Anda di halaman 1dari 1

Chong Mun Yee PPISMP BC(SK)-----M14

HUKUM AM DALAM SEJARAH (ANALOGI DALAM SEJARAH) Hukum am dapat membawa hubungan masa lalu dengan masa kini, kesimpulan yang dilakukan berdasarkan persamaan atau keserupaan, contohnya analogi yang memisalkan dua benda yang berbeza tetapi memiliki satu atau lebih ciri-ciri keserupaan. Menurut Garaghan: Analogi menggunakan prinsip ganda iaitu sesuatu peristiwa yang berlaku itu pasti ada penyebab dan kesannya. Sumbangan hukum am dalam sejarah ialah membantu sejarawan dalam menjalankan penyelidik sejarah dengan mendedahkan aspek baru dan

hubungannya dengan fakta, dengan caara menghuraikan pencanggahan yang meragukan untuk mencari kebenaran, mengemukakan masalah baru dan

mencadangkan andaian-andaian dengan mencetuskan data-data baru sebagai bukti, menjelaskan hubungan persamaan dua benda yang digunakan yang dikatakan mempunyai persamaan itu berkisar pada sifat asalnya dan dianggap berulang sebagai penyebab sesuatu peristiwa dalam kehidupan seharian. Contoh hukum am: persamaan antara revolusi Perancis dan revolusi Rusia yang merujuk kepada system pemerintahan mutlak dan tidak dirujuk kepada bagaimana cara

pemerintahan dilaksanakan. Kesalahan atau masalah dalam hukum am dalam sejarah ialah kekaburan sejarawan untuk memahami sifat dalaman (intrinsic) sesuatu peristiwa dengan hanya melihat sifat luaran dan dihubungkan dengan ciri-ciri peramaan, wujudnya perbandingan sesuatu peristiwa dari aspek persamaan dan perbazaan dari segi waktu peristiwa itu berlaku, penulis cuba meluaskan perbandingan dan gambaran sehingga memasukan unsur imaginasi dan berlakunya campur aduk fakta yang sah dan tidak sah walaupun analogi tersebut masih selari dengan kehendak sejarah. Contoh perbandingan sejarah Roman Greek dibandingkan dengan sejarah Kristian pada masa kini. Penggunaan hukum am dalam sejarah mengikut garraghan ialah c iri persamaan yang ingin digunakan dalam analogi perlu dikaji dengan sempurna untuk mendapatkan ketepatan. Kesimpulan hukum am yang bertentangan dengan fakta tidak sesuai digunakan dan persamaan analogi mestilah berpandukan sifat asalnya.

Anda mungkin juga menyukai