasil dan dapatan I kemajuan luaran yang menghakis
kemurnian nilai-nilai kemanusiaan yang diredai. Persekitaran yang lebih islamik perlu
diwujudkan kerana ianya memberikan pengaruh yang besar kepada kanak-kanak I remaja. Ini
perlu untuk menjamin kesinambungan kesejahteraan masa depan kanak-kanak yang dicatat
oleh guru-guru mereka.

HURAIAN TEMA HARI GURU 1998


MENDIDIK DENGAN IRINGAN DOA
Mendidik bermaksud menjaga, memelihara, melatih dan mengajar. Orang yang diamanahkan
untuk tujuan tersebut di inStituSi-institusi pendidikan formal adalah guru-guru atau pendidik.
Peranan pendidik ialah member atau menyampaikan ilmu; membentuk peribadi dan akhlak;
menjadi contoh dan teladan; mengawas: melatih; menilai dan memperbaiki pelajar.

Tugas menyampaikan ilmu ba9i para pendidik merupakan tugas dan tanggun9jawab yaflg san9at
besar kerana menunaikan amanah Allah seperti maksud hadis ~asulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam:
'Setiap oran9 dan kamu ada tan99£In9an di bawahnya, dan se flap yan9 ada tan99un9an
bePtan99un9jawab terhadap oran~ di bawahnya".
Guru sebaga pendidik adalah 'role model' terbaik dalam pembentukan mutu insan mengikut
calak 8runei yang berlandaskan falsafah negara Melayu Islam Beraja. 3usteru, sebagai cermin
dan pembangun masyarakat, setiap individu guru sewajarnya meningkatkan kecekapan din
dengan sahsiah yang terpuji di samping memiliki kesepaduan ilmu dunia dan akhirat. mi adalah
kerana semua gerak geri, tutur kata dan tingkah laku guru akan sentiasa menjadi ikutan para
pelajar khasnya dan masyarakat sekeliling amnya.
bi samping membimbing para pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan kehidupan akhirat,
guru juga adalah tunjang pembina insan yang berakhlak mulia, mencinta ilmu, prihatin,
berdaya saing, bertanggungjawab, berbudaya, berugama, beriman dan bertakwa sepanjang
hayat.
Walau apapun bentuk usaha yang dilakukan yang menentukan kejayaan itu sebenarnya adalah
Allah 5ubhanahu Wataala. balam hubungan in peranan doa adalah sangat besar.

boa adalah ibadah dan merupakan senjata orang mukmin. boa guru untuk pelajar-pelajor
adalah sangat utama dalam usaha pembinaan inson. Pendidikan merupakan medan jihad dalam
pembentukan manusia.

~erdoo kepada Allah hendaklah dengan sepenuh hat seperti maksud hadis:

"B~ia kamu mohon sesuatu kepada Allah Subhanahu ~ataa/a, maka mohon/ah den 9an penuh
keyakrnan bahawa doamu akan terkabul Allah tidak akan rflen9abu/kan doa oran~ yan9 ha tin
ya /a/ai dan /en~ah".

Terdopat bonyak kelebihan doa dan menurut ~asululloh 5allallahu Alaihi Wasallam:"Tidak ada
yang' /ebih utarna (mu/ia) di sisi Allah daripada doa".

"Sesiapa tidak (pernah) berdoa kepada Allah maka Allah murka kepadanya".

"Sesung'g'uhnya Allah Alaha Pema/u dan ~aha Muran kati. Allah ma/u bila ada hamba-Nya yang'
menadahkan tang'an (memohon kepada-Nya) Ia/u dibiarkan koson9 dan kecewa".

Apabilo segala usoha yang menggunakon pelbago pendekatan pengojaran yang bersesualan
telah dilakukan, maka guru-guru sewajornya bertawakal dan berdoa kepada Allah Subhanohu
Wotoalo supaya pendidikan yang diberikan itu mendapat keberkatan don keredaan-Nya.
TAFSIRAN TEMA HARI GURU TAHUN 1999
"GURU CEMERLANG NEGARA GEMILANG"
Kegemilangan negara bukan hanya disukat don neraca ekonomi seperti per kapita penduduknya
atau Pengeluaran Negara Kasar, (GNP) yang tinggi, akan tetapi ciri-ciri yang lebih menonjol dan
'significant' perlu juga diambil kira.

bi antara ciri-ciri negara gemilang ialah ianya mempunyai tamadun dan kebudayaon yang
tinggi; ekonomi yang stabil; kemakmuran yang berkat; pusat ilmu yang cemerlang; rakyat yang
berdisipi in, berilmu, bersatu padu dan tahan menghadapi cabaran; negaro yang oman
sejahtera serta sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk Allah.

Untuk mencapa kegemilangan sesebuah negara memerlukan kepada kesungguhan dan


ketekunan yang tinggi. Sebuah negara tidak akan dapat mencapai kegemilangan tanpa rakyat
yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi bagi memangkin dan menggerakmajukannya.

5ejarah telah membuktikan bahawa kegemilangan sesebuah negara bergantung kepada


kecemerlangan rakyatnya. ~agi mewujudkan kegemilangan tersebut, orang yang paling
berperanan besar untuk mendidik rakyat menjadi cemerlang ialah guru.

Seorang guru akan dapat membentuk peribadi insan yang sempurna sekiranya dia mengambil
contoh tauladan dan metode dan cara penyampaian ilmu oleh Rasul"llah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam. Penyampaian ilmu pengetahuan melalui hikmat kebijaksanaan dan contoh tauladan
melalui keperibadian telah menjadikan Nabi 5allallahu 'Alaihi Wasallam sebagai seorang Rasul,
pemimpin negara, ketua keluarga dan guru yang cemerlang dalam kehidupan. Oleh sebab itu,
baginda telah dapat mewujudkan suasana yang stabil dan kukuh bukan sahaja dalam
rumahtangga bahkan juga agama dan negara.

Rahsia kecemerlangan tersebut banyak dipancarkan melalui kewibawaan peribodi dan akhlak
baginda dalam segenap lapangan. Walaupun bukan mudah untuk mencapa kegemilangan kerana
perjuangan baginda penuh dengan rintangan, tapi akhirnya baginda telah berjaya membuktikan
kepada dunia bahawa baginda mampu memimpin umat Islam, yang kesannya tidak akan hilang
hingga akhir zaman.

Untuk menjadi guru yang cemerlang seseorang itu hendaklah berilmu tinggi, sentiasa mencari
jalan menambah ilmu dan kemahirannya untuk meningkatkan kecekapan dalam pengajarannya.
Ciri-ciri kecemerlangan itu juga menuntut seseorang itu peka akan kemajuan sains, teknologi
dan perkembangan dalam bidang pengkhususannya supaya dapat dimanfaatkannya dalam
proses pengajarannya.

Walau bagaimanapun kecemerlangan bukan hanya disukat dan segi keilmuan dan kemahiran
seseorang tetapi meliputi aspek-aspek keperibadian yang mulia dan suci di sisi Allah Subhanahu
Watoala seperti berakhlak mulia, jujur, ikhlas, amanah, bertimbang rosa dan dedikasi dalam
perkhidmatannya kepada bangsa dan negara.

balam pada itu sumbangan para pendidik yang terdahulu adalah 0505 yang penting dalam
pencapaian kecemerlangan negara masa kini dan masa hadapan. 5emangat perjuangan dan
pengorbanan mereka barang setentunya menjadi sumber inspirasi yang berterusan kepada para
pendidik menuju ke arah kecemerlangan.

Antara lain ganjaran yang diperolehi oleh seorang guru ialah sebagaimana yang tersebut dalam
sebuah hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah,
bermaksud
"5esiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu, maka ia mendapat pahala orang yang mengamalkan
ilmu tersebut, pahalanya tidak kurang sedikitpun dan pahala orang tersebut."

boom hadis yang lain riwoyat al-Imam at-Tirmizi, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam
bersabda:

"Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut
yang ada di dalam liangnya dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yang
mengojarkan kebaikan kepada manusia."

Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan


TEMA HARI GURU 2004
Northcote Parkinson dalam tulisannya mengatakan bahawa kecemerlangan akan
terhasil jika kita sanggup membuat sesuatu yang berlainan daripada biasa. Saya
berpendirian seperti beliau tetapi saya mengistilahkannya sebagai MAD atau “Make A
Different”. Jika dengan menurut jejak-jejak yang lalu tidak memungkinkan kita
cemerlang, maka kita perlu menyimpang untuk mencari alternatif lain yang lebih
praktikal. Itulah intipati MAD yang saya maksudkan. Namun, dalam keghairahan
membuat kelainan semata-semata untuk menyahut seruan, jangan pula kita semua
mengenepikan norma komuniti, agama dan peraturan organisasi. Dengan lain
perkataan, jangan sampai menimbulkan implikasi-implikasi yang memudaratkan imej
dan kredibiliti kepemimpinan serta imej pendidikan.

Namun untuk berjaya, kita semua perlu berubah dan untuk memulakan perubahan itu
pula, kita mestilah meneroka dalam diri dan organisasi kita untuk mencari kekuatan,
kelemahan dan ancaman yang ada. Dengan kata lain, perlu ada unsur-unsur "SELF-
RENEWAL" (pemugara kendiri). Janganlah hendaknya kita mengajar diri kita menilai
sesuatu keputusan untuk berubah itu menerusi dimensi yang sempit tetapi semestinya
perlu bersikap imiginatif dan praktikal. Jika kita berjaya melihat daripada perspektif
yang lebih global dan positif maka aspirasi pihak pengurusan berupaya diterjemahkan
dalam tindakan yang lebih bermakna. Tuan-tuan dan puan-puan perlu ingat bahawa
tuntutan semasa memerlukan kita berubah.

Keengganan dan kelewatan kita membuat "self-renewal" menyebabkan fenomena


"academic deficit", "leadership deficit", "mental deficit' dan "intellectual deficit" akan
berterusan sambil melenyapkan impian menggemilangkan negeri Perak. Fenomena ini
amat merugikan diri dan organisasi kerana bila tiba ketika untuk berubah, masanya
sudah agak terlambat. Janganlah menjadi seperti apa yang digambarkan dalam
peribahasa, "kita baru mencapai pengayuh, orang sudah sampai ke seberang sana".
Jadi, berubahlah sekarang, jika perubahan itu memperlihatkan kemungkinan untuk
berjaya. Terma-terma seperti "re-invent", "re-focus","re-engineering","re-bulding" dan
"sharpen your saw" perlu dijadikan satu keutamaan dalam mengubah paradigma kita,
supaya kita semua mempunyai satu landasan baru yang lebih terarah dan memberi
peluang untuk gemilang.
Warga pendidikan yang dihormati,

Perubahan yang dilaungkan bukannya merupakan sesuatu yang menyimpangkan kita


daripada norma-norma sosial, tapi adalah untuk mencari serta memiliki startegi dan
taktik terbaik untuk berjaya tanpa mengorbankan maruah. Dengan kata lain, kita
hanya perlu lari daripada norma-norma kebiasaan dalam organisasi yang terlalu
menyelesakan kita. Kita merasa terlalu selesa sehingga kita tidak memperdulikan soal
kualiti dan keupayaan sebenar kita.

Walaupun saya melaungkan supaya perubahan dilakukan, tetapi kita semua perlu
berhati-hati supaya kita tidak memesongkan terus kepercayaan dan matlamat sosial.
Perlu ada satu ketegasan dalam prinsip apabila kita memutuskan untuk melakukan
perubahan. Saya ingin berkongsi satu prinsip dengan semua warga pendidikan, yang
saya namakannya sebagai PRINSIP 6T iaitu:

• Telus (perubahan yang boleh dilihat dan diketahui)


• Tulus (perubahan yang ikhlas)
• Teguh (idea perubahan dan perlaksanaan yang mantap)
• Tegah (perubahan ke arah pencegahan)
• Telah (keapayaan menjangkakan akibat)
• Tulah (akibat jika tidak berubah)

GURU BERKUALITI ASPIRASI NEGARA


Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahuwata'la kerana dengan hidayahNya
dapat kita berada di sini bagi meraikan sambutan Hari Guru peringkat negeri
Terengganu. Kehadiran kita semua pada hari ini adalah penting sebagai tanda
penghormatan dan penghargaan kita terhadap kaum guru dan para pendidik di
seluruh tanah air.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua
warga pendidik. Kita sedia maklum, Hari Guru diadakan bagi memperingati peranan
yang dimainkan oleh guru dan pendidik dalam membentuk budaya, tamadun dan
keilmuan bangsa kita. Sama ada bangsa kita maju atau mundur banyak bergantung
kepada masyarakat guru. Walaupun ibu bapa juga memainkan peranan, tetapi
pengalaman dan pengetahuan mereka dalam membentuk peribadi dan sifat-sifat
anak adalah terhad. Akhirnya gurulah yang akan menentukan karektor dan
kebolehan anak yang bakal menjadi warga negara,bahkan bangsa keseluruhannya.

Tidak akan berjaya sesiapa memindahkan budaya dan ilmu kepada orang lain
jika ianya sendiri tidak memiliki keupayaan yang diperlukan. Mungkin ada
guru-guru yang dilahirkan dengan sifat-sifat keguruan. Tetapi di zaman ini di
mana permintaan untuk mendapat pendidikan begitu besar, kita tidak boleh
berharap semata-mata kepada bakat keguruan yang semula jadi. Kita perlu
mengadakan latihan yang tersusun untuk mewujudkan jumlah guru yang
mencukupi.Seperti dengan keperluan mengadakan guru untuk murid, kita
juga memerlukan guru untuk melatih guru. Jika kaliber guru yang melatih guru,
iaitu pensyarah-pensyarah dan profesor- profesor dalam institusi-institusi perguruan
rendah, maka bukan sahaja budaya dan keilmuan guru rendah, murid-murid juga
rendah tetapi warga negara yang kita bentuk juga akan berkualiti rendah. Justeru
itu, ternampak jelas kaitan yang rapat di antara kemajuan bangsa dengan maktab-
maktab perguruan. Jika kualiti maktab kita rendah maka kualiti bangsa kita juga
akan menjadi rendah.

Guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada


murid tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu
nilai-nilai hidup yang dipegang olehnya dan budaya yang diterima olehnya.

Murid-murid yang diserahkan kepada guru berada dalam umur yang mudah
menerima ajaran dan mudah dibentuk pemikiran mereka. Telah diperhatikan
jika disemai sesuatu nilai atau keprcayaan kepada murid-murid ini, maka nilai ini
tidak akan mudah dipisahkan daripada mereka atau ditukarkan dengan yang lain
sepanjang hayat mereka. Demikian apabila seseorang murid di ajar menolak
sesuatu, walaupun tidak ada sebab yang diberikan kepadanya, penolakan olehnya
akan diteruskan sehingga ia membesar dan sehingga meninggal dunia. Sudah
tentu jika nilai-nilai yang mulia disemai oleh guru semasa di sekolah, maka murid
akan berpegang teguh kepada nilai-nilai ini juga sepanjang hayatnya. Jika guru-
guru di seluruh negara menyemai nilai-nilai dan budaya yang sesuai dengan
masyarakat yang bermaruah, yang yakin kepada diri sendiri, yang suka mengejar
kejayaan, maka sudah tentu bangsa berkenaan akan mencapai kemajuan dan
mendirikan tamaddun yang tinggi.

Bangsa kita telah dijajah beratus tahun lamanya, dalam tempoh itu kita telah
hilang eyakinan akan kebolehan diri sendiri. Kita benar-benar percaya bahawa kita
adalah bangsa yang lemah pemikiran dan kecekapan. Guru-guru kita pada zaman
penjajah juga mpunyai pendapat yang sama. Ole hitu prestasi kita amatlah rendah
di zaman penjajah.

Sekarang kita telah bebas dan guru serta pendidik kitamempunyai peluang
keemasan untuk menukar budaya lama yangterbentuk di zaman penjajahan dengan
budaya baru yang boleh mengangkat martabat bangsa setanding dengan bangsa-
bangsalain yang maju di dunia. Tentulah merugikan bangsa jika kita tidak
mengambil peluang ini, tetapi sebaliknya kita semai nilai hidup yang buruk dan
membentuk budaya yang akan melemahkan dan merugikan kita.
Saya percaya guru-guru semua sedar akan pengaruh mereka,pengaruh yang boleh
enentukan masa depan negara dan bangsa kita. Saya juga percaya "guru kepada
guru" yang berada di maktab-maktab juga sedar akan pengaruh ini. Sebagai warga
yang cintakan bangsa dan negara, saya percaya peluang untuk membentuk peribadi
yang mampu berjaya di kalangan rakyat malaysia akan datang, tidak dilepaskan
oleh guru atau "guru kepada guru".

Maju mundurnya sesuatu bangsa bergantung kepada nilai-nilai hidup dan budaya
bangsa itu. Kita tahu ada bangsa yang berjaya dan sebaliknya yang dahulu berjaya
tetapi sekarang prestasi mereka sudah merosot sehingga luput hilang sama sekali
dari muka bumi ini. Semua yang berlaku kepada bangsa-bangsa di dunia ini
mempunyai hubung kait yang rapat dengan pertukaran budaya dan nilai hidup yang
bertukar dan berubah. Warna kulit, tinggi rendah, asal etnik tidak menentukan
berjaya atau tidaknya sesuatu bangsa. Mengetahui semua ini dan menyedari
bahawa nilai-nilai hidup dan budaya boleh disemai dan dibentuk secara
terancang, maka tidak ada sebab kenapa bangsa kita tidak
boleh dijaya atau dimajukan dengan penyemaian nilai-nilai hidup dan budaya yang
sesuai untuk mencapai matlamat kita. Seperti juga dengan pihak-pihak lain, guru-
guru tentulah mempunyai pendapat dan pendirian tertentu terhadap keadaan
dalam negara. Mungkin pendirian ini berasas kepada sesuatu yang menimbulkan
perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan atau terhadap mana-mana pihak.
Mungkin perasaan ini disebabkan oleh salah faham atau mungkin kerana
asasnya memang benar. Kita semua perlu memiliki pendirian yang terbuka,
sanggup mengejar dan menerima kebenaran, kesanggupan ini penting tetapi
sama ada benar atau tidak, tanggungjawab masyarakat guru kepada bangsa dan
negara tidak boleh diketepikan. Hanya kerana kita tidak suka kepada mana-
mana pihak tidak seharusnya mendorong kita supaya meggagal dan
menghancurkan masa depan bangsa dan negara kita dengan menyemai nilai-nilai
buruk di kalangan murid kita yang akan menyebabkan bangsa kita berpecah-belah
dan lemah di kemudian hari. Sebenarnya yang menjadi mangsa budaya yang buruk
yang dibangunkan oleh kita melalui pendidikan di sekolah bukanlah orang yang
kita salahkan di masa ini, tetapi anak dan cucu kita sendiri. Merekalah yang
akan menjadi mangsa budaya buruk yang diterapkan oleh mereka semasa di sekolah.

Pada Hari Guru ini masyarakat guru perlu memperingati diri bahawa terdapat dua
tanggungjawab guru yang besar. Yang selalu dikaitkan dengan guru ialah
menyampaikan berbagai- bagai ilmu supaya rakyat negara ini menjadi orang
terpelajar dan dapat bukan sahaja membiayai kehidupan yang sempurna tetapi
juga menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara. Di zaman ini. Ilmu
yang diperlukan tidak begitu terhad seperti dahulu dan penyampaiannya juga
berbeza. Peralatan yang digunakan untuk mengajar sekarang amat canggih sehingga
guru terpaksa mempelajari cara penggunaannya yang tidak termasuk dalam
kurikulum latihan perguruannya dahulu. Yang lebih aneh ialah kerap kali murid
lebih cekap dan lebih mengetahui cara menggunakan alat-alat baru ini. Oleh itu,
perlunya diadakan latihan semula guru-guru tidak dapat dielakkan. Tetapi guru
yang sedar akan tanggungjawab mereka tentu tidak akan teragak-agak
mempelajari cara-cara dan teknik pendidikan yang terkini. Suatu yang perlu kita
ingat ialah apa juga yang kita sanggup belajar akan mudah
dikuasai jika kita tekun dan mengulangi berkali-kali apa yang dipelajari.
Penggunaan internet terutamanya sukar dikuasai dan mudah dilupai jika kita tidak
mengamalkannya tiap-tiap hari untuk dibiasakan. Sebenarnya jika komputer dan
internet digunakan tiap-tiap hari, ia menjadi begitu mudah sehingga kita akan
hairan kenapa dahulu kita berpendapat ianya begitu susah untuk di kuasai.
Demikian juga kita akan hairan kenapa masih ada orang yang tidak cekap
menggunakan komputer dan internet.

Kerajaan sudah mewujudkan beberapa sekolah bestari yang memerlukan


penggunaan komputer dan internet dengan meluas. Amatlah malang jika kita
membelanjakan wang yang banyak untuk menubuhkan sekolah bestari ini tetapi
kita tidak mendapat manfaat kerana kekurangan guru bestari. Saya berharap
semua guru akan bersiap sedia untuk mengajar dalam sekolah bestari kerana
kerajaan berhasrat menjadikan semua sekolah di negara ini sekolah bestari. Insya-
allah kita akan berjaya dalam melaksanakan program ini dan rakyat
negara ini akan dilengkapi dengan kecekapan yang diperlukan untuk zaman-k atau
zaman pengetahuan.

Marilah kita menggemblengkan seluruh tenaga dan usaha ke arah melahirkan


ramai pelajar cemerlang dan mempunyai kualiti sebagai fokus kita. Kerajaan
telah meletakkan asas yang kukuh untuk membangunkan pendidikan dan guru
pula sebagai orang yang secara langsung memainkan peranan ini hendaklah
bersama-sama menyuluh jalan dan mencari jalan terbaik bagaimana untuk
melahirkan pelajar serba boleh dalam bidang pendidikan yang dapat memenuhi
tuntutan kerjayanya kelak. Saya berpendapat, memberi fokus kepada aspek
kecemerlangan dan kualiti di kalangan pelajar buat masa ini lebih penting
berbanding perkara-perkara lain. Kita tidak mahu apabila masalah timbul di
kemudian hari akibat perancangan yang tidak betul dan kesemuanya tidak akan
membawa apa-apa maknanya lagi. Kita sepatutnya belajar dari kesilapan bukannya
terus menerus melakukan kesilapan kerana silap sekali boleh membawa banyak
kemusnahan apalagi kalau kita tidak berhati-hati mengelakkan ia daripada terus
berulang.

Jika fokusnya telah jelas adalah mudah kepada kita untuk menyusun keutamaan-
keutamaan dan menggariskan strategi- strategi berkesan dalam mengatur apa juga
perancangan untuk mencapai sasaran melahirkan pelajar berdaya saing. Pelajar
melayu khususnya tidak harus dipertikaikan daya saing mereka jika dari awal lagi
mereka telah diberi pendedahanpembelajaran secukupnya.

Kita telah dihadapkan dengan berbagai isu pendidikan dan kerajaan juga dalam
masa yang sama turut mendapat berbagai reaksi serta kritikan. Ada yang menyokong
langkah-langkah yang kita ketengahkan dan tidak kurang juga yang memberikan
pandangan berbeza. Kerajaan menyambut baik setiap cadangan yang dikemukakan
kerana pendapat-pendapat awam tetap akan diambil kira dalam setiap keputusan
penting yang diambil demi kebaikan semua pihak dan ia mesti ditangani dengan
penuh teliti dan berhati-hati. Hasrat kerajaan melaluipendidikan adalah semata-
mata mahu menjadikan rakyat negaraini menjadi satu bangsa yang kuat dan
berdaulat. Kita mestibangkit menjadi bangsa yang kuat. Segala keistimewaan
yangkita nikmati dalam apa bidang sekalipun termasuk pendidikan
sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa kesan selagi kitatidak mahu menukar
sikap. Jangan sampai hidup kita ditekan baru sedar mahu berubah sebab mungkin
pada masa itu segalanya telah terlewat. Jadikanlah setiap kesusahan,dugaan
serta cabaran yang kita lalui dalam hidup sebagaisatu pelajaran berharga yang
dapat membentuk diri kita menjadi manusia yang lebih kuat dengan daya tahan
dan dayasaing yang tinggi. Dunia pendidikan terbuka seluas-luasnya untuk
semua.

Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru dalam menyediakan warganegara yang
mampu menangani zaman teknologi maklumat atau IT amatlah besar dan penting.
Tanpa kecekapan dalam bidang IT dengan segala alat dan caranya, bangsa kita
mungkin ketinggalan zaman dan dikuasai oleh bangsa-bangsa yang cekap
menggunakan teknologi maklumat untuk menguasai berbagai cabang disiplin ilmu.

Suasana persekitaran yang berubah dengan cepat dalam era maklumat tanpa
sempadan, adalah antara realiti yang menuntut guru-guru memainkan peranan
mereka dengan lebih bertanggungjawab. Hakikat ini tidak dapat tidak perlu
diterima oleh semua kita. Keadaan yang sama sekali berbeza dengan zaman
sebelumnya memerlukan komitmen yang tinggi dari tuan-tuan dan puan-puan untuk
melengkapkan diri dan seterusnya nyampaikannya kepada anak bangsa.

Ambillah kesempatan dalam kita menyambut Hari Guru ini, sama-sama kita
menguatkan azam dan tekad untuk memberiperkhidmatan yang terbaik dan
cemerlang kerana ganjarannya adalah besar bukan sahaja di sisi masyarakat bahkan
juga di sisi allah. Tugas ini sememangnya berat, tetapi saya yakinjika kita semua
bekerjasama termasuk anak-anak, ibu bapa dan seluruh masyarakat, hasrat kita
akan terhasil dengan kejayaan dalam pendidikan. Hari ini jelas kepada
kitabahawa usaha mencapai kejayaan menuntut mentaliti baru dikalangan bangsa
kita. Adalah menjadi sandaran kerajaankepada semua warga pendidik dalam
mewujudkan sebuahmasyarakat berjaya dan disegani masyarakat
antarabangsa.Saya ingin memetik kata seorang pujangga - "jika suatubangsa
dapat menyediakan bakal insan yang berilmu dan berkemahiran, bangsa itu
akan dapat melahirkan suatugenerasi yang penuh keunggulan".ntuk memastikan
kualiti hidup terus meningkat, tentunya kita memerlukan daya kepimpinan yang
berkualiti di kalangan guru-guru. Kita perlu menghasilkan warga pendidik yang
berwibawa. Ini bererti guru perlu mempunyai azam dan iltizam yang kuat untuk
membangunkan pendidikan yang berkualiti melalui usaha kecemerlangan akademik
dan sahsiah murid. Selain daripada kecemerlangan akademik, ukuran gagal
jayanya sesuatu sistem pendidikan juga bergantung kepada sejauh manakah kita
berjaya menghasilkan generasi yang mantap peribadi, bersikap positif terhadap
kehidupan, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan tidak jemu mengejar
kecemerlangan dalam apa sahaja yang dilakukan. Inilah juga aspek yang perlu diberi
perhatian oleh guru-guru dan para pemimpin pendidikan di peringkat rendah.

Tema "guru berkualiti aspirasi negara", mempunyaipengertian yang amat meluas.


Guru yang berkualiti ialahguru yang dapat menunaikan tanggungjawab
enyediakan sumber manusia terlatih dan berpengetahuan, berperanan membentuk
identiti warga, menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan
nasional di kalangan warga. Pemahaman terhadap perkara yang saya sebutkan ini
adalah penting kerana guru perlu menyedari bahawa mereka adalahpaksi kepada
segala usaha dan harapan untuk mencapaiwawasan negara, wawasan 2020.

13. Untuk itu, kepimpinan di peringkat sekolah, termasukguru bertanggungjawab


bagi menentukan wawasan negaratercapai sepenuhnya. Matlamat, visi dan misi
organisasidi peringkat sekolah hendaklah selari dan sehaluan dengan wawasan besar
negara. Pemahaman terhadap visi organisasiini adalah penting kerana ia adalah
"guiding force" yangmenentukan hala tuju sekolah. Sebagai guru, apa yanglebih
penting ialah kemampuan menterjemahkan tanggungjawabdan peranan dalam bentuk
pelaksanaan tugas yang berkualitiserta bersemangat tinggi untuk memberi
khidmat yangterbaik. Guru mesti mempunyai satu matlamat yang jelasyang
hendak dituju. Ini kerana pendidikan itu merupakanalat untuk mencapai sesuatu
matlamat. Jika terdapat motifsampingan di peringkat sekolah yang berbeza
daripadawawasan besar negara, maka akan pincanglah pelaksanaandasar dan
manah serta tanggungjawab yang telahdiberikan. Dalam situasi sedemikian,
sumber tenaga manusiamenjadi kurang produktif. Murid yang mengharapkan
bimbingan dan panduan guru akan menjadi mangsapersekitaran pendidikan
yang tidak bermutu.
14. Tanggungjawab serta tugas seorang guru adalah satuibadah. Konsep ibadah
yang tersirat dalam tugas guruinilah yang menjadikan seseorang guru itu
diakui,dihormati, disegani serta disanjungi oleh masyarakat. Guru mesti mempunyai
tekad dan komitmen yang tinggi untukmendidik anak bangsa, memberi khidmat
yang terbaik sertasanggup mempertahankan keagungan profesionnya, selainterus
berusaha untuk meninggikan mutu, taraf dan imejnya.Oleh yang demikian, imej
profesion perguruan ini hendaklahdipelihara supaya tidak dicemari dengan unsur-
unsur yangnegatif. Yang boleh memburukkannya. Elakkanlah melakukanperkara-
perkara yang bercanggah dengan etika profesionperguruan. Jagalah nama baik
guru supaya guru senantiasadihormat. Kita tentu tidak mahu pelajar menjadi
mangsakepada salah laku guru. Haruslah diingat bahawa guru telahdiamanahkan oleh
rakyat untuk mendidik anak-anak. Oleh itujanganlah amanah ini dikhianati dan
diabaikan.

15. Rekod cemerlang sistem pendidikan kita dan semangatberkhidmat yang tulen
di kalangan para guru dalammelaksanakan amanah dan tanggungjawab telah
berjayamenyediakan sumber tenaga mahir dan berpengetahuan untukmengisi
keperluan negara. Memang kita terhutang budikepada khidmat bakti yang telah
dicurahkan oleh para guru.Kita sendiri telah melihat hasilnya dengan jumlah cerdik
pandai dan tenaga ikhtisas yang dihasilkan yang hari inimerupakan penggerak
utama kepada program pembangunannegara.

16. Dalam tempoh 45 tahun kita merdeka, kita telahmelihat kemajuan dan
pencapaian yang sungguh membanggakandi bidang pendidikan. Akan tetapi kita tidak
boleh hanyaberpuas hati dan bermegah dengan kejayaan-kejayaan ini.
Kita kini sedang berhadapan dengan cabaran-cabaran baru,terutama cabaran
kemajuan teknologi maklumat dankomunikasi, dunia tanpa sempadan dan
ekonomi berasaskanpengetahuan. Cabaran baru, abad 21 ini, membawa
kitakepada alam baru yang tidak terbatas kepada sempadannegara kita sahaja.
Cabaran baru ini memerlukan kitamenyediakan masyarakat yang berdaya saing bagi
menghadapipersaingan global yang lebih mencabar lagi. Oleh itu, kita
adalah dituntut untuk melakukan pengubahsuaian danpenghijrahan minda untuk
memastikan kita terus berupayamelonjak dan mara ke hadapan.

17. Untuk terus berdaya saing adalah menjadi keperluankita membangunkan enaga
manusia yang akan menjadi worldclass atau berkaliber dunia. Tenaga manusia
merupakansumber utama kekayaan sesuatu ekonomi. Cabaran ini menjadikian
mendesak ketika ini kerana sistem ekonomi dan pasaranmenjadi semakin berunsur
lobal akibat arus globalisasi.Tenaga kerja Malaysia harus mampu bersaing dengan
tenagakerja dari lain-lain negara di dunia tanpa batas untukmenjamin keunggulan
ekonomi negara. Ini bermakna rakyatMalaysia perlu dilengkapkan dengan ilmu dan
kepakaran yangcanggih, terkini dan secukupnya. Rakyat Malaysia perludisemai
dengan nilai dahagakan ilmu, supaya merekasentiasa didorong memperbaiki diri
dan mampu menerokabidang kepakaran baru menurut kehendak pasaran yang
berubah.

18. Misalnya, pengalaman pahit krisis kewangan yangmelanda negara pada tahun
1997 dan 1998, yang tidak pernahkita alami sebelum ini membuktikan betapa kita
harusmenentukan mereka yang dihasilkan oleh sistem pendidikankita mempunyai
kemampuan yang boleh mengatasi cabaran danmampu terus menyumbang kepada
pembangunan negara. Dalamkata lain, sistem pendidikan kita mesti berkemampuan
untukmenghasilkan tenaga pekerja yang kreatif, inovatif, yakindan mempunyai daya
saing yang kental untuk mengurus negaradan menjana ekonomi.

19. Dalam hubungan inilah relevannya tema Hari Guru iaitu"guru berkualiti aspirasi
negara" amat bersesuaian dengancabaran yang dihadapi dunia pendidikan. Oleh itu
guruharus mempunyai sikap untuk memperbaiki diri dari segiikhtisas, akademik
serta perlu pula berusaha untukmendapatkan kelulusan yang lebih tinggi. Kita
jugaberharap supaya guru-guru meningkatkan kepakaran merekamenerusi kursus-
kursus baru dalam bidang seperti teknologimaklumat dan komunikasi, kaunseling,
kemahiran hubungansesama individu dan pendidikan alam sekitar. Peluang yang
disediakan oleh kerajaan untuk guru menaik tarafkelulusan masing-masing
hendaklah direbut sebaik mungkin.Program-program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
tidakmemerlukan mereka meninggalkan bilik darjah demimenggenggam
segulung ijazah. Gunakanlah sepenuhnya peluangini untuk menjadi endidik yang
berilmu.

20. Banyak pihak yang menyuarakan sokongan dan tentanganmereka mengenai


cadangan untuk mewujudkan semula sekolahaliran inggeris. Perlu saya jelaskan
bahawa kitamenolak sebarang langkah mewujudkan semula sistem sekolah
aliran Bahasa Inggeris bukan sahaja kerana tidak secocokdengan dasar pendidikan
kebangsaan malah akan dilihatsebagai langkah ke belakang. Tetapi sesuatu perlu
kitalakukan untuk meningkatkan kecekapan mereka menguasaiBahasa Inggeris.
Apa yang kita putuskan ialah penggunaanBahasa Inggeris dalam subjek sains dan
matematik bermulapada peringkat tahun satu rendah serta pengenalan subjek
kesusasteraan inggeris kontemporari untuk mendedahkanmurid kepada bahasa
berkenaan.

21. Kerajaan akan pastikan bahawa kedudukan bahasamelayu terus dipelihara


selaras dengan peruntukanperlembagaan demi membina bangsa bersatu yang
mempunyaiidentitinya sendiri. Namun kita harus menerima hakikatbahawa di
dalam era globalisasi penguasaan sekurang-kurangnya satu bahasa asing yang
utama sangat bergunauntok meningkatkan meupayaan menimba ilmu
pengetahuandalam pelbagai bidang sains teknologi termasuk ICT, danmeningkatkan
peranan yang lebih luas dan berkesan dalamhubungan antara bangsa. Kita tidak
mempunyai banyak masauntuk mencapai status negara maju pada tahun 2020.
Hanyamereka yang bergerak dengan kekuatan ilmunya danberkemampuan
menguasainya dapat berdaya saing ketika itu.

22. Oleh kerana ilmu itu adalah kunci kemajuan ekonomi dan penguasaan Bahasa
Inggeris adalah kunci yang membuka pintu kepada lebih luas ilmu, maka banyak
manfaat yang boleh diperolehi oleh murid dan masyarakat sekiranya
kitamenguasai bahasa tersebut. Misalnya, 80 peratus kandunganinternet adalah
dalam Bahasa Inggeris. Sama juga halnyadalam bidang teknologi, kejuruteraan
dan ilmu-ilmusaintifik moden, dan sekiranya kita lemah menguasai
bahasa berkenaan maka sukar bagi murid-murid menerap ilmutersebut. Elok juga
pihak sekolah mengadakan programmembudayakan penggunaan Bahasa Inggeris
bagi tujuanmemberi kesedaran di kalangan murid tentang kepentingan
menguasai bahasa tersebut. Dan guru sendiri sepatutnyamengambil iltizam untuk
berusaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

23.Kita tidak mempunyai banyak masa lagi untuk mencapaistatus negara maju pada
tahun 2020. Hanya mereka yangbergerak dengan kekuatan ilmunya dan
berkemampuanmenguasainya dapat berdaya saing ketika itu. Dasarpendidikan
negara sedia akur mengenai hal ini danmenetapkan matlamat yang jelas untuk
menguatkan sains danteknologi dalam sistem pendidikan. Di sini eranansaudara-
saudari sebagai guru sangat kritikal. Kita perlumenggalakkan minat kepada mata
pelajaran sains danteknologi di kalangan penuntut, dan kita perlu
meningkatkan prestasi mereka dalam bidang ini. Kejayaandalam mendorong
perubahan ini banyak bergantung kepadakepintaran saudara-saudari
membangunkan minat dikalanganmurid, menyalurkan ilmu kepada mereka dan
mendidik merekacara menimba ilmu tersebut dengan lebih berkesan.

24. Tidak dapat dinafikan pendidikan di negara ini telahberjaya melahirkan barisan
pemimpin, pentadbir, pendidikdan golongan profesional dalam pelbagai bidang.
Ramai diantara mereka telah berjaya mencipta nama di peringkatantarabangsa
dan kejayaan mereka ini diiktiraf.Masyarakat dan negara menaruh harapan yang
tinggi terhadapwarga pendidik untuk merealisasikan wawasan dan aspirasi
negara. Banyak cabaran yang perlu diberi perhatiandalam sektor pendidikan.
Sama-samalah kita fikir berkenaancabaran-cabaran yang sedang melanda kita.
Insyaallahdengan usaha gigih semua pihak kita akan dapatmenanganinya.

25. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, saya inginmengucapkan tahniah
kepada mereka yang dianugerahkan tokohguru 2002 ini. Dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim, sayadengan sukacitanya merasmikan Majlis Sambutan
Hari Guru

Warga pendidik perlu melengkapi diri dengan ciri berkualiti bagi membawa tahap
pendidikan negara ke era lebih cemerlang dan seterusnya menghasilkan sistem
pendidikan bertaraf dunia. Ciri positif yang perlu dimiliki guru berkualiti untuk
memenuhi aspirasi negara ialah cergas, beriman, berilmu, berkemahiran, berdisiplin
dan berakhlak mulia, selain mempunyai daya fikiran kreatif, kritis serta inovatif.

Pendidik berkualiti juga dituntut mempunyai sahsiah baik, pengetahuan terkini, yakni
mengamalkan pendidikan sepanjang hayat dan budaya kerja positif. Bagi
melengkapkan diri dengan ciri berkenaan, guru perlu mempunyai jati diri yang
mantap, lebih komited dalam profesion keguruan serta bersemangat untuk
menghadapi cabaran pendidikan yang kian mencabar.

Tema ini tepat dan sesuai dengan peranan guru kini dalam menyempurnakan hasrat
serta cita-cita negara untuk melahirkan pelajar yang bakal menjadi warga negara
berkualiti. Ia mencakupi kepelbagaian disiplin ilmu, penampilan akhlak mulia, mahir
menyesuaikan tingkah laku dalam pelbagai keadaan (skillful behaviour), bertoleransi,
berkomunikasi secara berkesan dan jati diri terhadap negara, sejajar arus perdana
Malaysia untuk mencapai matlamat negara maju siber. Sebelum seseorang pelajar atau
warga negara dilahirkan sebegini rupa, langkah pertama bermula daripada kualiti guru
itu sendiri.

Tema berkenaan tidak bermakna guru sebelum ini tidak berkualiti tetapi kita
berpegang kepada konsep kualiti yang merangkumi penambahbaikan berterusan.
Kualiti juga merujuk kepada satu piawai tinggi yang perlu dicapai selaras kesesuaian
serta keperluan masyarakat dan negara.

Tema Hari Guru tahun ini menunjukkan kepada masyarakat betapa penting dan kritikal
peranan guru dalam memenuhi hasrat serta harapan negara ke arah persediaan
pendidikan dalam abad ke-21 ini serta membangunkan sistem pendidikan berkualiti
dan bertaraf dunia di Malaysia. Kita perlu ingat bahawa kemakmuran negara yang kita
nikmati hari ini adalah sebahagian daripada kejayaan dicanai dan dibentuk oleh guru
bermula dari bilik darjah sehinggalah di luar sekolah.

Lebih ramai guru akan berpeluang mempertingkat tahap kelayakan akademik dan
profesionalisme melalui pelbagai program latihan, termasuk Program Pensiswazahan
dan Program Pembangunan Staf bagi guru yang berminat menyambung pelajaran ke
peringkat sarjana dan kedoktoran dalam bidang kritikal seperti Sains, Matematik dan
Bahasa Inggeris. Tahun ini saja, sebanyak RM 98.7 juta akan dibelanjakan bagi program
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang mensasarkan seramai 150,000 guru mengikuti
kursus jangka pendek dan panjang. Jumlah peruntukan bagi LDP ini bertambah hampir
64 peratus berbanding tahun lalu (RM 60.1 juta)

Kementerian juga mempergiat lagi pelaksanaan kursus pendek di bawah kelolaan


jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) bagi tujuan:

i) membiasakan guru dengan pelbagai perubahan yang berlaku, baik dari segi
perubahan kurikulum, perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT),
mahupun pengurusan tingkah laku pelajar.

ii) meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran di bilik darjah, khususnya dalam
pengajaran Sains dan Matematik serta Bahasa Inggeris

Untuk menjayakan program latihan, khidmat guru cemerlang, jurulatih utama yang
dilatih di bawah program `Malaysian Trainer Development Programme' seperti Bahasa
Inggeris, dan kakitangan sumber yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-
masing diperlukan. Seramai 63,542 guru dari seluruh negara dijangka mendapat latihan
melalui kaedah ini.

Usaha kementerian dalam konteks meningkatkan kualiti guru juga dapat dilihat apabila
latihan guru dinaikkan taraf sijil kepada diploma dan meletakkan syarat lulus Bahasa
Inggeris dan Matematik, selain kelayakan asas Sijil Pelajaran Malaysia dengan lima
kepujian untuk program LDP supaya guru lebih bersedia menghadapi era globalisasi.

S: Apakah masalah yang dikenal pasti masih melingkungi profesion keguruan negara?
J: Usaha penambahbaikan perkhidmatan pendidikan adalah usaha semua pihak yang
dilakukan secara berterusan. Ia memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak dari
dalam dan luar sistem pendidikan itu sendiri.

Dengan jumlah kakitangan yang besar, iaitu 300,000 daripada satu juta kakitangan
kerajaan, sudah tentu ia memerlukan satu pendekatan bijak serta berhikmah dalam
menangani apa juga isu dan masalah. Dengan bilangan ramai ini, kementerian sentiasa
menambah dan mencari ruang dan peluang bagi meningkatkan kebajikan guru.

Sebarang perubahan membabitkan profesion ini sudah tentu turut membabitkan


perubahan pelbagai aspek lain yang kemungkinan menimbulkan kesan kepada perkara
lain. Namun, ini tidak bermakna kita berhenti dan tidak melaksanakan usaha
menjadikan profesion ini lebih dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Dengan kepimpinan dan kewibawaan Menteri, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha


Parlimen serta pengurusan kementerian, kita yakin sistem pendidikan negara akan
lebih berkesan, mantap dan berfokus.

S: Kebelakangan ini, pelbagai isu melanda profesion keguruan tanah air, termasuk
pengasingan pelajar yang kini sudah selesai. Adakah senario sedemikian menjejaskan
imej dan kredibiliti keguruan?

J: Saya percaya semua pihak sudah menerima keputusan dan pendapat jawatankuasa
bebas. Saya yakin dengan penjelasan yang diberi oleh jawatankuasa itu, imej dan
kredibiliti keguruan tidak terjejas, malah bertambah kukuh. Semua pihak sekarang
bertanggungjawab untuk menterjemahkan saranan jawatankuasa bebas yang
dikemukakan dalam laporannya kepada bentuk tindakan dan pelaksanaan.

S: Apakah pendapat Datuk mengenai pandangan pihak tertentu bahawa golongan guru
kini semakin kurang memberi komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai
pendidik dan secara langsung menyebabkan mereka semakin kurang dihormati
masyarakat?

J: Saya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa golongan guru kini semakin kurang
memberi komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai pendidik. Saya
katakan demikian kerana prestasi sekolah secara keseluruhannya tahun demi tahun
semakin baik sama ada dari segi akademik mahupun bidang lain. Pencapaian kita
dalam bidang seperti Sains dan Matematik dengan negara maju, tidak jauh
ketinggalan.

Bidang perguruan sebenarnya sudah menjadi profesion diminati berdasarkan bilangan


permohonan berbanding tempat ditawarkan. Guru semakin berminat untuk
meningkatkan kelayakan, khususnya dalam bidang akademik sehinggalah ke peringkat
sarjana dan doktor falsafah. Mereka menggunakan peluang mengikuti pelbagai
program pensiswazahan dan latihan disediakan oleh kementerian.

Kementerian Pendidikan melalui BPG memang menyediakan latihan praperkhidmatan


kepada bakal guru bagi memastikan mereka layak dan profesional dalam tugas. Ketika
berkhidmat pula, kementerian melalui pelbagai saluran seperti JPN, PPD dan juga
sekolah, menyediakan kursus dan latihan, sama ada berbentuk pedagogi mahupun
pengurusan. Latihan dan pembangunan staf kepada guru adalah antara tumpuan diberi
untuk mengekal dan meningkatkan motivasi serta komitmen guru terhadap tugas.

Pendidikan mempunyai `pemegang amanah’ yang ramai dan sudah pasti setiap ahli
masyarakat memberi perhatian kepada apa saja isu ditimbulkan berkaitan pendidikan.
Menyedari hakikat ini, kita mengalu-alukan maklum balas daripada `pemegang
amanah’ bagi mempertingkatkan kebajikan guru dan kualiti pendidikan.

Dalam konteks ini, kementerian sudah, sedang dan akan terus memperhebat usaha
meningkatkan kebajikan guru, sekali gus turut membabitkan pelajar. Sebagai contoh
dalam reka bentuk sekolah baru, kementerian memastikan ruang kerja lebih luas dan
selesa disediakan untuk guru. Kemudahan lain seperti komputer dan hawa dingin
disediakan di tempat kerja atau bilik guru untuk meningkatkan komitmen guru
bekerja. Di samping itu, sekolah sedia ada juga dinaikkan taraf supaya kemudahan,
khususnya keselesaan tempat kerja, dapat ditingkatkan.

S: Bagaimanakah guru harus bersedia menghadapi cabaran globalisasi?

J: Arus globalisasi adalah gelombang besar dan hebat pada hari ini. Perkembangan ICT
dalam arus globalisasi memberi tuntutan baru terhadap sistem pendidikan seperti k-
ekonomi, iaitu satu sistem ekonomi berpaksikan ilmu pengetahuan. Dalam hal ini,
sudah tentulah kita tidak boleh tertinggal, malah wajar memanfaatkannya. Arus
perubahan menuntut pendidik mempunyai `competitive edge’. Ini bermaksud semua
pihak di pelbagai peringkat pemimpin, pengurus pendidikan dan guru di bilik darjah
mesti mempunyai `critical competency’.

Seperti disarankan Perdana Menteri, guru harus menjadi fasilitator berkesan. Menjadi
fasilitator bermaksud mereka perlu mempunyai ilmu, berketrampilan, bermaklumat
dan mengamalkan nilai tinggi dan mulia. Mereka menjadi fasilitator ilmu pengetahuan
dan penyebar nilai murni. Untuk ini, mereka perlu menguasai bahasa yang menjadi
medium kepada ilmu berkenaan. Dalam konteks ini, guru harus menguasai sekurang-
kurangnya dua bahasa - bilingual. Selain bahasa Melayu, mereka harus menguasai
bahasa antarabangsa lain seperti bahasa Inggeris.

Guru perlu menguasai kemahiran dalam bidang ICT serta menggunakan teknologi ini
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Untuk membolehkan
penguasaan ICT, guru harus menguasai bahasa perhubungan dalam penyaluran ilmu.
Seorang guru yang `bilingual’ akan memudahkan proses P&P di bilik darjah, di samping
diri sendiri dapat meraih ilmu dengan lebih mendalam melalui bahan bacaan yang
lebih intensif serta ektensif.

Saya sudah nyatakan bahawa peranan guru dalam era globalisasi ini juga perlu bersifat
global, sebagaimana tema Hari Guru tahun ini `Guru Berkualiti Aspirasi Negara’. Tema
ini dipilih kerana melalui guru berkualiti saja kita dapat merealisasikan aspirasi
negara, khususnya dalam era globalisasi ini. Guru berkualiti diperlukan untuk
menghadapi era globalisasi dan ledakan maklumat ini.

Penguasaan ilmu akan menjadi teras penting dalam menghadapi cabaran globalisasi
ini. Negara amat mementingkan ilmu pengetahuan dan pendidik sentiasa digalakkan
untuk menambah ilmu selaras perkembangan semasa. Anak didik di bilik darjah
semakin matang serta cerdik dan untuk itu, guru perlu lebih ke depan dari segi
penguasaan ilmu, baik secara teori mahupun amali.

Dalam hal ini, guru harus terus menjadikan budaya ilmu sebagai asas kecemerlangan.

Pada masa sama, nilai dan budaya ketrampilan pendidikan harus diambil
pertimbangan. Selaku seorang profesional dalam bidangnya, kemahiran perlu
diperbaharui dan dipertingkatkan. Guru harus peka dengan perkembangan semasa,
terutama perubahan budaya dan keperluan pendidikan.

Dalam era ini juga, kita harus bersedia untuk melakukan `benchmarking' atau belajar
daripada yang terbaik bagi mendapatkan amalan terbaik. Kita percaya ini akan
menyebabkan kita sentiasa cemerlang dan ke depan daripada orang lain.

S: Akhir sekali, apakah pesanan khusus daripada Datuk kepada guru sempena Hari Guru
2002?

J: Guru harus merebut peluang yang ada bagi meningkatkan kualiti dan kecemerlangan
diri supaya menjadi guru berkesan dan dihormati. Latihan yang diterima sebelum
menjadi guru seharusnya memenuhi piawai kualiti profesion keguruan dari segi
akademik, pedagogi, ketrampilan, sikap dan sahsiah.

Ketika berkhidmat sebagai guru pula, sama ada di bandar ataupun pedalaman, usaha
untuk menguasai ilmu tidak seharusnya terhenti. Kementerian sudah menyediakan
ruang serta peluang di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kementerian untuk
memenuhi hasrat ini. Pelbagai kursus dalam perkhidmatan jangka pendek dan panjang
disediakan. Semuanya merangkumi aspek peningkatan akademik, profesionalisme dan
pembangunan staf.

Saya menyeru supaya guru merebut peluang untuk meningkatkan tahap kelayakan
akademik masing-masing kerana ini sekali gus akan memberi kekuatan dan kelebihan
sama ada akademik, ketrampilan diri mahupun material. Dalam hal ini, kementerian
menyediakan saluran khas seperti Program Pensiswazahan Khas Pendidikan Guru,
program berkembar dengan institusi pengajian tinggi luar negara dan Program
Pensiswazahan Sepenuh Masa (dengan separuh gaji). Kementerian juga sudah
menetapkan sasaran guru di semua sekolah menengah siswazah menjelang 2005 dan 50
peratus guru siswazah di sekolah rendah menjelang 2010. Sebagai guru, kita sudah
berikrar dan berjanji untuk menjadi guru yang baik dan profesional. Janji, ikrar dan
iltizam ini kita perbaharui setiap tahun, khususnya pada Hari Guru ini. Kita juga sudah
berjanji, antara lain untuk sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-
sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab, sebagaimana yang tercatat
dalam Aku Janji yang kita tandatangani.

Kita sama-sama bertanggungjawab untuk merealisasikan tema Hari Guru tahun ini.
Semua pihak perlu bermuafakat, saling membantu dan berusaha bersungguh-sungguh
untuk membina negara dan bangsa yang maju, bersatu padu serta mempunyai jati diri
mantap. Aspirasi negara dapat dicapai jika semua pihak -guru, ibu bapa dan
masyarakat - sanggup berkorban dan memberikan komitmen masing-masing.
Kepercayaan dan sokongan padu perlu diberi kepada kementerian dan kerajaan untuk
terus mempelbagai dan meningkatkan usaha bagi mencapai kemajuan serta
kemakmuran negara. Saya percaya usaha ini akan dapat melahirkan guru berkualiti,
sekali gus memenuhi aspirasi negara.

Usaha memperkasa sistem pendidikan kita bermula dari peringkat prasekolah, rendah
sehingga menengah, perubahan sikap dan minda seluruh komuniti pendidikan.
Sokongan dan keprihatinan masyarakat serta ibu bapa akan membantu usaha ini.

Saya percaya dengan sokongan dan komitmen semua pihak bagi menjayakan agenda
pendidikan negara seperti dalam Wawasan Pendidikan Negara dan Wawasan 2020, kita
akan dapat meraih hasilnya pada hari muka.

Teruskanlah budaya kerja kuat dan cemerlang semoga anak didik kita hari ini akan
menjadi pemimpin masa depan dalam usaha meneruskan perjuangan memartabatkan
bangsa dan negara.

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan al-Quran dan berdasarkan aspirasi Negara


dalam bidang pendidikan, tugas seorang guru tidak semudah yang disangkakan,
kewujudan warga guru yang berupaya melaksanakan tugas-tugasnya adalah satu
kemestian dalam menjana ketamadunan ummah, kerana ketamadunan sesuatu bangsa
itu diukur dari ketinggian ilmu dan keperibadian bangsa itu sendiri.

Allah berfirman dalam surah Az-Zumar, ayat 9 yang bermaksud:

“Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang


tidak mengetahui”.

Peredaran masa menuntut pengorbanan yang lebih besar dari para guru untuk terlibat
secara langsung dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di luar sekolah, untuk
memandu masyarakat kearah kebaikan dalam agenda amar makruf dan Nahi mungkar.
Dan sebagai seorang guru yang memikul amanah besar dalam agenda pendidikan dan
pembangunan insan, maka kualiti guru mesti ditingkatkan melalui latihan yang
berterusan, kemahiran dalam bidang-bidang yang berkaitan perlu diterokai, kekuatan
jati diri perlu dimantapkan untuk menjadikan guru sebagai qudwah dan role model
yang disegani oleh anak-anak didik.

Dan kita tidak dapat menafikan segala bakti dan pengorbanan yang telah ditaburkan
oleh guru-guru, apa yang kita kecapi dan nikmati hari ini adalah sebahagian dari hasil
perjuangan dan pengorbanan guru-guru terdahulu, Negara kini diterajui oleh
pemimpin-pemimpin berwibawa yang diasuh oleh guru-guru yang berkualiti, dan
pengorbanan mereka wajar kita sanjungi dan hargai. Allah S.W.T. mengangkat darjat
orang-orang beriman dan berilmu seperti yangb ditegaskan dalam surah al-Mujadalah
ayat 11 :
Ertinya :

“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di-antara kamu dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu)”.

Seterusnya sama-samalah kita berdoa agar kita semua diberikan kekuatan untuk
melaksanakan amanah Allah dalam agenda pendidikan, membangun insan kerana
semua kita adalah murabbi sekurang-kurang sebagai pendidik kepada diri sendiri agar
tidak alpa dan melupakan Allah S.W.T. Doa kita untuk para guru yang telah kembali
kerahmatullah semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka dan menempatkan
mereka bersama para anbiya, syuhada dan solehin.

Anda mungkin juga menyukai