Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN A

Soalan 1 hingga 16

1. “Tuanku Sultan sedang bersantap bersama keluarga _____________”. Kata memanda


menteri kepada laksamana.
A permaisuri
B beta
C baginda
D tuan hamba

2. “Sebelum ke sekolah esok pastikan semua kerja sekolah ___________ yang diberi oleh
guru disiapkan dahulu,” kata ibu kepada anak-anaknya.
A awak
B kalian
C kami
D kita

3. Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini.

Telur burung itu baru ___________ pagi tadi.

A menetas
B merekah
C memecah
D mengeram
4. Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

Rumah yang besar itu kelihatan ___________ kerana sudah lama tidak didiami.

A baru
B tegap
C usang
D hodoh

5. Mak Limah mengisi sarung bantal itu dengan __________.

A bebenang
B rerambut
C kekabu
D lelabu

6. Mesin basuh automatik itu tidak berfungsi kerana tersalah _________ wayarnya.

A bubuh
B cucuk
C pasang
D letak

7. Dia kelihatan __________ sebelum keputusan UPSR diumumkan.

A hingar -bingar
B keluh-kesah
C kelam-kabut
D mundar-mandir
8. Mak Siti menyidai pakaian di ___________ sahaja memandangkan cuaca kelihatan
mendung sejak awal pagi tadi.

A halaman rumah
B atas rumah
C bumbung rumah
D anjung rumah

9. Encik Yusri tidak dibenarkan masuk ____________ dewan kerana beliau datang lewat,
tetapi dia berusaha mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.
A di
B ke
C dalam
D hingga

11. Segala persiapan untuk mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak Pak Uda
_____________ siap dibuat.

A. akan
B. telah
C. masih
D. pernah

12. _____________ murid tahun enam berada di dewan untuk mendengar ceramah motivasi.

A. Setengah
B. seluruh
C. semua
D. segala

13. Encik Goh memulangkan semula makanan dalam tin itu kerana tarikh__________nya
telah tamat.

A. guna
B. lapuk
C. luput
D. lupus
14. “Encik Samad dimasukkan ke hospital kerana diserang sakit jantung,” kata Muin kepada
Salim.

A. Muin memberitahu Salim bahawa Encik Samad dimasukkan ke hospital kerana


diserang sakit jantung.

B. Muin diberitahu oleh Salim bahawa Encik Samad dimasukkan ke hospital kerana
diserang sakit jantung.

C. Salim ingin tahu daripada Muin sebab Encik Samad dimasukkan ke hospital.

D. Salim diberitahu oleh Muin bahawa Encik Samad dimasukkan ke hospital sakit
jantung.

15 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I “Alamat, saya lambat lagi!” jerit Safiah.


II Guruh berdentum alamat hari akan hujan.
III Alamat pada sampul surat itu hendaklah ditulis dengan jelas untuk
memudahkan posmen menghantarnya.
IV Loceng dibunyikan alamat pertandingan akan tamat sebentar sahaja lagi.
A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

16 Pilih ayat yang betul.

I Harga ikan bawal putih sangat mahal berbanding dengan harga ikan-ikan yang
lain.
II Kedua orang anak perempuannya menjadi doktor bedah di Hospital Pakar An-
Nur.
III Majlis doa selamat ini adalah bagi menyambut kepulangan kakak dari luar negara.
IV Kamus ekabahasa yang baru diterbitkan itu dijual dengan harga yang amat
berpatutan.

A. I dan II
B. II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV
Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang ceria ini,
saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Penggunaan Internet”.

Hadirin yang dihormati,

Penggunaan internet pada masa kini semakin meluas. Ia digunakan dalam pelbagai
bidang dan urusan. Penggunaan internet dalam pelbagai urusan bukan sahaja mudah malah
menjimatkan masa dan tenaga.

Pada masa kini, tumpuan terhadap pengiklanan dan pemasaran menerusi internet sedang
diperluaskan. Ini memandangkan internet dalam pengiklanan dan pemasaran akan mejadi
penting pada masa akan datang.

Dari sudut lain penggunaan internet dilihat sebagai perubahan cara atau gaya hidup dalam
urusan perniagaan. Penggunaan internet harus dilihat dari sudut yang positif. Ini kerana sering
berlaku perbincangan tentang kesan negatif daripada internet pada golongan remaja. Namun, kita
harus melihat internet dari sudut yang positif. Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak unsur
negatif dalam internet. Namun,kita harus bijak untuk mengaplikasikan unsur positif internet
dalam kehidupan.

Tumpuan sekarang ialah bagaimana untuk mendidik golongan remaja agar menggunakan
internet secara yang bermanfaat kepada mereka.

Akhir sekali, saya berharap penggunaan internet tidak disekat pada golongan remaja.
Sebaliknya, mereka harus didedahkan dengan penggunaan internet secara positif.

Sekian, terima kasih.

17. Petikan syarahan di atas adalah berkaitan dengan ....

A. kesan penggunaan internet pada golongan remaja.


B. menggalakkan penggunaan internet secara positif.
C. golongan remaja terdedah dengan kemajuan internet.
D. kebaikan dan keburukan internet.
18. kebaikan internet dalam bidang pengiklanan dan pemasaran ialah...

A. promosi barangan dapat dibuat dengan cepat dan secara besar-besaran.


B. ia mudah menarik perhatian para pembeli
C. harga barangan yang diiklankan adalah lebih murah.
D. kualiti barangan yang dipasarkan melalui internet lebih murah.

19. Golongan remaja patut digalakkan menggunakan internet dengan cara yang....

A. terhad
B. berkesan
C. berjimat
D. berkumpulan
20. Mengapakah golongan remaja tidak patut disekat daripada penggunaan internet?

A. Mereka akan tetap menggunakan internet walaupun disekat penggunaannya.


B. Mereka dapat membezakan unsur positif dan negatif dalam internet.
C. Penggunaan internet akan berkembang luas dan pesat pada masa akan datang.
D. Penggunaan internet akan mengurangkan masalah social dalam kalangan remaja.

Anda mungkin juga menyukai