Anda di halaman 1dari 10

KAJIAN TINDAKAN

BAHASA MELAYU TAHUN SATU


(LINUS DAN LINUS TEGAR)
SEK.KEB.ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP

1.0

ABSTRAK
Pada tahun 2010 , Program LINUS bagi murid Tahun 1 telah dimulakan. Program ini

bertujuan memastikan murid-murid tahap 1 (1, 2 dan 3 ) adalah boleh menulis dan
membaca . Program LINUS ini juga adalah salah satu program yang terletak di bawah
Bidang Keberhasilan Utama Negara( NKRA ). Tahun 2011 merupakan tahun kedua saya
mengajar Bahasa Melayu Tahun Satu.Saya memilih masalah murid LINUS sebagai Kajian
Tindakan saya.
Merujuk kepada analisa Saringan 1(Membaca dan menulis) dan

peperiksaan

pertengahan tahun ( 2011 ) yang lalu, saya mendapati ramai murid Tahun Satu Pesona
Sek.Keb. St. Anthony Cawangan Langkap,yang masih belum menguasai kemahiran
mengeja suku kata terbuka ( kv ). Kumpulan murid-murid ini adalah tergolong dalam
kumpulan murid Linus dan Linus tegar (Literasi ).

2.0

REFLEKSI PENGAJARAN YANG LALU.


Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu dan

saringan linus 2, didapati masih ramai murid tahun satu pesona yang belum menguasai
kemahiran mengeja suku kata terbuka (kv). Sekiranya murid-murid ini tidak boleh mengeja
suku kata (kv) agak sukar bagi mereka untuk menguasai kemahiran- kemahiran berbahasa
yang lain seperti membaca ayat dan menulis.

3.0

FOKUS KAJIAN /ISU KEPERIHATINAN


Fokus kajian ini tertumpu kepada masalah pembelajaran yang dialami oleh murid-

murid

Tahun

Satu

Pesona

Sek.Keb.St.Anthony

Cawangan

Langkap

(Tahun

2011).Kumpulan murid yang terlibat ini menghadapi masalah mengeja dan membunyikan
suku kata terbuka (kv). Seterusnya, mereka menghadapi masalah sukar mengeja dan
membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv) ataupun (kv + kv +
kv ).

4.0

OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian yang dijalankan ini, saya mensasarkan kepada objektif yang ingin

dicapai terbahagi kepada dua iaitu :


a.Objektif Umum
1) Murid-murid dapat meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 1 Pesona.
b.Objektif Khusus
1) Murid-murid Tahun 1 Pesona dapat mengeja suku kata terbuka (kv )
2) Murid-murid Tahun 1 Pesona dapat mengeja perkataan yang mengandungi suku

kata

terbuka (kv + kv)

5.0

KUMPULAN SASARAN
Fokus kajian ini mensasarkan murid Tahun 1 Pesona yang masih belum menguasai

kemahiran mengeja suku kata terbuka (kv) dan seterusnya mengeja perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka (kv + kv)
Jumlah murid sasaran =

20 orang

Jumlah murid lelaki

14

Jumlah murid perempuan =

orang

6 orang

Pecahan murid sasaran mengikut bangsa dan jantina adalah seperti berikut :
Lelaki

Perempuan

Jumlah

Melayu

6 orang

1 orang

7 orang

India

5 orang

4 orang

9 orang

Lain-lain(Asli)

3 orang

1 orang

4 orang

6.0

PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
a)Temubual dengan guru
Kaedah temubual dengan guru pula dibahagikan kepada :
i.guru yang mengajar mata pelajaran teras
ii.guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras

b)Temubual dengan murid


c)Temubual dengan waris/penjaga
d)Temubual dengan rakan sebaya
i. Temubual dengan guru
Merujuk kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran kelas Tahun 1 Pesona
,masalah pembelajaran murid Tahun 1 Pesona yang tidak dapat menguasai kemahiran
mengeja dan membunyikan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv) ialah
kebanyakan daripada mereka belum menguasai kemahiran mengenal huruf huruf vokal
dan huruf-huruf konsonan dengan sepenuhnya.
Menurut guru-guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras pula, kebanyakan
murid-murid yang bermasalah ini ini tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pengajaran guru. Di samping itu , murid-murid ini juga cepat berasa bosan dan mula
mengganggu rakan-rakan yang lain.
ii. Temubual dengan murid
Hasil temubual guru dengan murid-murid yang bermasalah ini ialah mereka berasa
sukar untuk mengeja dan membunyikan suku kata terbuka(kv) dan perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka (kv + kv) kerana beberapa huruf vokal dan huruf-huruf
konsonan yang belum dikuasai sepenuhnya.
Mereka juga menyatakan kurang mendapat sokongan dan motivasi daripada
keluarga di rumah. Apabila berada di rumah, murid-murid tidak dapat mengulangkaji
pelajaran dan tiada panduan yang baik untuk dicontohi.
c) Temubual dengan waris /penjaga
Hari Interaksi diadakan di sekolah selepas keputusan peperiksaan pertengahan
tahun diperolehi. Ibu bapa atau penjaga dijemput ke sekolah untuk berinteraksi dengan
guru mengenai perkembangan prestasi anak-anak ate anak di bawah penjagaan mereka.
Kesempatan ini digunakan oleh guru untuk berinteraksi bagi mengetahui keadaan muridmurid yang bermasalah ini semasa mereka berada di rumah.
Daripada temubual yang dijalankan , kebanyakan ibu bapa atau penjaga murid-murid
tidak mempunyai masa yang banyak untuk memantau kerja rumah yang diberikan oleh
guru. Desakan kos hidup yang semakin meningkat dan rata-rata bekerja di kebun atau
bekerja sendiri memaksa mereka untuk bekerja keras dan bekerja lebih masa . Setelah
pulang bekerja, mereka sudah keletihan dan tidak sempat untuk memantau kerja rumah
dan pelajaran mereka di rumah. Ditambah pula dengan kebanyakan ibu bapa dan penjaga

yang berpendidikan rendah, mereka berasa rendah diri dengan menyatakan tidak pandai
untuk mengajar anak-anak mereka di rumah.

d) Temubual dengan rakan sebaya


Rakan-rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam memastikan
peningkatan prestasi murid-murid yang bermasalah ini. Pengaruh rakan yang tidak baik
akan menyebabkan murid-murid juga berprestasi tidak baik. Daripada temubual rakan
sebaya daripada kumpulan murid Perdana, murid-murid yang bermasalah ini suka
mengganggu rakan yang lain dan tidak suka belajar. Kebanayakan murid Perdana kurang
selesa untuk membimbing rakan-rakan linusdan linus tegar yang suka mengganggu rakan
lain.

5.2

Rumusan Tinjauan Masalah


Berdasarkan kepada tinjauan masalah yang dijalankan, terdapat tiga rumusan yang

perlu diberi perhatian serius untuk memastikan murid-murid yang bermasalah ini tidak terus
hanyut dibelenggu masalah yang dianggap kecil ini. Tindakan segera perlu dilakukan agar
murid-murid ini dapat keluar daripada kelompok murid linus dan linus tegar dan seterusnya
mencapai hasrat NKRA ( Nilai Keberhasilan Utama Negara)
Rumusan :
i) memastikan murid-murid yang bermasalah ini mendapat sokongan dan motivasi
daripada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.
ii) memastikan murid-murid bermasalah ini menguasai kemahiran mengecam dan
mengenal huruf-huruf vocal dan konsonan dengan dengan baik.
iii) menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata terbuka (kv ) dan
mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv).
5.3

Melaksanakan Tindakan
Beberapa program dan aktiviti telah dijalankan bagi meningkatkan prestasi murid-

murid yang bermasalah ini bagi memastikan mereka keluar daripada kepompong
murid linus dan linus tegar. Di antara program dan aktiviti yang dirancang ialah :
a)

Permata Hati
Program ini dijalankan setelah Hari Interaksi bersama ibu bapa dilaksanakan. Melalui

program ini, Ibu bapa berperanan memantau perkembangan prestasi anak-anak mereka di
rumah. Mereka hanya memastikan anak-anak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh

guru. Selain daripada itu, mereka diharapkan dapat memberikan motivasi kepada anakanak agar belajar bersungguh-sungguh.
Ibu bapa atau penjaga akan diberikan Kad Pemantauan Kerja Rumah (Lampiran 1).
Setiap kerja rumah yang diberikan oleh guru perlu ditandatangani juga oleh ibu bapa
penjaga bagi memastikan murid-murid menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Di
samping keja rumah, mereka diharapkan dapat memberikan sokongan dan motivasi
kepada anak-anak agar berminat untuk belajar. Perjumpaan dengan ibu bapa atau penjaga
secara langsung dan tidak langsung juga diadakan bagi memastikan program ini berjalan
lancar.
Pemerhatian :
Beberapa bulan selepas program ini dijalankan, murid-murid mula menunjukkan
minat

belajar dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan walaupun tidak

sepenuhnya.
Refleksi

Hasil program ini menunjukkan peningkatan motivasi dan dorongan dalam diri muridmurid dan keadaan ini memberikan kesan yang positif kepada murid-murid untuk belajar
dan seterusnya memperbaiki kelemahan diri.
b)

Sinar Pagi
Aktiviti ini dijalankan setiap pagi hari persekolahan kecuali hari Isnin kerana diadakan

perhimpunan mingguan.Kumpulan tertentu akan membaca secara berlagu tentang hurufhuruf dan suku kata secara berkumpulan mengikut tahap kebolehan. Seorang ketua
dilantik bagi memastikan semua ahli kumpulan yang hadir pada hari tersebut melakukan
aktiviti yang sama. Melalui aktiviti ini adalah diharapkan akan dapat memberikan sinar yang
baharu kepada murid-murid ini.
Pemerhatian :
Hasil pemerhatian yang dijalankan melalui aktiviti ini, beberapa orang murid telah
mula menunjukkan peningkatan dalam mengenal huruf dan suku kata terbuka (kv).
Refleksi

Aktiviti secara berkumpulan ini banyak memberikan kesan yang positif kepada
murid-murid untuk belajar kerana berada dalam kumpulan yang kecil dapat memberikan
lebih keyakinan dalam diri murid-murid. Keyakinan sangat penting wujud dalam diri untuk
memotivasikan diri serta mengelakkan rasa rendah diri yang begitu tinggi dalam diri
muridmurid yang lemah.

c)

Program Menggapai Bintang


Program ini bertujuan memberikan perangsang kepada kepada murid-murid untuk

meningkatkan usaha mengumpulkan seberapa banyak bintang dan boleh ditukarkan


dengan hadiah-hadiah tertentu seperti pensel, pemadam,buku nota dan sebagainya. Bagi
mendapatkan bintang yang telah disediakan oleh guru, murid-murid perlu berusaha untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan baik dan kemas. Sekiranya latihan
membaca dijalankan, murid-murid perlu menguasai beberapa kriteria yang telah ditetapkan.
Di samping menguasai kemahiran belajar, murid-murid yang menunjukkan sikap baik atau
mengamalkan nilai-nilai murni juga diberi ganjaran bintang.
Pemerhatian:
Sepanjang perjalanan program ini dijalankan, murid-murid menunjukkan minat
untuk melakukan tugasan yang diberikan dengan baik dan bersungguh-sungguh. Ramai
murid yang terlibat telah mendapat ganjaran yang ditawarkan oleh guru.
Refleksi :
Walaupun program ini dilihat seakan murid-murid melakukan tugasan kerana untuk
mendapatkan sesuatu, namun kesan yang diperolehi sangat menggalakkan. Murid-murid
melakukan tugasan dengan baik di samping wujudnya semangat persaingan yang sihat di
kalangan murid-murid. Mereka perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
memperolehi sesuatu yang diharapkan.
d)

Aktiviti Latih tubi (Buku Suku Kata Berwarna)


Selepas sesi pengajaran khas untuk murid-murid linus dan linus tegardijalankan,

aktiviti latih tubi akan dijalankan bagi memastikan murid-murid diberi pengukuhan dan tidak
mudah lupa tentang perkara-perkara yang baru dipelajari.Buku rujukan membaca yang
digunakan mengandungi suku kata terbuka (kv + kv ) yang diwarnakan dengan warna yang
berbeza. Contoh buku Bacalah Sayang
Pemerhatian:
Ujian serta-merta secara lisan atau bertulis dijalankan bertujuan menguji daya
ingatan murid-murid semasa /selepas sesi pengajaran dan pembelajaran menunjukkan
murid-murid dapat menjawab hampir 70% soalan yang dinyatakan oleh guru.
Refleksi :

Latih tubi dilihat dapat memberikan impak yang positif kerana dapat mengukuhkan
ingatan murid-murid agar ingatan murid menjadi lebih lama atau kekal tentang perkaraperkara yang dipelajari setiap hari.

5.4

Penilaian
Berdasarkan beberapa program dan aktiviti yang dijalankan dengan kerja sama

semua pihak termasuk ibu bapa dan penjaga murid-murid, terdapat peningkatan prestasi di
kalangan murid-murid dalam kumpulan linus dan linus tegar.
Jadual dibawah menunjukkan perbezaan pencapaian prestasi murid linus dan murid tegar.
Sebelum Kajian Tindakan(Selepas Saringan 1)
Lelaki

Perempuan

Jumlah

Melayu

6 orang

1orang

7 orang

India

5 orang

4 orang

9 orang

Lain-lain(Asli)

3 orang

1orang

4 orang

Selepas Kajian Tindakan(Selepas Saringan 3)


Lelaki

Perempuan

Jumlah

Melayu

1 orang

tiada

1 orang

India

4 orang

1 orang

5 orang

Lain-lain(Asli)

2 orang

tiada

2 orang

Analisa daripada jadual dapat diterjemahkan ke dalam graf seperti berikut :

SEBELUM KAJIAN TINDAKAN


(SELEPAS SARINGAN 1)

SELEPAS KAJIAN TINDAKAN


(SELEPAS SARINGAN 3)

6.5

Refleksi Kajian
Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan , kita dapat membuat kesimpulan

bahawa sesuatu masalah pengajaran atau pembelajaran yang dihadapi di sekolah dapat
diselesaikan walaupun tidak seratus peratus berjaya. Kerjasama semua pihak seperti ibu
bapa , penjaga , guru-guru , pihak sekolah dan diri pelajar itu sendiri akan membuahkan
hasil yang baik . Walau bagaimanapun, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa ada
usaha keras yang berterusan dan juga menuntut kesabaran yang tinggi dalam diri
seseorang yang bernama guru.
Berdasarkan kepada keputusan selepas saringan 3 yang telah dijalankan, masih
terdapat seramai 8 orang murid linus bagi kelas Tahun 1 Pesona ini yang mewakili 70.37%

daripada jumlah keseluruhan murid. Peratusan ini belum mencapai sasaran yang telah
ditetapkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia iaitu selepas saringan 3 dijalankan adalah
diharapkan mencapai 90%

daripada keseluruhan murid. Walau bagaimanapun, jika

dibandingkan dengan pencapaian murid selepas saringan 1, hanya mencapai 25.93%


sahaja daripada keseluruhan murid termasuk dalam kumpulan Perdana. Dengan kajian
tindakan yang telah dijalankan ini, telah meningkatkan peratusan murid Perdana ke satu
tahap yang boleh dibanggakan. Berdasarkan analisa SWOT, masih terdapat beberapa
ancaman yang menghalang pencapaian seratus peratus Perdana.
7.0

Kajian Untuk Kajian Seterusnya.


Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya ingin menjalankan kajian yang

seterusnya.Misalnya, masalah pembelajaran murid dapat diperolehi lebih awal lagi. Oleh itu
masa yang lebih lama akan dapat memberikan kesan yang lebih baik apabila sesuatu
program atau aktiviti dijalankan. Keberkesanan sesuatu program atau aktiviti juga akan
dapat dipantau dengan lebih telus. Di samping itu beberapa kekangan lain seperti
kemudahan pembelajaran untuk murid-murid perlu ditambah dan dipelbagaikan ,
peruntukan masa yang lebih perlu diberikan kepada murid-murid linus dan linus tegar dan
kerjasama semua pihak adalah diperlukan. Dalam hal ini, peranan guru pemulihan juga
perlu dipertingkatkan bagi membantu murid-murid linus tegar.Di sekolah saya ( di
cawangan Langkap), tiada kuota guru pemulihan.
8.0

Rujukan

1) Ee Ah Meng (1990).Pedagogi Satu Pengenalan Edisi Kedua,Kuala Lumpur Fajar Bakti


Sdn.Bhd.
2) Juriah Long,Raminah Hj.Sabran,Sofia Hamid (1990),Perkaedahan Pengajaran Bahasa
Malaysia, Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn.Bhd
3) Ainon Mohd.,Abdullah Hassan,(2002),Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah, Kuala
Lumpur :PTS Publications &Distributors Sdn.Bhd.
4) Nurulhuda Abdul Rahman et al. (Eds.) (2011).Modul 1 Pengajaran,Teknologi
&Penaksiran

Jilid

1 KPD3016

&

KPD3026.

Tanjung

Malim:Fakulti

Pendidikan

&Pembangunan Manusia, UPSI


5) Annuar Ayub(Christoper Bowring-Carr,John West-Burnham) (1999), Pembelajaran
Berkesan di Sekolah,Kuala Lumpur:Institut Terjemahan Negara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai