Anda di halaman 1dari 15

Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat juga dikenali

sebagai Sungai Kundur. Ianya merupakan petempatan-petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenaman dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Sebagai contohnya semasa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura dan Johor, dua orang ketua dari orang-orang Melayu Daik, dan seorang lagi dari Simpang Kiri bernama Rapang dari keturunan Orang Besar Pahang telah mengadap Sultan Hussin. Mereka berdua telah diberi taraf penghulu oleh Sultan Hussin di tempat masing-masing pada tahun 1834. Berikutan dengan pembukaan petempatan-petempatan kecil ini, maka kawasan Batu Pahat ini telah bertambah maju dan meluas. Maka pada tahun 1885 beberapa orang keturunan Inggeris iaitu nama-namanya Stiple, Jackson dan Watt telah membuka sebuah ladang kopi di kaki Bukit Penggaram iaitu berhampiran dengan Pengkalan Jeram. Pemborong yang telah mengerjakan lading itu adalah seorang Cina bernama Lim Soo Poon telah menjadi seorang kaya (taukeh) dan ia telah dapat membuat empat pintu rumah batu berdekatan dengan Sungai Batu Pahat. Usaha- usaha untuk membuka Bandar Batu Pahat semakin giat dijalankan pada tahun 1888 oleh Dato' Yahya bin Awaluddin yang juga dikenali sebagai Dato' Yahya Tinggi di suatu kawasan Bukit Senangin, Kampung Tambak, tebing kanan Sungai Batu Pahat. Tetapi usaha beliau menemui kegagalan kerana faktor geografi dan ekonomi yang tidak sesuai. Malah menurut kepercayaan orang tua yang ada di kawasan itu tidak boleh dijadikan bandar kerana akhirnya akan dimasuki "angin". Akhirnya tempat itu ditinggalkan begitu sahaja. Di tahun yang sama juga, seorang lagi pembesar yang bergelar Dato' Yahya Rendah cuba membuka Bandar di kawasan Senangar tetapi gagal juga kerana orang-orang tua pada masa itu menyatakan "nanti mulut ternganga". Walaupun begitu, pembukaan petempatan-petempatan baru masih juga diteruskan. Pada tahun 1889 Orang Kaya Sidek bin Ismail telah membuka satu petempatan di seberang Kampung Minyak Beku yang berdekatan dengan Kampung Jakun dan kawasan ini dinamakan Benut Selamat. Tetapi tidak lama kemudian nama ini telah bertukar kepada Bagan. Ramai orang-orang yang tertarik ke tempat itu termasuk juga orang yang datang dari Pulau Jawa, Madura dan lain-lain pulau. Orang-orang Jawa yang diketuai oleh Haji Ibrahim telah membuka kebun-kebun kelapa dan kopi. Di antara orang-orang yang terkenal di kampung itu ialah seperti Pawang Abu, Haji Arshad (Orang Melaka) dan Mohamed Tab (Orang Muar). Jadi sehinggalah pada tahun 1893, barulah Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Muhamad Salleh bin Perang berjaya memulakan usaha bagi membangunakan Bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala sungai Batu Pahat. Kemajuan Bandar Maharani yang telah dibuka pada tahun 1884, mencabar keupayaan penghulu-penghulu Batu Pahat bagi membuka sebuah Bandar. Tambahan pula memandangkan kemajuan yang pesat di kawasan sekitarnya seperti Serum, Bertam, Tebing Tinggi, Kampung Sejagong, Langkap, Chaah dan lain-lain lagi, maka satu perjumpaan telah diadakan di Kuala Simpang, terdiri daripada orang-orang kaya, penghulu-penghulu, Menteri Penghulu dan Jenang-jenang (gelaran bagi ketua orang asli) yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Hamid bin Ahmad Ketua Pengaman Batu Pahat. Keputusan mesyuarat tersebut telah melantik Penghulu Rahmat bin Ragam (Penghulu Simpamg Kanan) dan Penghulu Kitam bin Mohd. Shah (Penghulu Simpang Kiri) mengadap Sultan Abu Bakar memohon Dato' Muhamad Salleh bin Perang membuka satu bandar untuk Batu Pahat. Mereka berkeyakinan Dato' Bentara Luar akan berjaya membuka sebuah lagi Bandar kali ini di Batu Pahat. Pada 4hb. November 1893, Dato' Muhamad Salleh yang pada masa itu diam di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru. Pada 11hb. November 1893, Sultan Abu Bakar telah bertitah kepada beliau: Aku disusahkan oleh dua Penghulu Rahmat dan Kitam. Dua tiga kali berjumpa dengan aku minta engkau membuka Batu Pahat. Aku jawab dengan Rahmat dan Kitam, jangan engkau semuanya sumpah dan tidak ikut apa-apa perintah dia kelak. Dia jawab pada aku, tidak sekali-kali. Aku fikir bolehlah engkau buka Batu Pahat itu, mana-mana tempat anggaran engkau hendak jadikan Bandar...

Kedudukan tempat yang hendak dijadikan Bandar adalah kira-kira 15 kilometer dari kuala sungai Batu Pahat, sebelah kanan tebing mudik sungai. Dato' Bentara Luar memilih kawasan ini kerana senang dan boleh merapatkan kapal-kapal besar yang dianggarkan dapat masuk kesungai dengan membina sebuah dermaga bagi kemudahan perdagangan laut. Sungguhpun kawasan yang hendak dijadikan Bandar rendah, sering ditenggelami air masin sewaktu air pasang besar dari laut, kira-kira 2 kilometer ke darat tanahnya tinggi berbukit dan subur bagi tanamtanaman. Dato' Bentara Luar membuat rumah kediamannya di Kampung Penggaram bertentangan dengan Tasek Kadri untuk membuat kerja membuka Bandar. Pada 2hb. Disember 1893, fakir menjalankan kerja menjalankan pekerjaan ukur-mengukur dari jalan kebun kopi ke Gunung Penggaram sampai ke Sungai Penggaram. Di tepi Sungai Penggaram itu fakir jadikan sebuah rumah atap tempat duduk fakir. Fakir jalankan pekerjaan membuat jalan dalam itu. Fakir mulakan menjalankan membuat rumah, pejabat, polis mahkamah dan tambak menambak batu di jalan... Kerja mengukur, merancang dan membangunkan pusat Bandar pentadbiran daerah telah berjalan lancar dengan bantuan kuat dua orang penghulu itu termasuk perbelanjaan yang dipungut dari orang tempatan dan juga bantuan kewangan dari Orang Kaya Bagan serta kewangan Dato' Bentara Luar sendiri. Pembukaan rasminya telah dilakukan pada 1hb. Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang sendiri yang dihadiri oleh Orang-orang Kaya, Penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan. Kemuncak majlis perasmian itu ialah istiadat menaikkan bendera negeri Johor di Bukit Penggaram yang sekarang menjadi tapak dan kawasan rumah kediaman Pegawai Daerah dan seterusnya bukit itu disebut orang Bukit Bendera hingga hari ini. Seterusnya selepas itu pegawai-pegawai tadbir pun disusun dan pejabat-pejabat kerajaan seperti mahkamah, polis. penjara, rumah sakit dan lain-lain juga diwujudkan satu demi satu. Perkembangannya berjalan dengan baik dan lancar dan dalam masa sebulan sahaja jumlah hasil kutipan telah mencapai $1,500.00. Pada 1hb. Disember 1894, diadakan satu majlis pengisytiharan menamakan bandar itu dengan nama Bandar Penggaram mengambil sempena nama Kampung Penggaram yang sedia ada di situ yang menjadi kampung kediaman Penghulu Rahmat. Selain diwujudkan system pentadbiran moden dengan pegawai-pegawai tadbir yang tertentu menggantikan sistem tradisional, Batu Pahat mula berkembang maju di mana Dato' Muhamad Salleh bin Perang yang menjadi wakil Raja memerintah Batu Pahat, kemudiannya menjadi Pesuruhjaya Kerajaan, telah memainkan peranan yang amat aktif. Orang-orang kampung telah digalakkan dan digesa membuka kebun untuk bercucuk tanam dan membuat parit tali air dan dalam masa yang sama pemodal-pemodal asing mula datang membuka kebun, ladang dan berniaga di Batu Pahat. Kebolehan Dato' Bentara Luar berbahasa Cina merupakan faktor menyebabkan beliau pada umumnya disukai oleh orang Cina dan faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi dan harmoni di daerah ini. Pentadbiran Batu Pahat di bawah pimpinan Dato' Bentara Luar berjalan lancar dan mengagumkan, ini dinyatakan oleh Ungku Sulaiman bin Daud, Pesuruhjaya Besar Johor (General Commisioner) dalam rangka lawatan tugasnya di Batu Pahat pada 21hb. hingga 24hb. Disember 1896. Kemajuan ekonomi Batu Pahat dapat diukur berdasarkan pendapatan daerah yang didapati sepanjang tahun. Masa bandar ini dibangunkan dalam tahun 1893 pentadbiran daerah berjaya mengutip sejumlah $ 15,000.00 sahaja tetapi dalam tahun 1910 pendapatan tahunan mencapai jumlah $ 55,375.00. Zaman Dato' Bentara Luar berakhir pada pertengahan tahun 1911 apabila Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat menggantikan Dato' Bentara Luar. Batu Pahat mengalami zaman baru bila menjelma pula system pentadbiran yang seiringan dalam mana Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan Penolong Penasihat berbangsa Inggeris untuk menjalankan pentadbiran. Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.

Terjala Buaya Sungai Linggi (KosMo)


by tomyejam on Sun 24 Jan 2010, 4:05 am

RENCANA UTAMA Marah jika langgar pantang

Ada kira-kira 3,000 ekor buaya di Sungai Linggi yang terkenal dengan keindahan dan udang

galahnya. PENGALAMAN diusik dan diserang seekor 'buaya hijau' di Sungai Timun, Linggi, Negeri Sembilan, tidak dapat dilupakan Aziz Salim, 55. Aziz sudah mula menyusur sungai itu untuk menangkap ikan dan udang galah sejak usia belasan tahun tetapi hanya pada tahun lalu, ada buaya berani mengacahnya. Bukan sekali, tetapi dua kali beliau bertembung dengan reptilia ganas itu. Kali pertama, buaya itu tersangkut di jalanya ketika beliau sedang asyik menjala udang galah. Menyangkakan ia rentapan beberapa ekor ikan siakap, Aziz mula tersenyum lebar.

KAUM wanita juga tidak ketinggalan memancing udang dari tebing sungai.

"Bila saya tarik jala, buaya sudah berdiri hingga paras lutut saya. Mungkin disebabkan terlalu terkejut, saya tampar kepalanya dan melepaskan jala. "Tiga bulan kemudian, ketika turun menjala udang, perahu saya disondol buaya yang sama. Kali ini penangannya lebih dahsyat, agaknya 'dia' geram sebab kena tampar dulu," selorohnya. Melihat buaya itu semakin agresif, Aziz bertindak memukul haiwan itu hingga pendayung kayu yang

digunakan patah dua.


pernah pulang dengan tangan kosong.

NELAYAN di dua sungai ini tidak

"Mungkin marah dengan tindakan saya, buaya itu membuka mulut seluas-luasnya manakala ekornya yang panjang itu dilibaskan ke badan perahu. "Saya tujah kepalanya dengan hujung pendayung, dengan niat mahu menakutkannya namun ia bertindak lebih ganas. Perahu saya disondol kuat hingga saya terjatuh ke dalam sungai.

SELAIN udang, lokan juga mudah ditemui di kawasan paya bakau sepanjang sungai ini.

"Ketika berada di dalam air, posisi saya seperti sedang duduk di atas kerusi dengan kaki yang terbuka. Pelik dengan keadaan itu, saya pandang ke bawah.

KATA nelayan di Sungai Timun, jika ada banyak udang, mungkin ada buaya di dasar sungai.

"Rupa-rupanya saya duduk di atas tengkuk buaya yang menyerang tadi. Tanpa buang masa, saya

tekapkan kepala buaya itu ke dasar sungai dan terus berenang naik ke permukaan. Ketika itu dapat rasa ada buaya sedang bergerak di sebelah saya. "Masa itu tiada perasaan takut. Perasaan marah diganggu lebih menguasai diri. Apabila sampai di tebing, baru terfikir, bagaimana kalau buaya tadi baham saya," ujarnya. Hanyut ke pantai Walaupun pernah berdepan dengan ancaman buaya di Sungai Timun, anak tempatan itu tidak pernah serik untuk turun ke sungai. "Pengalaman itu tidak mematahkan semangat saya untuk turun ke sungai. Buaya sudah sebati dengan sungai ini," ujar nelayan Sungai Timun yang terkenal sebagai lubuk udang galah ini.

Baru-baru ini, seorang posmen, Mohamad Helme Leman, 25, dari Kampung Air Limau, Masjid Tanah, Melaka terpaksa menerima 50 jahitan selepas mendakwa diserang hidupan laut dipercayai seekor buaya ketika mandi di pantai Port Dickson, 2 Januari lalu. Pensyarah Institut Oseanografi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Sulung Ibrahim berkata, kehadiran buaya tembaga di kawasan pantai boleh terjadi. "Walaupun buaya dari muara Sungai Linggi mungkin tidak dapat hanyut ke Port Dickson kerana kedudukannya yang jauh, tidak mustahil jika ia datang dari sungai-sungai kecil berhampiran," jelasnya. Buaya bukan khazanah baru di Sungai Timun dan Sungai Linggi. Menurut Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Ishak Muhamad, jumlah buaya di situ mencecah ribuan ekor. "Berdasarkan perkiraan, pemantauan dan beberapa langkah lain yang dijalankan, dianggarkan lebih kurang 3,000 ekor buaya mendiami dua batang sungai ini," ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini. Istimewanya buaya di sungai ini, ia tidak akan makan bangkai. Menurut Aziz Salim, buaya Sungai Timun dan Sungai Linggi hanya akan makan makanan yang dicarinya sendiri. "Bukan tak pernah ada bangkai ayam, lembu atau kambing yang hanyut ke sini bila banjir, tapi buaya tak akan usik," jelasnya. Menurut legenda yang menjadi buah mulut penduduk kampung di sepanjang sungai ini, kewujudan reptilia ini dikatakan berpunca daripada mitos kembar buaya yang terjadi di kawasan itu pada zaman dahulu. Kembar buaya "Seorang perempuan telah melahirkan anak kembar lelaki. Anak pertama yang dilahirkan adalah buaya dan adiknya manusia. Yang buaya telah dilepaskan ke sungai manakala pasangannya dipelihara seperti orang biasa.

AZIZ dua kali diusik buaya yang sama tahun lalu.

"Pada hari-hari tertentu jika di ibu atau si adik ingin berjumpa dengan buaya tersebut, mereka akan pergi ke beting pasir sambil membaca ayat tertentu sebelum menyeru nama si abang. "Sejak itu, sungai ini mula dikunjungi kawanan buaya dan ia berkembang biak sehingga kini," cerita beliau.

Ada juga pendapat yang mengatakan buaya di sungai ini ada kaitan dengan jin. Namun, kesahihan mengenai kaitan haiwan ini dengan alam ghaib tidak dapat dipastikan. "Ada orang-orang lama yang mengatakan semua buaya ini mempunyai gembala dan ketua. "Malah ada beberapa penduduk pernah melihat buaya putih beberapa kali meranduk sungai ini. Ia turut dikatakan pendamping makam Tok Putih. "Sama ada buaya tersebut merupakan gembala buaya di sini atau tidak, itu saya kurang pasti," kata Ketua Kampung Sungai Timun, Yahaya Othman. Tegasnya lagi, terdapat beberapa pantang yang perlu dipatuhi khususnya orang luar yang datang untuk memancing udang galah. "Buaya di sini cukup pantang jika telur ayam rebus dibawa ke sungai, pasti akan ada yang tidak kena. Selain itu, untuk memastikan keharmonian sungai, jangan sekali-kali membasuh kelambu di sungai. "Jika mahu turun menjala udang, perlu diingat, jangan gunakan pancang umpan daripada pucuk nipah. "Periuk belanga dan pinggan mangkuk juga dilarang dicuci di dalam sungai manakala jika membasuh kain, jangan menghempas kain basuhan ke batu. Nanti buaya akan marah," jelas Yahaya lagi. Berjemur Walaupun tidak dapat diterangkan dengan jelas akibat melanggar pantang larang ini, Jurnal dimaklumkan ia akan membawa kepada perkara yang tidak baik, bukan sahaja kepada yang melanggar pantang bahkan semua nelayan. Bagaimanapun, buaya-buaya ini tidak akan mengganggu manusia sebaliknya ia akan segera beredar sekiranya mengetahui pergerakannya diperhatikan. Malah, buaya-buaya di Sungai Timun dan Sungai Linggi ini juga menjadi tarikan utama kepada pelancong. Jika bernasib baik, anda akan dapat melihat buaya berjemur di atas beting pasir terutama pada waktu petang dan melihat matanya yang merah bersinar di dalam air pada sebelah malam. "Buaya di sini memang ganas, tetapi belum ada yang menyerang pelancong. Ibarat jika kita tidak kacau dia, dia tidak akan kacau kita," itu jaminan yang diberikan nelayan yang juga pemandu perahu berpengalaman, Osman Ali, ketika membawa krew Jurnal menyusuri laluan air sepanjang 15 kilometer dari Pangkalan Nelayan Sungai Timun hingga muara Sungai Linggi. Selain beting pasir, perdu pohon nipah dan pepohon bakau di sepanjang laluan ini turut menjadi lokasi sang buaya berehat. Mula memasuki Sungai Linggi ketika air laut mulai pasang pada pukul 5.30 petang, ketenangan kawasan itu menjadi kelam-kabut secara tiba-tiba. Kawanan kera mula riuh menuju ke pucuk pokok, si memerang dan anjing segera melarikan diri dan bangau putih terbang menjauhi gigi air. Semuanya berlaku dalam tempoh tidak sampai 10 saat. Kawasan yang tadi menjadi tempat permainan beberapa jenis haiwan bertukar lengang. Tidak lama kemudian, muncul kelibat buaya tembaga berwarna hitam sepanjang hampir lima meter di permukaan air. Begitu hebat aura Raja Sungai ini sehingga tidak ada yang berani menceroboh

wilayahnya. Menurut pelatih dan penjinak buaya di Taman Buaya Ayer Keroh, Melaka, Amran Ahmad, 40, buaya jantan sangat menjaga kawasannya bagi membuktikan kekuatannya. Malah ada yang sanggup menyerang buaya yang dianggap sebagai penceroboh.

Sejarah Sg Linggi (Manusia + Buaya : Perjanjian)


Manusia Dan Buaya Di Sungai Linggi Ada Perjanjian Oleh Shahrullizan Rusli PORT DICKSON, 24 Jun (Bernama) -- Ini hanyalah satu lagenda lama, pada zaman dahulu kala orang kampung dan buaya di Sungai Linggi dikatakan ada membuat satu perjanjian. "Kita jangan usik-usik. Kita buat hal masing-masing. Insya Allah kita akan selamat sehingga ke anak cucu", begitulah kononnya bunyi perjanjian itu dan ia mungkin benar kerana belum ada terdengar serangan buaya ke atas manusia sehingga sekarang di Sungai Linggi seperti mana yang terjadi di sungai-sungai di negeri Sarawak. Begitu pun, manusia terutama orang luar diminta menghormati pantang larang seperti mana yang tercatat pada papan tanda di kaunter jualan tiket bot PD Travel & Tours Sdn Bhd di Pengkalan Kempas, Sungai Linggi yang meminta pelancong tidak menepuk-nepuk air atau membasuh kaki di sungai itu. Satu lagi papan notis yang mengesahkan kewujudan buaya didirikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sebelum pelancong menaiki jeti. Ia berbunyi: "Dilarang mengganggu buaya dan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No 76 tahun 1976. Anda boleh dikenakan denda RM2,000 sehingga RM10,000 atau penjara dua hingga 10 tahun". LIHAT BUAYA BERJEMUR Kesemua misteri ini sebenarnya hanya menambahkan minat untuk pelancong meneroka mistik Sungai Linggi, Sungai Timun, Sungai Rembau dan Sungai Pedas di Negeri Sembilan. Pengerusi Kumpulan PD Travel & Tours Sdn Bhd Datuk Yaacob Hussin pula berpesan kepada penulis Bernama supaya tidak "cakap lepas" dan nasihat yang sama sering juga diberikan kepada pelancong yang menaiki bot di pengkalan itu. Menurut Yaacob, data daripada Perhilitan menunjukkan ada lebih kurang 3,000 ekor buaya di Sungai Linggi dan di mana ada buaya, di situlah ada burung bangau. "Orang memang suka datang untuk melihat buaya, pengalaman menyaksikan buaya berjemur di tebing sungai tidak sama dengan perasaan kita melihat buaya di dalam kandang," katanya. Beliau memberi jaminan bahawa pengalaman menyusuri Sungai Linggi untuk menyaksikan buaya yang biasanya dibuat pada waktu siang hari adalah selamat sepenuhnya. KELIP-KELIP

Pada waktu petang hingga malam pula, bot-botnya akan membawa pelancong menyusuri Sungai Linggi sehingga ke Sungai Timun untuk menyaksikan serangga kelip-kelip menghiasi pokok Berembang seumpama bintang palsu yang menghiasi pohon Krismas. "Kadang-kadang jika ada lampu suluh, kita boleh lihat buaya-buaya ini dalam gelap, hanya mata mereka yang berwarna merah sahaja yang nampak", katanya. Penulis yang menaiki bot syarikat itu dalam program Kembara Zoom Malaysia siri Jejak Perpatih IV berpeluang menyusuri Sungai Linggi sebelum tiba di jeti pengkalan Sungai Timun yang agak terkenal dengan masakan udang galahnya yang manis. Perjalanan selama sejam sebenarnya terasa agak mencabar selepas mengetahui di sebalik tebing yang dipenuhi pokok bakau terdapat puluhan ekor buaya memerhatikan bot penulis. Bukan sekadar buaya, bangau dan kelip-kelip sahaja yang menjadi daya tarikan Sungai Linggi ini kerana yang sebenarnya sungai ini kaya dengan sejarah. SEJARAH SUNGAI LINGGI Jika menyusuri sungai, pengunjung akan melihat kawasan Tebing Tinggi iaitu satu kawasan berbatu yang menjadi tempat Raja Melawar iaitu moyang kepada raja-raja di Negeri Sembilan hari ini menjalankan hukuman ke atas rakyatnya yang menderhaka. Menurut cerita orang kampung, dahulu ada kubur di kawasan itu tetapi proses hakisan menyebabkan kubur itu yang dipercayai mereka yang telah dihukum bunuh terbenam ke dalam air sungai. Pengunjung juga akan melihat satu tapak yang sebenarnya adalah bangunan mengutip cukai pada zaman dahulu kala, cukai-cukai ini dikenakan ke atas perahu atau kapal yang membawa barang dagangan ke Pengkalan Kempas. Mengikut sejarah, Sungai Linggi adalah jalan pengangkutan yang sangat penting dan di beberapa kawasan di sungai itu terutama di kawasan Sungai Rembau dan Sungai Pedas ada didirikan kubu pertahanan ketika berlaku peperangan dengan Inggeris satu masa dahulu. Di Pengkalan Kempas sendiri, terdapat tempat menarik seperti Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas dan makam seorang ahli ulamak dari India yang datang ke bandar kecil itu pada zaman dahulu. Penulis memberi jaminan, tidak rugi melawat Sungai Linggi melalui jeti Pengkalan Kempas kerana ia hanya mengambil masa 20 minit sahaja perjalanan dari Teluk Kemang, Port Dickson. Harga tiket bot yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu RM18 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak dan tempahan boleh dibuat melalui PD Travel & Tours melalui laman web www.kumpulanybh.com atau di kaunter mereka di jeti Pengkalan Kempas, Linggi. Jika hendak melihat buaya dan kelompok burung bangau dengan jelas, datanglah pada waktu siang dan jika kelip-kelip menjadi pilihan, pengunjung boleh bertolak selepas senja tetapi eloklah membawa lampu suluh masing-masing. -- BERNAMA

Misteri: Rahsia waris Pagar Ruyung


Oleh Mohd Azis Ngah azis@bharian.com.my 2010/05/16 Keturunan ini buang gelaran diraja dan 'menyepi' tanpa diketahui sebab SELAIN daya tarikan kota bersejarah Fort Supai, Kuala Linggi, Melaka juga mempunyai keistimewaan lain yang menarik, khususnya berkaitan sejarah awal kerajaan Melayu Melaka. Kawasan itu mempunyai banyak perkuburan di kawasan bukit yang ditanda dengan batu nisan lama membuktikan Kuala Linggi pernah menjadi perkampungan awal di Melaka serta mempunyai pusat pentadbiran sendiri. Kedudukannya di muara sungai yang memisahkan Melaka dan Negeri Sembilan diakui antara laluan utama kapal dagang di zaman silam. Ringkasnya, tempat ini mendapat namanya sempena sebatang sungai yang menjadi sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Sungai Linggi bercabang dua, satu daripadanya mengalir ke Rembau, manakala satu lagi cabang berhulu di daerah Seremban. Hulu cabang inilah yang dinamakan Sungai Ujung iaitu nama lama bagi Seremban. Raja Melewar yang datang dari Pagar Ruyung untuk dirajakan di Negeri Sembilan juga mudik ke hulu melalui Sungai Linggi. Sungai peninggalan sejarah laluan Raja Melewar itu bermula di Kuala Linggi menuju ke Port Dickson dan berakhir di Seri Menanti. Namun, tidak ramai yang arif mengenai laluan sepanjang kira-kira 200 kilometer itu serta tempat yang pernah dilalui Raja Melewar dan sejarah yang tersimpan di sebaliknya. Sememangnya Kuala Linggi pernah menjadi persinggahan dan pemerintahan ramai pemimpin besar Melayu. Antara buktinya, di situ masih wujud waris kerajaan Melayu Pagar Ruyung yang hidup berdiam diri di situ tanpa sebab yang diketahui umum. Di tanah perkuburan yang digelar Pusara Aman ada kubur lama ditanda Makam Sultan Syed Abdul Rahman - Takhta Kerajaan Pagar Ruyung 1875 . Makam itu dijaga elok, dipagar dan mempunyai pondok kecil dicat warna kuning sebagai tanda kebesaran diraja. Di pagar itu juga ada dua lambang yang mempunyai logo bulan, bintang serat dua keris bersilang. Beberapa rumah di situ juga dilihat mempunyai pintu gerbang kuning dengan lambang sama dan ada yang mendakwa mereka keturunan Pagar Ruyung.

Penduduk merangkap penjaga amanah tanah wakaf di situ, Md Amin Ahmad, 69, berkata di sebelah kubur itu ada sebuah kubur lain dipercayai kubu pahlawan atau orang kanan Sultan Syed Abdul Rahman. Kuala Linggi adalah bandar pelabuhan lama, di sini wujud perkampungan Melayu, di sini juga Islam berkembang. Kerabat diraja Pagar Ruyung dan keturunannya masih ada di sini, cuma mereka berkahwin dengan orang kebiasaan dan membuang terus gelaran istana. Alat kebesaran, cop mohor masih disimpan baik dan sebab itulah kami sangat berharap tempat ini dijaga, dihidupkan semula sebagai tapak warisan, katanya. Mengikut cerita lisan, di perkampungan itulah tempat Hang Tuah bersaudara berguru, belajar silat dan menghabiskan usia remaja mereka, cuma tapak gelanggang permainan mereka sudah dijadikan tapak perumahan. Di Bukit Supai bersebelahan Fort Supai, wujud kira-kira 100 kubur lama termasuk kubur pengasas surau Madrasah Alam Noor, Tuan Guru Matqari (Yunus Abu). Sebahagian besar kubur itu mempunyai batu nisan menggunakan batu lama dipercayai berusia ratusan tahun. Namun, kedudukan arah batu nisan itu kurang jelas dan berterabur, ada antaranya yang tumbang dan berselerakan. Ketua Kampung Kuala Linggi, Muhamad Musa, 49, mengakui kawasan itu perlu dinaiktaraf dan diberi imej baru sebagai kawasan sejarah. Hidupkan semula kawasan ini, jangan biarkan sejarah ditelan zaman. Di muara itulah pernah menjadi tempat dan laluan sejarah kesultanan Melayu Melaka sebelum mereka berpindah. Bahkan, kapal tentera Jepun juga terbenam di muara itu, katanya. Pokok bakau yang tumbuh di sepanjang tebing Sungai Linggi juga cukup unik kerana tumbuh sekata dan sama tinggi. Mengikut cerita lama, kapal perang besar pernah melalui sungai Linggi dan adang layar agung (layar paling besar) serta layar bubutan yang digunakan untuk membelok sangat besar dan panjang hingga terkena pokok bakau di tebing sungai. Pucuk dan dahan bakau terpaksa dicantas hingga adang layar melepasinya. Ada yang mengatakan kelasi memotong dengan pedang, ada yang mendakwa pokok itu patah terkena kayu layar. Apa pun cerita lisannya, kedudukan pokok bakau di situ memang menarik kerana tidak pernah tumbuh lebih tinggi dari dahan yang dicantas sehingga sekarang. Ada juga yang bercerita, pokok itu terkena sumpahan Puteri Gunung Ledang.

Anda mungkin juga menyukai