Anda di halaman 1dari 2

Format Ulasan Artikel dalam Jurnal

Assalammualaikum.
Salah satu "assignment" wajib selalunya ialah review jurnal/artikel.Tak kira pengajian
peringkat mana sekalipun, eca rasa ini adalah assignment yang amat popular.Bagi eca, sebagai
pelajar pascasiswazah, tugasan sedemikian dapat membantu kami untuk bersedia menyiapkan
jurnal yang baik semasa semester akhir nanti.So, berikut adalah isi yang boleh digunakan
ketika menyiapkan ulasan (review)

CONTOH ULASAN ARTIKEL DALAM JURNAL

Tajuk Artikel :
Nama Penulis dan Makluman Latar Belakang :
Tajuk Artikel dan Maklumat berkaitan (contohnya : Tarikh
Artikel Diterbitkan/ Nama Jurnal/ Bilangan dan sebagainya)
BAHAGIAN A : ULASAN MENYELURUH

Huraikan isi kandungan artikel yang dipilih secara


keseluruhannya.
BAHAGIAN B : PENDAPAT PENGULAS

Apakah isu utama yang dibangkitkan/diutarakan oleh


penulis?

Adakah isu itu menarik? Mengapa?

Adakah isu yang dibangkitkan/diutarakan oleh penulis


relevan bagi anda sebagai seorang penyelidik?

Adakah saya setuju (atau tidak setuju) dengan isi


kandungan/ hasil dapatan kajian artikel ini?

Adakah dan bagaimanakah persoalan kajian dijawab oleh


penyelidik/penulis?

Adakah

metodologi

kajian

yang

digunakan

oleh

penyelidik/penulis sesuai dengan kajian yang dijalankan?(contoh :


pemilihan informen/responden kajian dan kaedah pengutipan data
yang digunakan)
Adakah dapatan
menyakinkan anda?

kajian

ini

boleh

dipercayai

atau

Apakah langkah yang diambil oleh penyelidik/penulis


untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan kajian?

Adakah pengkaji mengambil langkah yang relevan bagi


memastikan etika penyelidikan dipatuhi?

Adakah artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan


terhadap cara anda berfikir tentang perkara yang dibangkitkan
dalam artikel tersebut?

Bagaimanakah maklumat atau pengetahuan yang anda


perolehi melalui pembacaan artikel ini dapat mencerahkan atau
memperbaiki cara anda melaksanakan penyelidikan secara
kualitatif/kuantitatif?

BAHAGIAN C : PENUTUP

Apakah penemuan/ilmu pengetahuan baru daripada


artikel yang anda perolehi atau pelajari sebagai seoarang bakal
penyelidik?
Bagaimanakah anda akan menggunakan ilmu pengetahuan
ini dalam kajian yang akan anda lakukan pada masa akan datang?

Sekiranya anda melakukan kajian seperti yang


dibincangkan dalam artikel yang anda pilih, apakah ada perkara yang
ingin anda ubah bagi meningkatkan kualiti kajian?

Anda mungkin juga menyukai