Anda di halaman 1dari 2

Laporan SWOT AJK Peralatan Aspek Ulasan

Melalui perkhemahan yang dijalankan, terdapat beberapa kekuatan yang kami dapati. Antaranya ialah dari aspek pengurusan peralatan. Kesemua ahli dalam AJK kami Kekuatan (Strengths) berasa gembira kerana diberi peluang untuk menguruskan peralatan untuk perkhemahan ini. Pengalaman ini sangat berharga kerana ianya akan membantu kami semasa menguruskan peralatan-peralatan perkhemahan yang diperlukan di sekolah kelak. Selain itu, pengalaman menguruskan peralatan untuk perkhemahan ini juga membantu kami menjadi lebih sistematik dan berorganisasi semasa menguruskan peralatan.

Daripada perkhemahan ini juga, terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki. Antaranya ialah dari aspek kerjasama antara AJK. Terdapat segelintir daripada AJK Kelemahan (Weaknesses) Peralatan yang tidak memberikan kerjasama kepada ahli-ahli yang lain. Hal ini memberi kesan kepada kelancaran pengurusan peralatan. Selain itu, peralatan-peralatan yang berbahaya seperti kapak, parang, cangkul dan sebagainya tidak digunakan dengan baik. Terdapat segelintir ahli Pandu Puteri Kadet (PPK) yang menggunakan peralatan tersebut dengan lewa. Peralatan-peralatan tersebut juga tidak disimpan ke tempat penyimpanan yang ditetapkan. Hal ini membuatkan peralatan tersebut diambil oleh ahli-ahli unit beruniform yang lain.

Selain itu, sebagai AJK Peralatan, kami telah dapat mempelajari cara pengurusan barang-barang dengan baik. Kami juga telah mempelajari cara-cara menjaga barangPeluang (Opportunities) barang dengan betul dan selamat. Di samping itu, kami juga telah mendapat peluang untuk megira dan menyimpan barang-barang itu selepas mengunakannya. Semasa mengambil dan memulangkan kita perlulah memastikan barang-barang itu cukup dan berada dalam keadaan yang kemas dan selamat.

Oleh kerana peralatan-peralatan yang kami telah pinjam daripada Unit Gerko adalah sama seperti peralatan-peralatan yang telah dipinjam oleh Unit Beruniform lain, peralatanAncaman (Threats) peralatan tersebut sering diambil oleh unit-unit lain. Selain itu, sesetengah peralatan seperti parang, cangkul dan sebagainya agak berbahaya. Oleh itu, kami berasa takut dan cemas semasa ahli lain menggunakannya. Selain itu, peralatan yang digunakan juga tidak disimpan di tempat yang sepatutnya. Oleh itu, agak susah bagi kami untuk mencari peralatan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai