Anda di halaman 1dari 8

MINIT CURAI TAKLIMAT PERANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM DAN SUKAN TAHUN 2018

TARIKH : 26 JANUARI 2018


MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : BLOK RANGGIE, PPD KANOWIT
KEHADIRAN :
1. EN. WILLY ANAK JOHNSON KETUA UNIT, UPPK
2. EN. PANG KUNG UNG PENYELIA KK, UPPK
3. EN. MOHD. AMIN B. ABDULLAH GB SK RT KEMIDING/PT NYANYIAN
4. PN. WONG FUNG CHUO GB SJKC LIANG HUA
5. EN. JILAN AK UNOH PKKK SMK KANOWIT
6. EN. JOSEPH ANAK JABU PKKK SMK NG DAP
7. EN. CHIA FUK KHIEN PKKK SMK SEDAYA
8. EN. EDWARD AK RENANG PKKK SK ST FRANCIS XAVIER
9. EN. KENNY BILONG LUSAT PKKK SK ULU RANAN/PT BOLA SEPAK
10. EN. ROSLIND AK JOHN LITTLE PKKK SK RT DILANG
11. EN. PAUL JOHN PKKK SK SG TUAH
12. EN. KIAI ANAK JILAN PKKK SK NG DAP
13. EN. NAWIN B. BANGIR PKKK SK ULU BAWAN
14. EN. TENNYSON RENGGIE AK BERNARD PKK SK NG TADA
15. EN. MIKEM AK LONGGIOK PKKK SK NG MACHAN/PT TKRS
16. PN. SII HUNG KIONG PKKK SJKC YEE TING
17. EN. BERNERD AK GIRAK PKKK SK NG BALINGIAU
18. EN. PETER JOHN PKKK SK NG NGUNGUN
19. EN. SIA KEN HUA PKKK SJKC YOK MING
20. EN. CHENG HOCK SIING PKKK SJK CHIH MONG
21. EN. NORADINI BINTI ROSLI PKKK SK RT KEMIDING
22. EN. PHILIP ANAK TINGGI PKKK SK SENGAYAN
23. EN. MOHD. NURMISUARI SK NANGA JAGOI
24. CIK MASNIZAN BINTI HAMDAN PKKK SK ULU MAJAU
25. EN. JIMMY TELAJAN AK WARRANT PKKK SK NANGA PEDAI
26. EN. KONG SIEW HUA PKKK SJKC LIANG HUA
27. PN. JACQUELINE AK GABRIAL PT KEBUDAYAAN
28. EN. MARCUS AK UNYAT PT BAHASA MALAYSIA
29. PN. EVELIN AK WALLIAN JALI PT BAHASA INGGERIS
30. PN. CLARA BUNGAN ERANG PT SAINS
31. PN. WONG LING PT BAHASA CINA
32. EN. CHRISTHOPER AK GAING PT TKRS
33. EN. GOSSTIN ANAK BLIN PT PENGAKAP
34. CIK PAN MEE YEE PT BSMM
35. CIK BAITIE ZAHARAH BINTI MORNEY PT PANDU PUTERI
36. PN. KATHY ANAK KAMARAH PT TKRS
37. CIK MARDINAH BT YUSOF PT TKRS
38. EN. ALEX WONG CHIEW QUN PT TKRS
39. CIK SITI AZLINA BINTI MD NOH PT BOLA JARING
40. EN. SAUNG ANAK BERANDI PT FUTSAL
41. EN. SIMON AK JARIT PT BADMINTON
42. EN. BELAJA AK CHAKING PT BOLA BALING
43. EN. CHAI SENG HOWE PT PING PONG
44. EN. TERENCE JUAN AK BUNDONG PT OLAHRAGA
45. EN. MOHD AFIF BIN MOHD YUSOF PT INOVASI
46. EN. SUSY ANAK GENTA PT INOVASI
47. EN. NYANDANG ANAK SERUWAT PT SEPAK TAKRAW
48. EN. JEFF SIEW KUN XIONG PT BOLA KERANJANG

TIDAK HADIR :
1. NORLINA BINTI ALAN PT HOKI

1.0 Taklimat daripada Pengerusi

1.1 Amanat daripada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Cikgu Rakayah Binti Madon.
Beliau memberikan penghargaan kepada semua tenaga jurulatih diperingkat akar umbi (
Sekolah/ Daerah/ Bahagian/ Negeri/ Kebangsaan ). Beliau juga mengucapkan tahniah
kepada semua sekolah yang terlibat dalam semua aktiviti sukan dan kokurikulum di setiap
peringkat. Beliau berharap agar pembangunan sukan di sekolah dan PPD dapat
diteruskan. Beliau juga menegaskan bahawa tiada pengecualian aktiviti sukan di sekolah
dan aktiviti tersebut perlu dijalankan sepanjang tahun. Malah, guru-guru juga perlu
sentiasa melatih murid sepanjang tahun. Setiap sekolah perlu mengutamakan 5 elemen
dalam melaksanakan aktiviti 1 Murid 1 Sukan di sekolah iaitu:
1.1.1 Latihan dan Kejohanan Merentas Desa (melibatkan semua murid)
1.1.2 Sukantara yang melibatkan olahraga dan balapan
1.1.3 Latihan Kejohanan Balapan dan Padang
1.1.4 Latihan permainan antara Rumah Sukan
1.1.5 Pertandingan antara kelas bagi sekolah menengah dan sekolah yang
mempunyai bilangan murid yang ramai.
1.2 Pengerusi memperkenalkan Penyelia Kokurikulum yang baharu iaitu Cikgu Pang
Kung Ung. Kerjasama yang padu oleh semua yang terlibat dengan UPPK agar semua
tugasan dapat dilaksanakan dengan baik.

1.3 Di PPD Kanowit terdapat dua Pusat Latihan Daerah (PLD) iaitu di SMK Kanowit dan di
SMK SEDAYA. Semua maklumat mengenai 1 Murid 1 Sukan telah dimuat naik di dalam
Telegram UPPK.
1.4 Mengenai surat jemputan pertandingan dan pengelolaan pula, jika terdapat mana-mana
sekolah yang menerima surat jemputan daripada Sekolah dari PPD Sibu atau PPD
Selangau tanpa melalui PPD Kanowit, adalah tidak digalakkan untuk mengikuti aktiviti
tersebut kerana tidak mengikut SOP yang betul. Namun, jika pihak sekolah ingin
menyertai aktiviti tersebut, pihak sekolah perlu bertanggungjawab sekiranya apa-apa yang
tidak diingini berlaku. Surat jemputan pertandingan daripada Sekolah PPD Sibu atau PPD
Selangau perlulah melalui dan salinan PPD Kanowit dimana Pegawai PPD Kanowit
perlu menandatangani surat tersebut terlebih dahulu. Jika pihak sekolah masih menerima
surat tanpa melalui dan salinan PPD, pihak sekolah perlu memaklumkan kepada sekolah
pengelola untuk membuat surat yang mengikut SOP yang betul.

1.5 Penyertaan aktiviti sukan dan kokurikulum di peringkat Bahagian dan Negeri adalah di
bawah tanggungan sekolah masing-masing. Peruntukan yang ada di peringkat PPD akan
digunakan untuk menanggung perbelanjaan pengelolaan aktiviti sukan dan kokurikulum di
peringkat daerah Kanowit sahaja. Oleh itu, tiada paksaan untuk pihak sekolah menyertai
pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.

1.6 Semua aktiviti kokurikulum tidak akan dilaksanakan lagi di peringkat Bahagian. Semua
sekolah hanya perlu menyertai pertandingan aktiviti kokurikulum di peringkat daerah akan
terus menyertai pertandingan di peringkat Negeri. Oleh itu, pihak sekolah perlu
menggunakan peruntukan kokurikulum( BKKS & BKKA) dan sukan (BSS) yang
disalurkan ke sekolah dalam melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum serta untuk
menghantar murid bertanding. Pihak sekolah dinasihatkan untuk tidak berputus asa dan
mencari jalan penyelesaian berkenaan dengan peruntukan agar dapat memupuk
kemenjadian murid di peringkat yang lebih tinggi. Setiap sekolah pengelola aktiviti sukan
dan kokurikulum peringkat daerah Kanowit hanya perlu menyediakan hadiah dan sijil
penghargaan mengikut kemampuan sekolah masing-masing. Manakala pihak PPD hanya
menyediakan sijil penyertaan dan pencapaian untuk murid-murid yang menyertai setiap
aktiviti sukan dan kokurikulum.

1.7 Semua Sekolah Menengah Daerah Kanowit perlu menyertai Kejohanan Olaraga MSSD
Kanowit yang akan diadakan pada bulan Julai nanti. Bagi aktiviti kokurikulum, setiap
Sekolah Menengah wajib menghantar 2 orang murid bagi kategori individu manakala 1
kumpulan bagi aktiviti berkumpulan. Manakala bagi Sekolah Rendah yang mempunyai
bilangan murid yang sedikit (Sekolah Kurang Murid), sekolah tersebut adalah diwajibkan
untuk menyertai sekurang-kurangnya dua aktiviti sukan dan dua aktiviti kokurikulum. Bagi
sekolah yang mempunyai enrolmen yang besar ( 100 orang ke atas ) pula wajib menyertai
empat karnival utama kokurikulum dan empat jenis sukan di peringkat Daerah.

Tindakan : Semua Sekolah

2.0 Pembentangan Takwim Aktiviti Kokurikulum Peringkat Daerah Kanowit 2018

2.1 Karnival Kokurikulum Peringkat Negeri akan diadakan di Sarikei pada Bulan April/Julai
2.2 Karnival Bahasa Melayu peringkat Daerah Kanowit akan diadakan pada 10 Mac 2018 dan
dilaksanakan dalam bentuk karnival satu hari.
2.3 Setiap sekolah pengelola perlu mengoptimumkan penggunaan peruntukan yang
disalurkan ke sekolah. Sekolah pengelola tidak perlu mengelolakan aktiviti yang
menggunakan perbelanjaan yang besar.
2.4 Setiap pertandingan yang melibatkan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah akan
diadakan di tempat yang sama. Manakala bagi pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap
2 perlu dilaksanakan di dua tempat yang berbeza memandangkan sambutan penyertaan
yang tinggi pada setiap kali penganjuran.
2.5 Sekolah pengelola boleh menggunakan ‘portable speaker’ di tempat-tempat pertandingan.
2.6 Aktiviti Bahasa Cina adalah wajib disertai oleh semua sekolah SJK Daerah Kanowit.
Karnival Bahasa Cina akan diadakan pada 13 Mac 2018.
2.7 Semua sekolah menengah diwajibkan menyertai semua aktiviti dalam setiap karnival
utama Peringkat Daerah bagi mencari bakat untuk dipertengahkan ke peringkat negeri.
2.8 Karnival Bahasa Inggeris akan diadakan pada 9 April 2018 iaitu pada hari Isnin.
2.9 Pertandingan ‘Public Speaking’ akan diadakan serentak antara sekolah rendah dan
sekolah menengah di satu tempat pertandingan sahaja.
2.10 Setiap kertas konsep yang dihasilkan perlulah mengikut kertas konsep peringkat negeri
dan semua kertas konsep tersebut akan diemelkan ke setiap sekolah.
2.11 Peserta untuk pertandingan ‘Poetry Recitation’ adalah seramai dua orang bagi setiap
kumpulan.
2.12 Karnival Sains akan dilaksanakan pada 14 Mac 2018 dan semua sekolah yang menyertai
perlu membawa bahan sendiri.
2.13 Karnival Inovasi Kelab dan Persatuan akan dijalankan pada 28 Mac 2018. Inovasi yang
telah dijalankan pada tahun sebelumnya tidak dibenarkan untuk dihantar sebagai produk
inovasi pada tahun ini.
2.14 Setiap surat pelantikan hakim perlulah melalui dan salinan Guru Besar atau Pengetua.
Sekolah pengelola boleh menggunakan Guru Pengiring sebagai hakim setiap aktiviti
yang dijalankan agar tidak terlalu ramai guru yang keluar dari sekolah.
2.15 Karnival Kesenian akan dijalankan pada 28 Februari 2018. Bagi pertandingan tarian,
hanya satu jenis Tarian Tradisional sahaja yang perlu dipersembahkan. Setiap sekolah
yang menyertai boleh memilih antara Tarian Zapin, Tarian Inang, Tarian Joget atau Tarian
Asli.
2.16 Perkhemahan TKRS akan diadakan 28 - 30 Jun 2018. Pemilihan wakil sekolah rendah
dan sekolah menengah akan dilaksanakan.
2.17 Perkhemahan Besepadu Pasukan Unit Beruniform SR akan diadakan pada 18 – 20
Oktober 2018.

Tindakan: Semua Sekolah Pengelola dan Pegawai Teknikal KK

3.0 Pembentangan Takwim Aktiviti Sukan 2018

3.1 Setiap sekolah perlu menggunakan peruntukan yang disalurkan ke sekolah.


3.2 Bagi pertandingan Merentas Desa, surat yang dikeluarkan adalah tidak melalui dan
salinan ke PPD. Oleh itu, setiap sekolah yang ingin menyertai perlu menunggu maklum
balas mengenai surat yang mengikut SOP dari pihak SJKC Methodist, Sibu.
3.3 Setiap aktiviti latihan berpusat perlu diuruskan oleh Penolong Kanan Kokurikulum sendiri.
Sekolah juga perlu menyediakan makanan bagi setiap murid yang terlibat.
3.4 Cikgu Edward diminta untuk menguruskan Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah antara
Sekolah Rendah. Pertandingan Peringkat Negeri akan diadakan pada bulan Julai.
3.5 Daerah Kanowit akan menyertai pertandingan Sepak takraw peringkat Negeri Sarawak.
3.6 SK St Francis Xavier akan menguruskan latihan berpusat bagi permainan Bola Baling.
Pihak sekolah perlu menyediakan penginapan bagi setiap murid yang terlibat.
3.7 Piala Yayasan Sarawak Perigkat Negeri Zon Tengah akan dikelolakan oleh Daerah
Kanowit. Bagi sekolah rendah, SK Nanga Tada dan SK Ulu Bawan akan digunakan
sebagai tempat pertandingan. Manakala SK Nanga Pedai dan SMK SEDAYA akan
digunakan bagi pertandingan sekolah menengah. Latihan berpusat akan diadakan
selepas UPSR.
3.8 Karnival PSKPP peringkat Daerah Kanowit akan diadakan pada 12 – 14 April 2018.
Sekolah pengelola perlu merujuk kepada Cikgu Joseph Jabu, PK KK, SMK Ng Dap
berkenaan dengan tatacara pengelolaan. Guru dan AKP yang terlibat dengan acara pada
13 April 2018 boleh mengikuti acara tersebut namun pihak sekolah perlu menjaga MMI
guru yang terlibat. Perkara ini akan diperhalusi lagi semasa mesyuarat bersama dengan
sekolah-sekolah zon pengelola. Acara Badminton Perempuan tidak dilaksanakan bagi
PSKPP peringkat Negeri.
3.9 Karnival ASAT akan diadakan pada 11 dan 12 Mei 2018 dan akan dikelolakan oleh SK
Nanga Ngungun dan SMK Nanga Dap.
3.10 Sukan Pribumi akan diadakan sebelum UPSR iaitu pada 10 Ogos 2018 di SK Nanga
Jagau. Permainan yang akan dilaksanakan ialah Bola Sepak dan Bola Baling.
Pertandingan peringkat Negeri akan diadakan pada 15 – 17 Ogos 2018 di Bintulu.

Tindakan: Semua PKKK, Sekolah Pengelola dan Pegawai Teknikal Sukan

4.0 Pembentangan mengenai Kejohanan Balapan dan Padang serta Permainan (MSSR) oleh
Guru Besar Liang Hua.

4.1 Pembangunan Kejohanan Balapan dan Padang akan diadakan pada 12 – 14 Julai 2018.
Stadium Kanowit atau SMK SEDAYA akan digunakan sebagai tempat pertandingan.
Perasmian Kejohanan akan diadakan pada 12 Julai 2018 pukul 3.30 petang dan akan
dikelolakan oleh SK Ulu Poi. Penutupan Kejohanan pula akan diadakan pada 14 Julai
2018 pukul 3 petang dan akan dikelolakan oleh SK Batu Luking. Bagi acara sekolah
menengah, maklumat akan diambil daripada Cikgu Chia, PKKK SMK SEDAYA.
4.2 Karnival Permainan MSSR pula akan diadakan pada 3 – 5 Oktober 2018. Antara
permainan yang akan dipertandingkan ialah seperti hoki, bola baling, bola jaring, bola
sepak, ping pong, badminton dan sepak takraw.
4.3 Piala Keseluruhan bagi Kejohanan Balapan dan Padang serta Permainan adalah
berasingan.

Tindakan : Sekolah Pengelola MSSR

5.0 Laporan Penglibatan dan Pencapaian

5.1 Semua sekolah telah menghantar laporan penglibatan dan pencapaian bagi tahun 2017.
5.2 SMK SEDAYA masih belum menghantar Laporan 1 Murid 1 Sukan.
5.3 Pihak sekolah perlu sentiasa peka dengan segala maklumat yang dihantar melalui emel
sekolah dan telegram UPPK.
5.4 Laporan penglibatan dan pencapaian perlu dihantar sebanyak dua kali setahun iaitu pada
akhir Bulan Mei dan akhir Bulan November. Laporan yang dihantar perlulah menggunakan
tapak laporan yang sama.

Tindakan: Semua Penolong Kanan Kokurikulum

6.0 Hal-Hal Lain


6.1 Setiap sekolah pengelola perlu memaklumkan dengan lebih awal mengenai jumlah sijil
yang diperlukan bagi setiap pengelolaan. Setiap sekolah yang mengelola perlulah
menggunakan format sijil yang sama. Sijil yang perlu disediakan ialah Sijil Penyertaan,
Sijil Pencapaian dan Sijil Penghargaan.
6.2 Logo pada ‘banner’ dan sijil perlulah betul dan mengikut susunan kekananan. Logo yang
digunakan ialah Jata Negara dengan tulisan Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika
aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti peringkat daerah, perkataan PPD Kanowit perlulah
ditulis dibawah garisan Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi acara sukan, logo MSS
Sarawak boleh digunakan.
6.3 Cikgu Nawin memaklumkan mengenai Pertandingan Sepak Takraw yang akan diadakan
pada 8 Februari 2018. Latiah berpusat akan diadakan pada 5 – 7 Februari 2018. Jurulatih
bagi Sepak Takraw telah dilantik dan penginapan murid-murid yang terlibat juga telah
disediakan. Cikgu Nawin juga memaklumkan hanya ada satu penyertaan dari daerah
Selangau pada masa ini. Pihak pengelola memaklumkan bahawa sekolah memerlukan
peruntukan untuk membeli peralatan bagi pertandingan tersebut.
6.4 Pengerusi memaklumkan mengenai enam orang atlet dari daerah Kanowit yang sedang
melanjutkan pelajaran di SMK Tabuan Jaya iaitu empat orang atlet Bola Sepak, seorang
atlet Sepak Takraw dan seorang atlet Olahraga. Khidmat atlet-atlet tersebut boleh
digunakan sebagai wakil daerah namun segala perbelanjaan perlu ditanggung oleh pihak
sekolah yang terlibat. Pihak sekolah atau PIBG Sekolah asal murid berkenaan disaran
agar membantu SSN Tabuan Jaya dalam pembelian kasut dan peralatan sukan lain bagi
menjaga kebajikan mereka.
6.5 Pengerusi memaklumkan bahawa Pasukan Tabuan Jaya akan menjadi pasukan ke 13
dalam MSS Sarawak.
6.6 Segala maklumat berkenaan dengan setiap aktiviti sukan dan kokurikulum akan dimuat
naik di dalam Telegram UPPK dan Pegawai Teknikal.
6.7 Cikgu Terence Juan memberi cadangan sekiranya pihak PPD Kanowit mempunyai dana
berlebihan, beliau ingin mengadakan klinik dan bengkel olahraga agar teknik-teknik dapat
dikongsikan kepada semua sekolah. Klinik dan bengkel olahraga ini akan dilaksanakan
sebelum Pembangunan Olahraga dijalankan.
6.8 Semua sekolah pengelola dan pegawai teknikal perlu menghantar semua kertas konsep
pertandingan ke setiap sekolah pada minggu hadapan.
6.9 Setiap aktiviti sukan dan kokurikulum yang dijalankan di sekolah perlu diselitkan dengan
elemen KBAT. Pengerusi berkongsi beberapa contoh aktiviti KBAT yang boleh dijalankan
di sekolah.

Tindakan : Untuk Makluman

Dicatat oleh, Disemak oleh,

-dihantar melalui emel- -dihantar melalui emel-


(MOHD AFIF BIN MOHD YUSOF) (WILLY ANAK JOHNSON)
PT Inovasi Ketua Unit,
Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit

Anda mungkin juga menyukai