Anda di halaman 1dari 2

Tukarkan perkataan ke dalam tulisan jawi.

Pembangunan dan kemajuan sesebuah negara bergantung kepada kestabilan politik, pendidikan, dan
ekonomi. Jika sesebuah negara tidak aman, kestabilan politik akan tergugat, aktiviti perekonomian
1 akan lumpuh, dan pendidikan akan terjejas. Akibatnya negara menjadi mundur dan sering terdedah
kepada ancaman luar.

Umat Islam wajib berusaha mendapatkan kemuliaan dengan menuntut ilmu sebanyak mungkin. Kita

2 hendaklah berusaha sedaya upaya mempertingkatkan penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu agar
menjadi umat yang maju.

Orang Islam yang bertakwa sentiasa berdoa dan bertaubat daripada dosa yang telah mereka lakukan
3 sama ada sengaja atau tidak sengaja.

Bergaul dengan golongan yang mengamalkan ajaran sesat boleh menyebabkan seseorang itu

4 terpengaruh dengan fahaman mereka. Oleh itu, orang Islam wajiblah menjauhkan diri daripada
golongan itu.

KeEsaan dan kebesaran Allah SWT dapat dilihat melalui ayat al-Quran dan ciptaanNya yang

5 menakjubkan. Manusia diberi amanah menjaga alam ini untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Kita
juga hendaklah mengkaji kejadian alam untuk mengetahui keagungan dan kekuasaan Allah SWT.

Al-Quran diturunkan kepada manusia kerana mereka mampu melaksanakan tanggungjawab


6 menyebarkan ajaran al-Quran serta melaksanakannya.

Islam memerintahkan umatnya supaya menghargai masa. Menyegerakan segala urusan kehidupan
7 adalah manifestasi kepada penghargaan salah satu ciri mukmin bertakwa yang dimuliakan oleh Allah
dan rasulnya.
Orang yang memiliki ketinggian aspek kerohanian dalam dirinya dapat membantu peribadi yang

8 memiliki sifat-sifat mahmudah. Ketakwaan kepada Allah menjadikan kehidupan sentiasa terarah
kepada kebaikan dan ketinggian akhlak.

Keyakinan terhadap akidah yang sempurna lahir daripada kepercayaan dan keyakinan yang teguh
disertai dengan ucapan dua kalimah syahadah. Ia bukan hanya dituturkan dengan kata-kata melalui
9 pengakuan syahadah tetapi hendaklah dibuktikan dengan melaksanakan segala perintah Allah dan
meninggalkan laranganNya.

Islam adalah agama yang sesuai dianuti oleh setiap manusia. Islam tidak memaksa orang bukan Islam
10 memeluk agama Islam. Allah SWT sahaja yang berhak memberi taufik dan hidayah kepada mereka.

Amalan ziarah-menziarahi boleh merapatkan semangat kejiranan, sama ada pada musim perayaan
11 ataupun ketika jiran ditimpa musibah seperti sakit atau kematian.

Hati yang sentiasa mengingati Allah akan menjadi lembut dan mudah menerima kebenaran. Kita

12 hendaklah sentiasa membasahi lidah dengan berzikir kepada Allah. Berzikir boleh menyebabkan
hati kita menjadi tenang.

Islam adalah agama yang hak, bersifat universal dan terbuka kepada semua yang ingin mengkaji dan
13 menganutinya. Agama Islam sesuai bagi semua bangsa, tidak mengira warna kulit dan keturunan.

Alam ini adalah khazanah Allah. Manusia diperintah berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh

14 menyelidik alam ini bagi mendapat manfaatnya. Allah memerintah supaya manusia mencari
kurniaanNya untuk akhirat di samping tidak melupakan tuntutan kehidupan di dunia.

Anda mungkin juga menyukai