Anda di halaman 1dari 18

KERTAS KERJA

PENUBUHAN KELAB SEJARAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT RAJA,

BATU PAHAT, JOHOR


KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN KELAB SEJARAH
SEBAGAI AKTIVITI KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT RAJA

1.0 PENDAHULUAN
Kelab Sejarah adalah suatu platform oleh pihak Sekolah Kebangsaan Parit Raja
untuk memberi pendedahan bagi generasi muda untuk menghargai sejarah tanah air. Kelab
ini berakar umbi sebagai penggerak bagi membantu para pelajar menjadi masyarakat yang
bertanggungjawab terhadap kesejahteraan Negara kita. Aktiviti-aktiviti Kelab Sejarah ini juga
memfokuskan kepada usaha menjaga dan memulihara kesan peninggalan sejarah serta
memupuk rasa cinta kepada Negara bangsa.

2.0 RASIONAL
 Rasional pertama penubuhan Kelab Sejarah adalah kerana kelab ini belum pernah
ditubuhkan di Sk Parit Raja sebelum ini. Penubuhan kelab ini akan menjadi platform
pendedahan bagi generasi muda iaitu murid untuk menghargai sejarah tanah air
 Rasional kedua penubuhan Kelab Sejarah adalah kerana Malaysia merupakan
negara yang penuh dengan peristiwa-peritiwa penting. Sebagai contoh, peristiwa
penjajahan Negara kita pada suatu masa dahulu dan sejarah perjuangan tokoh-
tokoh kemerdekaan tanah air.

3.0 MATLAMAT

Kelab ini ditubuhkan adalah untuk memberikan kesedaran dan membentuk generasi yang
cinta akan sejarah tanah air, menjadikan sejarah sebagai teladan hidup dan memberikan
satu impak yang positif kepada Negara bangsa Malaysia.

4.0 OBJEKTIF
Objektif Kelab Sejarah ditubuhkan ialah:
 Menyemai nilai cinta akan Negara bangsa dalam kalangan ahli.
 Memberi peluang kepada para pelajar mengetahui sejarah Negara kita
 Melahirkan lebih banyak insan yang berwibawa, bertanggungjawab dan
berketrampilan pada masa hadapan
 Meningkatkan daya pengetahuan dalam kemahiran merancang, mengurus,
mengendali dan mengelola aktiviti atau kegiatan yang dirancang oleh persatuan
yang dipimpin
 Untuk memupuk sikap kerja sama antara murid semasa melaksanakan aktiviti kelab
terutamanya dalam aktiviti berkumpulan.

5.0 VISI
Untuk melahirkan sebuah generasi yang cinta akan sejarah negara dan menghargai Negara
bangsa.

6.0 MISI
 Meningkatkan dan menyemarakkan kesedaran sebagai pelajar yang perlu tahu
tentang sejarah tanah air.
 Memastikan semangat patriotik dapat dipupuk dalam diri pelajar dan guru.
 Meningkatkan kesedaran dalam kalangan ahli kelab dan para pelajar sekolah
mengenai kepentingan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.
 Melahirkan sebuah generasi yang mempunyai semangat berpasukan serta bersatu
padu melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh ahli-ahli kelab.

7.0 JAWATANKUASA PENAJA

Penaung : En. Md Nor bin Rasah

Pengerusi : Pn. Mira Filzah binti Omar

Naib Pengerusi : Pn. Norizhan binti Nordin

Setiausaha : En. Muhammad Danial bin Mohd Isa

Penolong Setiausaha : Cik Nora binti Danish

Bendahari : En. Nabil bin Musa


Penolong Bendahari : Pn. Saloma binti Ali Baba

8.0 CADANGAN AKTIVITI

 Pendaftaran Kelab

 Mesyuarat Agung Kelab Sejarah Sk Wakaf Bharu

 Lawatan Kelab Sejarah

 Kursus kepimpinan

 Menghias dan menguruskan papan kenyataan kelab persatuan

 Mewujudkan Blog mengenai kelab Sejarah

 Kempen Kesedaran Kelab Sejarah

 Kem Kemerdekaan

 Minggu Kelab Sejarah

 Kempen Cinta akan negara

 Lawatan ke Muzium Negara

 Pertandingan Debat mengenai isu-isu sejarah

 Jamuan akhir tahun kelab Sejarah


9.0 DRAF PERLEMBAGAAN

KELAB SEJARAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT RAJA

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

PERATURAN 1: NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR


Nama Persatuan : Kelab Sejarah Sekolah Kebangsaan Parit Raja

Alamat : Sekolah Kebangsaan Parit Raja,

86400 Parit Raja, Johor

PERATURAN 2: MATLAMAT

Penubuhan kelab sejarah ini bermatlamat menyemai kesedaran atau rasa prihatin
dan cinta akan sejarah Negara kita dalam kalangan para pelajar dan seterusnya
menggalakkan tindakan positif mereka bagi melindungi dan mempertahankan kedaulatan
Negara kita di samping menjaga keamanan sejagat.

PERATURAN 3: OBJEKTIF

Tujuan Kelab Sejarah ditubuhkan ialah:

 Menyemai nilai cintakan sejarah di kalangan ahli-ahli


 Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari sejarah Negara kita.

 Melahirkan lebih banyak insan yang berwibawa, bertanggungjawab dan


berketrampilan pada masa hadapan

 Meningkatkan daya pengetahuan dalam kemahiran merancang, mengurus,


mengendali dan mengelola aktiviti atau kegiatan yang dirancang oleh persatuan
yang dipimpin

 Untuk memupuk sikap kerja sama antara murid semasa melaksanakan aktiviti kelab
terutamanya dalam aktiviti berkumpulan
PERATURAN 4: LOGO

PERATURAN 5 : KEAHLIAN
 Keahlian terbuka kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Parit Raja
tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan kedudukan sosial pelajar.
 Permohonan untuk menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan.
 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi
menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 6: PAKAIAN RASMI


 Sesi perjumpaan mingguan : Pakaian seragam sekolah
 Sesi aktiviti kelab : Baju kelab, seluar trek, sarung tangan, kasut
dan berstokin

PERATURAN 7: GURU PENASIHAT


 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

PERATURAN 8: AHLI JAWATANKUASA

 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.


 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang

tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli

Jawatankuasa.

 Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara undian.


 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar

surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri daripada pengerusi, naib pengerusi,

setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa (bilangan bergantung kepada

keperluan)

PERATURAN 9: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

TUGAS TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


Pengerusi  Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan semua mesyuarat
 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang
sewajarnya.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari semasa ke semasa.
Naib pengerusi  Membantu pengerusi menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diberi.
 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari semasa ke semasa.
Setiausaha  Menguruskan hal-hal surat menyurat.
 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat dan laporan
kegiatan kelab.
 Mencatat kehadiran ahli
 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari semasa ke semasa.
Bendahari  Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab.
 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua
perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas
kesahihannya.
 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di
dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari semasa ke semasa.
Ahli jawatankuasa  Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan
aktiviti yang dilaksanakan.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari semasa ke semasa

PERATURAN 10: KEWANGAN

 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang diputuskan semasa
Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 2.00 seorang sebulan.
 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

PERATURAN 11: KEHADIRAN/PENYERTAAN

 Ahli Kelab Sejarah dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab
sepanjang tahun.
 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian
kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 12: PERATURAN-PERATURAN

 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 13: TINDAKAN DISIPLIN


 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
i. Amaran lisan
ii. Amaran bertulis
 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat
adalah muktamad.

PERATURAN 14: PINDAAN PERLEMBAGAAN

 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli-ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
Pengetua atau Guru Besar.

PERATURAN 15: PEMBUBARAN

 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran


Persatuan secara bertulis
 Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng daripada
Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah

 PERATURAN 16: HAL-HAL LAIN

 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

10.0 PENUTUP
Kesimpulannya, penubuhan “Kelab Sejarah” merupakan satu aset yang bernilai
kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik
sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Kelab ini berakar umbi sebagai penggerak
bagi membantu para pelajar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab terhadap Sejarah
Negara kita. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan
sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan
oleh kita semua. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… …………………………………

(En. Safawi bin Rashid)

Setiausaha Kelab Sejarah, Pen. Kanan Kokurikulum,

Sk Parit Raja, Sk Parit Raja,

86400 Parit Raja, Johor 86400 Parit Raja, Johor

Diluluskan oleh:

…………………………………

(En. Md Nor bin Rasah)

Guru Besar,

Sk Parit Raja,

86400 Parit Raja, Johor

SURAT PERMOHONAN PENUBUHAN

Kelab Sejarah,
SK Parit Raja,
86400 Parit Raja,
Johor. No. Tel : 03 9199671
No. Fax : 03 9199671

Ruj. Kami :
Tarikh :
Guru Besar,
SK Parit Raja,
86400 Parit Raja,
Johor Darul Takzim.

Tuan,
PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB SEJARAH

Dengan segala hormat, perkara di atas adalah dirujuk.


2. Berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U.
(A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996, saya
_____________________________ memohon untuk menubuhkan Kelab Sejarah,
SK Parit Raja mulai 21 Februari 2020.
3. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang
berikut:
3.1 Senarai Nama Jawatankuasa
3.2 Perancangan Tahunan Aktiviti
4. Saya amat berharap permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan.
Segala kerjasama dan jasa baik tuan saya dahulukan dengna ucapan jutaan terima
kasih.
Sekian.
Saya yang menjalankan tugas,

________________________
Guru Penasihat Kelab Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Parit Raja.
BAHAGIAN A: PENGESAHAN GURU PENASIHAT

Data / maklumat yang diberikan adalah betul


Butiran kewangan yang diberikan adalah betul

Telah disemak dengan teliti

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

.................................. ...............................................
(Tarikh) (Tandatangan & Cop)

BAHAGIAN B : PENGESAHAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

DISOKONG / TIDAK DISOKONG.

Disahkan betul.

Ulasan (jika ada) :

............................................................................................................................
.................................................................................................................
...........

...........................................................................................................................

.................................. ..........................................
(Tarikh) (Tandatangan & Cop)

BAHAGIAN C : KELULUSAN GURU BESAR

Tarikh sesuai/ tidak sesuai

Masa sesuai/ tidak sesuai


Tempat sesuai/ tidak sesuai

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Ulasan (jika ada):

...............................................................................................................................

...............................................................................................................................

...............................................................................................................................

...............................................................................................................................

...............................................................................................................................

.................................. ................................................
(Tarikh) (Tandatangan & Cop)

SENARAI NAMA AHLI KELAB SEJARAH

BIL. NAMA KELAS


1. NURIN NADHIRAH BINTI MOHD JAMIL 4 INTAN
2. AFIQAH RASHIDAH BINTI SHAHRIM 4 INTAN
3. MIRZA AIMAN BIN SHAHARAZIZ 4 ZAMRUD
4. NUR FATIN SHUHADA BINTI MOHD FAZIL 4 ZAMRUD
5. QALIDA AIMA BINTI KHAIRUDDIN 4 DELIMA
6. HAIFA NAZIRA BINTI HANIZAM 5 INTAN
7. NOR FATIN NABILAH BINTI MAZLAN 5 INTAN
8. NUR AQILAH BINTI IBRAJAH 5 INTAN
9. NURIEN AQILAH BINTI ABD RAZAK 5 ZAMRUD
10. FATIN NUR SYAFIQAH BT. MOHD FIKRI 5 ZAMRUD
11. SITI NUR INSANIA BT. IKHSAN 5 ZAMRUD
12. NUR ZAFRINA BT. ZULKIFLI 5 DELIMA
13. AHMAD HUZAIFAH BIN ZULKFLI 5 DELIMA
14. AMBREENA KHAN BINTI EMRAN 5 DELIMA
15. HANNAH DELISYA BINTI FAKRUDDIN 6 INTAN
16. ASMA DIYANA BT. NASARUDDIN 6 INTAN
17. AIN FARAHIN BT. HASSAN 6 INTAN
18. NUR ATIKAH BT. BAHARIN 6 INTAN
19. RIFQI BIN RUSTAM 6 ZAMRUD
20. MUHAMMAD AQMAR BIN ANUAR 6 ZAMRUD
21. SYADIA BT. MOHD MUSLIM 6 DELIMA
22. NURIL ANWAR BIN MOHD ABDUL MUNAF 6 DELIMA
23. TENGKU ANIS HANANI BT. TENGKU AHMAD 6 DELIMA
24. NUR MAIZATUL IZZATI BINTI ABIDIN 6 DELIMA
25. AQILAH SYAHIRAH BINTI ZULKIFLI 6 DELIMA

MINIT MESYUARAT AGUNG


Tarikh :
Masa :
Tempat :
Kehadiran :

Bil Agenda Tindakan


1 Ucapan pengerusi
Membentang dan mengesahkan minit
mesyuarat yang lalu.
2
2.1 Pencadang
2.2 Penyokong
3 Membentangkan laporan tahunan
Membentang dan mengesahkan laporan
kewangan.
4
4.1 Pencadang
4.2 Penyokong
Pemilihan AJK Tahunan
5.1 Pengerusi
5.2 Naib Pengerusi
5.3 Setiausaha
5
5.4 Penolong Setiausaha
5.5 Bendahari
5.6 Penolong Bendahari
5.7 Ahli Jawatankuasa (maksima 7 orang)
Pemilihan 2 orang juruaudit
6.1
6
6.2

7 Membahaskan usul-usul yang diterima

8 Ucapan penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam

Dicatat oleh,

……………………………..
( )
Setiausaha Kelab Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Parit Raja,
86400 Parit Raja, Johor.
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN PERSATUAN

1.
Guru Bertugas
2.
3.
Setiausaha
Tarikh / Hari
Minggu
Tempat
Jumlah Kehadiran
Laporan Kegiatan

Hal-hal lain

Yang benar,

………………………………… .….…..………………………..

( ) ( )

Setiausaha Kelab Sejarah, Guru Penasihat Kelab Sejarah,


SK Parit Raja, SK Parit Raja,
86400 Parit Raja, Johor. 86400 Parit Raja, Johor.

BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN KELAB SEJARAH


SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT RAJA

Gambar
Berukuran
Passport

Nama : _______________________________________________

No.KP : _______________________________________________
Umur : _______________________________________________

Tarikh Lahir : _______________________________________________

Bangsa : _____________________ Agama : __________________

Alamat semasa : _______________________________________________

________________________________________________

Alamat Surat Menyurat : _______________________________________________

________________________________________________

No. Tel : _________________________________________

Email : _________________________________________

Nota :

 Sila sertakan bayaran pendaftaran


sebanyak RM20 beserta 2 keping
gambar berukuran passport.
 Sila isikan maklumat diri di ruang yang
disediakan menggunakan huruf besar

Segala maklumat yang diisi adalah benar.

___________________________________

( )

Anda mungkin juga menyukai