Anda di halaman 1dari 1

PAPAN CERITA

Pada suatu hari seorang budak lelaki bernama Adi pergi ke sebuah tasik yang jarang
dikunjungi oleh orang lain. Tasik itu ialah Tasik Naga Jalinan. Tujuan dia pergi ke tasik tersebut
adalah untuk memancing ikan dengan harapan terdapat banyak ikan di tasik tersebut. Setelah
sampai di tasik itu, Adi pun meletakkan barang-barangnya dan mula memancing. Setelah
beberapa minit, Adi merasa pelik kerana air di tasik tersebut tiba-tiba berbuih. Selepas itu
muncul seekor naga yang datang dari dalam tasik tersebut. Adi terkejut dan mahu
meninggalkan tasik tersebut kerana takut akan naga tersebut, tetapi naga tersebut memanggil
Adi dan memberitahu bahawa dia bukan lah naga yang jahat dan dia ke situ hanya untuk
mencari adiknya yang sudah lama hilang. Naga itu memberitahu Adi bahawa dia merupakan
Naga Jalinan Sentuh kerana badannya berduri.
Setelah beberapa minit Adi dan Naga Jalinan Sentuh itu berbual, air tasik tu berbuih
semula. Naga Jalinan Sentuh dan Adi merasa pelik dan selepas itu muncul seekor lagi naga
yang mempunyai jalinan tampak pada badannya. Rupanya itulah adik kepada naga Jalinan
Sentuh itu, namanya Naga Jalinan Tampak. Abang naga itu bertanya kepada adik naga itu dia
pergi kemana kerana sudah beberapa hari tidak pulang kerumah. Rupanya adik naga itu pergi
ke rumah kawan nya dan dia sudah tinggalkan nota dekat peti ais tetapi abang naga itu tidak
melihat nota itu. Setelah naga Jalinan sentuh menjumpai adiknya disitu, mereka pon masuk
semula ke dalam air.. TAMAT

Anda mungkin juga menyukai