Anda di halaman 1dari 5

IPG KAMPUS DARULAMAN

BANDAR DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH

NAMA KURSUS: TERAPI DALAM INTERVENSI KANAK-KANAK KOD:


PBKK3073

FORMAT PERANCANGAN AMALI

1. Nama ahli kumpulan


 Wafda Binti Kamludin
 Nur Hasmeen Binti Hashim
 Nur Alya Irdina Bt Roslan

2. Jenis terapi
 Terapi Muzik

3. Sinopsis terapi
 Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang
profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan,
pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia
adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh
pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu
getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-
tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda
kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan
tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang
memulihkan.

4. Alatan yang diperlukan/digunakan (jika berkaitan)


 speaker
 telefon( untuk pasang muzik)
5. Tatacara melaksanakan terapi
 Kaunselor menjelaskan cara pelaksanaan terapi
 Kertas diagihkan kepada klien
 Muzik dipasang
 Klien diminta untuk menulis lirik berdasarkan apa yang dirasai Ketika
mendengar muzik yang dipasang
 Kaunselor memberitahu masa yang tinggal
 Klien yang sukarela berkongsi tentang lirik yang ditulis

6. Carta alir pelaksanaan terapi

Kaunselor menjelaskan cara


pelaksanaan terap

Kertas diagihkan kepada klien

Muzik dipasang

Klien diminta untuk menulis lirik


berdasarkan apa yang dirasai Ketika
mendengar muzik yang dipasang

Kaunselor memberitahu masa yang


tinggal

Klien yang sukarela berkongsi


tentang lirik yang ditulis

7. Tempoh masa
-20 minit

8. Permasalah Klien
-Masalah emosi
9. Hasil yang dijangkakan (selepas menjalani terapi)
-Murid dapat meluahkan isu dengan lebih mudah

10. Kebaikan/kelebihan terapi


 Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang
lebih tenang.Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan
meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai
masalah berkaitan emosi  untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka
sendiri.Melalui cara ini mereka dapat  melakukan perubahan yang positif  terhadap
tingkah laku.Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah
yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.
 Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga
kemahiran koordinasi fizikal.Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan
dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang
mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.
 Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu pengunaan terapi
muzik digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital  dan klinik bersalin untuk
mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi.Selain itu,
terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau
migrain.
 Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang
Alzheimer dan penyakit yang hamper serupa.Cara ini sangat berguna kepada
mereka yang mempunyai masalah pembelajaran , masalah pertuturan dan
komunikasi  dimana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib
baik ini.
 Beberapa bukti kajian menjukkan bahawa muzik dapat merendahkan tekanan darah
dimana secara tidak langsungnya mengurangkan risiko angin ahmar (strok ),
melegakan ketegangan otot dan meningkakan daya tahan

11. Limitasi/kekangan terapi

o Terapi muzik yang berkesan membolehkan seseorang yang mempunyai


masalah atau tekanan berjaya keluar dari kongkongan yang datang dari dirinya
sendiri, orang lain atau persekitaran. Terapi muzik yang digunakan dalam sesi
kaunseling memainkan peranan yang penting dalam membantu seseorang klien
meredakan keadaan yang mereka alami. Namun terapi muzik dalam sesi
kaunseling juga mempunyai kekurangan dari pelbagai segi antaranya ialah
terapi muzik memerlukan masa yang lama dalam proses rawatannya dimana
proses terapi muzik memerlukan klien mendapat rawatan dalam masa yang
telah ditetapkan oleh kaunselor.
o Selain itu kekurangan  terapi muzik ialah kaedah dan langkah yang digunakan
dalam sesi kaunseling berbeza dari seseorang ke seseorang dimana
sesetengah klien memerlukan muzik yang berbeza contohnya ada muzik yang
memerlukan irama dan melodi yang lembut dan ada yang lantang. Selain itu,
ada juga klien memerlukan masa yang pendek dan panjang dalam melakukan
proses terapi muzik. Hal ini bergantung kepada diri individu dan berapa besar
masalah yang dihadapi oleh klien. Jadi, terapi ini terlalu sukar untuk diamalkan
dimana kaunselor perlu menyelidk dan menkaji kesesuaian muzik yang akan di
perdengarkan untuk klien.
o Disamping itu juga, terapi muzik tidak dapat menolong klien dengan sepenuhnya
menghilangkan tekanan yang mereka hadapi dimana terapi muzik ini hanya
tertumpu dan berfokus kepada sesetengah tekanan. Walaupun terapi muzik
lebih tertumpu kepada masalah yang ringan atau berat namun ia tidak memberi
jaminan bahawa sesi terapi yang dijalankan akan menyelesaikan masalah dan
tekanan yang dihadapi oleh klien.
o Sebagai tambahan, kekurangan terapi muzik ialah ada sesetengah orang tidak
boleh terima terapi  muzik sebagai medium untuk meredakan dan
menghilangkan tekanan yang mereka hadapi contohnya mereka tidak berminat
untuk mendengar muzik yang telah dipilih untuk mereka. Hal ini mungkin
berpunca dari lagu yang tidak sesuai dan tidak dapat menenangkan jiwa mereka
yang berada dalam kerisauan, dilema dan sebagainya. Muzik yang tidak sesuai
tidak akan memberi apa-apa perubahan dalam diri klien jika sesi terapi
dijalankan.
o Tambahan lagi, kekurangan terapi muzik ialah terlalu bergantung kepada muzik
setiap kali sesi kaunseling dijalankan. Penggunaan terapi muzik yang berterusan
membuatkan klien akan terlalu bergantung kepada muzik jika mereka ingin
meredakan dan menghilangkan segala tekanan yang mereka hadapi. Hal ini
mungkin menyebabkan mereka akan lalai dalam melakukan tugas seharian jika
terlalu bergantung kepada muzik dalam menghilangkan tekanan. Sebagai
contoh, pekerja pejabat yang menpunyai tekanan kerja akan mendengar muzik
sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan mungkin akan lalai dengan
tugasnya apabila terlalu bergantung kepada muzik.

12. Lampiran (gambar alatan terapi yang digunakan)

Anda mungkin juga menyukai